Monday, April 27, 2009

Final Piala FA...Kelantan VS Selangor!


Sekali lagi aku pegi tengok bola secara live malam sabtu lepas...hehehe..kali ni aku tengok perlawanan akhir Piala FA kat Stadium Nasional, Bukit Jalil di antara pasukan Kelantan dan Selangor. Biasa la, aku mesti la jadi penyokong Kelantan, siap pakai jersi merah lagi..semangat gomo!!..Memang gempak la, aku rasa macam penyokong Kelantan lagi ramai je dari penyokong Selangor sebab dengar2 pasukan Kelantan buat pertama kalinya dapat beraksi dalam perlawanan akhir piala FA ni setelah menunggu selama 39 tahun...patut la semangat gilerr..

Aku ada gak terbaca satu petikan dekat satu blog ni "Apa yang menarik di sini adalah kedua-dua pasukan telah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan oleh kedua-dua pengurusan pasukan tersebut. Bagi pasukan Kelantan, mereka bakal menerima ganjaran berupa lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini. Manakala kerajaan Selangor juga telah menjanjikan insentif kepada Pasukan mereka sekiranya berjaya menjulang piala FA tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain." waaa....dahsyat tu...patut la berkobar2 diorang main....
Tengok tu betapa ramainya penyokong Kelantan..."Gomo Kelate Gomo...!!!"memang ramai betul sampai polis pun bagi tumpuan side Kelantan je....takut mengganas kot....hehehe...

Hiburan masa time rehat...ada orang buat aksi Hawaii....ni la semangat kesukanan yang kita nak...kreatif dan berani....hahaha...ni la area tempat duduk kami...kepala buat ombak...

Gaya penyokong setia Kelantan....muka stress sebab tak gol-gol lagi....memang tak leh dok diam la....yer la, nak masuk stadium jer dah RM15, pastu beli t-shirt lagi...ish2...kalau tak menang tak tau la...hehehe....
Aku cool jer...tak cakap apa sangat...satgi tersilap cakap...kantoi plak....hehe...

Ok la e, aku buat ringkasan result malam tu...korang mesti dah tahu kan sape menang dan sape kalah kan?Kemenangan berpihak pada Selangor dengan penentuan sepakan penalti 4-1....Untuk 90 minit permainan resultnya adalah seri...pastu 30 minit masa tambahan tak dapat gol jugak dan akhirnya kena buat sepakan penalti.....dan semestinya pemain Selangor memang hebat buat tendangan....huhu...Tapi, pada aku la kan...gol pertama dari Kelantan tu memang hebat la sebab nak tunggu score satu gol punya la lama...Ramai yang puji pemain-pemain “The Red Warriors” ni bermain dengan cemerlang terutama penjaga gol diorang...kira berpuas hati jugak la....tak pe, cuba lagi tahun depan...
Ni gambar kami kat situ, ada gak la kenangan, pasni kalau Kedah VS Kelantan awak kena jadi penyokong Kedah tau...baru la adil..hehe..member2 nuar masa ni memang tak dapat dihubungi, kat luar stadium baru dapat jumpa...fokus sangat ler tu..

Kat atas ni video aku amik dari satu blog....penyokong Kelantan semua silalah nyanyi ye....."Lagu Olek-Olek"..

2 comments on "Final Piala FA...Kelantan VS Selangor!"

Anonymous said...

Kelate gomo piala Malaysia,go kelate go

Unknown on Thursday, April 30, 2009 2:58:00 PM said...

Piala Malaysia pulak?bila e...?? :P

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez