Friday, June 26, 2009

[Yoyooh] Cabaran terakhir dah.

2 comments
Wah, tak sempat betul nak buat entry untuk cabaran terakhir ni, busy jer keje. Hohoho, tak percaya gak dah masuk cabaran terakhir dah pun. Sedih plak rasa...blogger-emoticon.blogspot.comhuhu....so, lepas ni aku nak tulis entry pasai apa pulak?huwaaa!!!..mcm mana ni?ok2, fokus pada 2 soalan terakhir ni ye..tadaaa!!

1) Anda telah diberi tugasan serta kritikan selama 7 minggu kebelakangan ini. Jelaskan apa yang telah anda fahami dari kritikan, cabaran tugasan dan kesannya terhadap anda sebagai bloggers dimasa akan datang. Juga nyatakan transfomasi yang telah anda lakukan semenjak cabaran bermula.

Selama 7 minggu aku sahut cabaran yoyooh dengan tugasan yang diberikan oleh pengkritik2, apa yang aku dapat adalah :

1. Setiap tugasan yang diberikan memang menarik dan aku pun enjoy sgt nak buat tugasan2 tu semua walaupun kadang2 pening gak pikirblogger-emoticon.blogspot.com ..
2. Dari semua kritikan tu, aku dapat tahu la kelemahan blog aku ni, terutama dari segi penulisan aku yang biasa2 je ni. Tapi susah jugak nak ubah sebab memang tu la style aku.
3. Aku pun sedar aku bukan jenis kreatif sampai boleh bagi orang seronok baca blog aku ni, tengok jer la blog aku ni memang tak ramai yang suka bagi komen pun..huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

2) Dari calon-calon yang sedia ada... [ tidak termasuk blog sendiri ] blog manakah yang anda rasakan layak untuk dilabelkan seperti dibawah. [ setiap satu ]

Untuk soalan kedua ni, memang susah sikit la aku nak jawab, sebab aku tak follow sgt blog2 diorang ni. Tapi, bagi memenuhi kehendak juri, aku akan pilih la jugak blog2 yang layak bagi mengisi kategori di bawah :

a)Transformasi paling ketara
Kalau tengok pada perubahan header, blog jejaka anggun dengan kamar penuh cerita la yang telah melakukan transformasi ni (dua2 lelaki yang aku pilih ni..ish2 blogger-emoticon.blogspot.com), mungkin ada juga blog lain yang buat transformasi pada blog diorang, tapi tak ketara sangat kot.

b) Layout paling kemas & menarik
Mesti la blog aku!!!wakakaka...tak de la, pada aku untuk kategori ni memang layak ditujukan pada semua blog la, bab2 pemilihan layout ni tak yah citer la, semua blogger ada kehendak dan cara tersendiri yang diorang pilih untuk blog masing2, yer la blog tu kita yang punya..."aku punya suka la!!" ..blogger-emoticon.blogspot.com..hahaha..tak de la, semua blog menarik!!hoyeee...tepok tangan!!

c- Penulisan paling kreatif
Bab kreatif2 ni memang serah pada blogger dari kaum adam la sebab akal diorang banyak..so, akal yang ada tu memang kalau digunakan dengan betul...memang dapat menghasilkan satu penulisan terkreatif abad ini la, so, aku pilih semua blogger lelaki yang join cabaran ni la, aci tak?

Last sekali, terima kasih kepada semua pengkritik iaitu Kak El, Megat dan Adi Hemu yang banyak bagi tunjuk ajar dan kritikan membina kepada semua blogger yang join cabaran ni. Minta maaf juga kalau ada apa2 yang tak puas hati ke, terasa ke atau dot dot dot ke..dan akhir sekali THANK YOU YOYOOH!!!!
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Nuar di bumi anbia!

0 comments
Time untuk selongkar2 gambar lagi, kali ni gambar2 nuar plak. Tapi bukan gambar dia masa kecik2 la, tapi gambar masa dia pegi Egypt, Mesir last year. Dua kali dia terpaksa sambut bulan puasa kat sana, last year sampai beraya pun kat sana..huhuhuhu...sedih giler sebab nuar tak datang beraya rumah aku. Macam tak best je sambut aidilfitri tahun lepas, harap2 tahun ni lebih meriah la kot..hehehe..Sebulan jugak la merana sebab berhubung melalui sms je, nak call mahal, jarang2 je call pun..tapi best jugak, sebab masa ni la rasa rindu tahap maksimum...(tu diaaa aih)

Masa sambutan hari raya tahun lepas kat sana...nuar cakap dia beli jubah ni kat sana..

Posing pun kat tempat orang jual tali pinggang...kat tempat tudung2 tak pi ka?.. o.O

Suasana perumahaan dekat sana...ish2.....Malaysia lagi berjuta kali cun...ye ke??

Kesiannn...kena keje time puasa..nuar cakap orang sana kuat makan!!sampai dia pun jadi tembam dah (ataupun mmg dah tembam) hehehe....

Dapat peluk Sphinx dari jauh...hehehe...yang ni masa last2 year...masa first time dia pegi..so agak over sikit la bergambar...hahahaha...kan??aku pun teringin nak pegi sana...yer la, boleh tengok antara 7 keajaiban dunia ni. Tapi, rasanya Piramid dah terkeluar dari senarai ataupun still ada tapi dah jadi 8 skarang (kalau ikut pada en. wikipedia la), sebab dah ada yang terbaru sekali dalam senarai "7 Benda Ajaib di Dunia" ni ... sila klik disini

Dengan sapa ni??sanggup awak menduakan saya??....hohohoho...

Ni sapa pulak lagi??sanggup awak meng"empat"kan saya??hahahaha...yang ni dekat Istana Raja Farouk...cantik langit tu..

Kurus jer...walaupun baru setahun yang lepas jer, yer la....masa ni saya tak dok kl lagi...skarang ni dah berisi je, sebab saya kah??

Cewah...posing sakan no...ini la Kota Salahuddin Al-Ayubi...(macam mana aku leh tau ni??)

Photo terakhir ni memang aku suka sangat...tak tahu ler candid or berlakon2 je ni...ermmm...masa ni mesti awak dok doakan untuk kesihatan saya kan?huhuhu...i lOve yOu

Megan Fox is a Man!!

2 comments
Transformers kembali lagi!!memang ramai ternanti-nanti nak tengok kehebatan movie ni, sampai susah giler nak dapat tiket..huhuhu...aku pun tak tau bila nak pegi tengok movie ni, harap2 next week la. Ok, bukan nak citer pasal movie ni pun, tapi nak story pasal heroin filem ni, Megan Fox. Korang tahu tak, "she" is a man!!!hohohoho...macam tak percaya, tengok jer la body mantap dia tu.

Ok, memang tak sangka la kan, minah cun ni secara azalinya dilahirkan sebagai lelaki. Nama lelaki dia yang parents dia bagi dulu Mitchell Reed Fox, pastu masa budak2 lagi dia ni suka sangat pakai baju perempuan dan berperwatakan macam perempuan. Then, masa umur dia 13, dia tukar nama ke Megan Fox dan mulakan karier jadi female child performer. Mungkin memang rezeki dia ke arah tu, korang baca la kalau nak tahu sendiri...malas aih nak citer--> klik sini

Macam ni la muka jantan dia setelah di edit...hahahaha...

Friday, June 19, 2009

[Yoyooh] "Time To Give"

0 comments
Wah!!ni baru entry aku yang ke-100, lamanya...hehehe. Sejak akhir2 ni memang aku busy la, tak sempat nak update blog. Nasib baik untuk cabaran yoyooh ni ada masa seminggu, so hari jumaat atau sabtu la baru leh buat sebab ada masa free.

Ok, fokus pada cabaran ketujuh kali ni dengan tajuk "Time To Give".
Andaikan, anda diberikan wang tunai sejumlah RM300. Rancang wang tersebut untuk digunakan bagi manfaat mereka yang memerlukan. Ceritakan bagaimana wang sejumlah itu boleh membantu lebih daripada jumlah nilainya ke arah kebaikan.

Kalau la tiba2 ada orang bagi aku RM300, dan masa tu aku pun ada banyak duit kat bank. Insyaallah aku akan gunakan duit tu untuk mereka yang lebih memerlukan. TAPI, kalau time tu poket aku pun kering, mesti la aku guna duit tu untuk keperluan aku kan?hehehe...realiti la kan.

Ok2, imagine la kalau memang aku nak guna duit ni untuk perkara kebaikan dan bermanfaat. Aku rasa...bukan rasa la tapi memang plan aku, aku nak gunakan duit tu untuk tolong budak2 terbiar yang dok mintak sedekah kat kedai2 makan tu. Aku pun tak tahu la kenapa boleh ada lagi perkara macam ni kat Malaysia. Rasa2 aku macam dah banyak sangat bantuan2 yang kerajaan boleh bagi kat budak2 ni. Tak tahu la diorang ni tinggal kat mana, ada keluarga lagi ke tak....ermmm, kadang2 kita nak makan pun rasa terganggu. Alaa..yang datang jual ayat2 al-quran masa kita kat kedai makan tu, dari mana diorang ni datang e?tak tahu la kalau ada orang yang jaga diorang ni. Yang penting aku rasa kesian, yer la kecik2 lagi dah kena kerja, ntah la mungkin diorang ni orang susah sangat kot..satu family keje macam ni..huhu.

Aku bukan nak tolong bagi duit kat budak2 ni, tapi aku akan tolong carikan tempat yang sepatutnya untuk diorang ni, so..mula2 aku mesti la kena ada kenderaan, mungkin aku kena sewa van untuk bawak diorang ni ke rumah2 kebajikan atau rumah2 anak yatim. Pastu aku akan tolong registerkan diorang ni. Takde la semua budak2 kat KL yang mintak sedekah ni aku nak angkut, yang mana aku terjumpa la...hehehe...satu lagi, dah alang2 aku hantar diorang ni kat rumah anak2 yatim, aku pun boleh la habiskan masa aku dengan diorang ni. Sekurang2nya ada jugak orang yang datang menggembirakan diorang, aku ajak la sape kawan2 aku yang sudi join misi aku ni. Insyaallah, aku yakin ramai yang nak, cuma tak de peluang dan masa. So, dengan duit RM300 tu, dapat la aku gunakan untuk menggembirakan anak-anak yatim ni dan mengubah hidup budak2 yang terpaksa keje mintak sedekah tu...tapi sebenarnya, bukan duit yang budak2 tu perlukan tapi perhatian daripada orang sekeliling yang dapat berkongsi suka-duka dengan mereka..Insyaallah, aku doakan satu hari nanti, plan@misi aku ni akan terlaksana jugak...aminn.

Bos Jeff's Farewell

0 comments
Hari selasa lepas adalah hari terakhir Jeff a.k.a bos aku kat Asia Media ni, tak sangka betul dia akan resign, yer la sebab bos kan, gaji dah tentunya tinggi. Tak pe la, maybe nak membina kerjaya lain, sebab aku ada dengar yang dia nak bukak bisnes sendiri, family business. Good luck la untuk Jeff!!!So, masa lunch hari tu, kami pun plan la nak makan lunch sama2 dengan dia, makan dekat Kenny Rogers, IOI Mall.

Hensem tak bos saya?hehehe...masih single lagi ni.

Gambar depan restaurant, wajib ambil kalau pegi mana2..hobi mala..hehehe.
Ok2 next! layan jer la gambar2 masa hari tu..malas citer dah.

Asia Media bagusss!!!macam tak de tempat lain nak ambik pun, gambar dato' ricky leh termasuk sekali tu, hish!!

Gambar masa kecik!

2 comments
Masa kat rumah hari tu, aku tertengok gambar aku masa aku kecik-kecik dulu, disebabkan tak de scanner kat umah, aku main tangkap pakai handphone jer la gambar tu...hehehe.. Sebab aku memang tak banyak gambar2 masa kecik ni, so yang ada ni memang amat bernilai la bagi aku.

Kenangan betul gambar ni...huhu..suasana kat kampung yang best, sepupu2 semua berkumpul..
kakak aku yang sulung yang baju merah jambu tu (kakchak), yang baju putih tu plak kakak no. 2 (kakchik)...dan aku yang kat depan dok pegang tiang peti surat tu (kaklang)..hehehe..gambar ni masa umur aku 3/4 tahun kot.

Zoom sikit gambar aku yang ala2 muka ain ni...bak kata nuar la...betul ke?takkan leh muka sama macam anak sedara kot, apa2 la...yang penting kami semua masa kecik muka lebih kurang sama je..sepesen..

Ke"best"an balik kampung

0 comments
Weekend lepas dapat jugak aku balik kampung, tu pun sebab beli tiket awal2, kalau tak......jangan harap la, dengan manusia2 yang ramai kat Pudu tu..dapat beli ke kalau pegi last minute macam aku ni??tell me??
Walaupun balik dengan sedikit frust sebab sebelum balik tu gaduh dengan nuar, tapi masa tu aku rasa baik dok kat kampung jer, rasa tenang sikit...hehehe...tapi, gaduh kejap je pun, dah baik balik...biasa la, aktiviti untuk mengeratkan lagi ikatan percintaan...cewah.."awak, sori e pasal hari tu...huhuhu..."
Ok, kembali citer pasal balik kampung, cam biasa la..bila sampai umah je, ada la plan nak pegi mana2, yer la..seronok kluar satu family ni, meriah.

Masa ni dekat rumah Pak Lang, lepak2 amik angin sebelum pegi kenduri, tengok la rambut palsu tu, tak boleh blah!!

Muka aku yang sangat over excited, walaupun ngantuk giler masa ni, baju plak masa zaman matrik dulu2, tu la..nak ajak pi kenduri tak cakap awal2..hish.

Poser yang memang tak leh tengok orang nak ambik gambar..ain cam over sikit je..hahaha..

Lepas kenduri, kitorang pegi berkelah pulak dekat Sungai Sedim, best giler tempat ni, orang punya la ramai. Aku pernah datang sekali je tempat ni dulu, skarang macam dah lain sikit, air kat sini macam lagi dalam dan deras..so, agak bahaya la untuk budak2 mandi, tapi kualiti air memang best la...jernih dan sejuk. Elok je kitorang mandi dalam 15 minit tiba2 hujan lebat...hahaha...terus tak leh nak mandi dah.

Gambar yang sempat ambil sebelum hujan turun, masa ni ain dah terketar-ketar sejuk...siannnn.

Friday, June 12, 2009

[Yoyooh] Sepi seorang pencinta..

0 comments
Kisah bermula bila terjadinya perlanggaran tidak sengaja di antara si lelaki dan si perempuan. Perlanggaran yang telah membuatkan si lelaki berasa sangat berdebar-debar. Arghhh...cantik betul si perempuan ini, sungguh indah ciptaanMu ini Tuhan. Tanpa diduga, cinta telah mula berputik dan rindu pun datang menjelma untuk si lelaki tersebut. Senyum sentiasa terukir di wajah si lelaki itu dan setiap malam, tidurnya hanya didatangi mimpi-mimpi indah..ohhhh.."i'm in love...!!!" jerit si lelaki itu.
Memang indah bila seseorang itu telah dilamun cinta, semuanya nampak manis dan indah2 belaka. Si lelaki bertekad untuk menjadikan si perempuan ini sebagai teman hidup. Keesokan hari si lelaki menunggu si perempuan di tempat pertama kali mereka bertemu. Dengan harapan yang tinggi menggunung supaya si perempuan itu akan melalui jalan yang sama dan si lelaki dapat bertentang mata dengan si perempuan itu lagi. Si lelaki menunggu dengan perasaan yang cukup teruja dan penuh harapan..dan si lelaki berasa ingin terus memeluk si perempuan apabila mereka dapat berjumpa sekejap nanti. Begitulah bayangan2 yang bermain2 di minda si lelaki.

5 minit pertama menunggu...

30 minit seterusnya...

1 jam berikutnya...

4 jam yang...

"Kenapa dia tak muncul-muncul??"...sedihnya hati si lelaki, lalu pulang membawa hati yang terluka. "Esok masih ada..." fikir si lelaki menyedapkan hati. Dengan harapan yang masih tinggal, si lelaki terus menunggu si perempuan di tempat yang sama pada keesokannya. Esok pun si lelaki gagal menemui si perempuan, lusa pun gagal jugak. Hari-hari yang seterusnya pun si perempuan tetap juga tak muncul-muncul, kelibatnya langsung tak kelihatan.

Sampai la hari yang ke-30 ataupun sebulan si lelaki menjadi penunggu ibarat pepatah "bagai pungguk rindukan bulan", merindu pada sesuatu yang tak pasti. Si lelaki benar-benar kecewa dengan si perempuan yang telah menghukum dirinya. Tidak tahukah si perempuan yang si lelaki betul2 mencintainya?..arghhhh.."aku mahu mati!!!" jerit si lelaki dengan perasaan yang sangat kecewa dan terluka. Lalu si lelaki mengambil pistol di dalam simpanannya dan cuba diacukan di kepala dengan niat untuk membunuh diri.

Inilah akibat cinta yang tidak kesampaian dan berasa begitu terhina diperlakukan sebegini oleh si perempuan. Hampir susut berat badan si lelaki kerana tidak lalu makan dan setiap hari berdiri di tempat yang sama dengan bunga di tangan demi si perempuan, inikah balasannya????.....argggggghhhhh...---the end

Maka, berakhirlah kisah "Sepi Seorang Pencinta"ini....kesudahannya sama2lah kita pikirkan.

Idea asal : aku sendiri
Jalan cerita : aku sendiri
Penulis/penaip : aku sendiri
Grafik/gambar : internet

p/s : memang tidak diciplak langsung dari mana2 sumber, imaginasi si penulis semata-mata, hanyalah khayalan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun bakal mati.

Moral of the story :
1. Dah tau berkenan dengan anak dara orang tu, masa berlanggar tu cepat-cepat la ambik nombor telefon dia, tanya alamat ke....senang la nak contact nanti.
2. Dalam seminggu tunggu, tak mai2 jugak, tak payah la buang masa, banyak lagi perempuan lain.. (kecuali la nak kat perempuan tu jugak2...ketegaq)
3. Ingat, kita ni orang Islam, frust macam mana pun jangan sampai bunuh diri, tak bau syurga nanti..tapi, si lelaki ni seekor kucing..kalau bunuh diri pakai pistol, tak ke pelik dah tu?hahahaha......

Air sedap from Arab!

0 comments
Ok, air2 apa plak ni?just nak bagi info la, aku pernah citer pasal restaurant Al-Rawsha kan..so, weekend lepas kitorang ada pegi makan kat situ lagi, memang best la makanan kat sini, sedap!!. Kali ni tak nak citer pasal makanan kat situ la, aku citer pasal minuman diorang plak. Ada satu air ni yang rata2 pelanggan yang datang akan order air ni, nama air ni Barbican, dalam botol seperti gambar di bawah.

Nampak hensem tak botol tu??hehehe..yang tu model sambilan saya.

Ok teruskan, air ni jugak disebut Fruity Malts sebab ada pelbagai jenis perisa buah-buahan, yang kitorang order ni perisa strawberry. Antara ingredient air ni adalah malt, hops, citric acid, ascorbic acid and water, with malt beverage producer, inbev, supplying the malt concentrate....Harga sebotol air ni aku tak ingat la, dekat2 RM 10 atau bawah RM20 kot. Lepas minum air ni, aku rasa cam sakit tekak sikit, maybe tak sesuai dengan badan aku kot. So, sape2 nak cuba sila la ke restoran ni e, kat Jalan Ampang.

Ni gaya orang tengah berpikir, jari mesti ada kat bibir, tabiat nuar kalau korang nak tahu....hehehe..sorry awak, tercerita plak.

Tag kedua dari ruby.

0 comments
Ok, ni tag kedua dari Ruby, dah lama tapi baru hari ni dapat buat, maklum la hari ni aku free giler...oooyeeeea.

1. Kekasih saya adalah : Nuar la..sapa lagi, hehehe.

2. Saya sedang mendengar : Transnet TV kat ofis, hari2 terpaksa dengar.

3. Mungkin saya patut : Belajar simpan duit dengan lebih serius.

4. Saya baru sudah : Tolong mala burn cd.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : Sama je, sebutan je lain.

6. Saya tidak faham : Kenapa duit amat penting dalam kehidupan kita sekarang?

7. Saya perlu mencari : Kerja lain..hahaha.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Apa masalah awak sebenarnya? (dari nuar) hahaha...adakah saya ni bermasalah.

9. Makna kehidupan : Perlu hadapi apa jua rintangan dan belajar dari kesilapan, cewah.

10. Cinta itu adalah : Sesuatu yang indah dan sukar ditafsirkan.

11. Saya paling suka : Keluar jalan-jalan dengan nuar.

12. Saya akan cuba : Menjadi yang terbaik untuk semua orang, Insyaallah.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : Ayat tu lagi nampak mesra rakyat.

14. Telefon bimbit saya : Nokia 5610 Express Music color merah.

15. Katil saya : Tak de, ada tilam je...tapi saya suka tilam saya itu.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Hang bila lagi nak kawen?adoii...

17. Teknologi adalah : Sesuatu yang sentiasa ke depan.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : Hari2 saya masak menu tu je kot sebab tu saya paling pandai masak masakan tu..hehehe.

19. Semalam : Busy kat ofis dan gaduh2 ngan nuar.

20. Hari ini : Free giler sebab semua keje dah setel dan dapat update blog dengan jayanya.

21. Malam ini saya akan : Bertolak balik ke Kedah dengan bas Mara Liner sorang2.

22. Esok pula saya akan : Dok kat umah saya la, maybe pegi berkelah ngan family kot.

23. Saya betul2 inginkan : Rumah idaman saya dan family yang bahagia.

24. Badminton atau futsal : Badminton kot.

25. Karaoke : Kat Alamanda, kat situ best!

26. Kereta : Proton Saga BLM color hitam milik nuar...hahaha.

27. Bilik yang terang atau gelap : Terang untuk lebih jelas, gelap untuk lebih feeling...apa ni?

28. Makanan jepun adalah : Sushi, taugeh, ikan salmon dan ...

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : Saya sayang sangat kat awak.

30. Siapa yang anda tag : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.

"Award" dari ruby.

0 comments
Rasa macam lama je tak hupdate blog ni...ada orang kisah ke?huhu...tak de pun..so, time free2 macam hari ni la aku nak update sikit2 ngan buat cabaran yoyooh. Ok, start dengan tag2 dari ruby yang punya lama aku tak buat lagi ni.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :

1. dia ni memang orang Kedah sejati, memang kalau cakap KL pun still bunyi Kedah gak, hahaha.
2. sorang yang suka bercerita, sembang pun macam bercerita.
3. suka main game dari dulu, kini dan selamanya.
4. masa mula2 kenal dia ni, dia la tegur aku dulu sebab aku telah dikatakan agak sombong..huhu.
5. dia ni aku rasa sorang yang sensitif dan macam suka ada masalah percintaan sikit..hehe.

Nyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. Sudah berpunya - memang sudah berpunya sejak dari semester 1 kat universiti lagi, kesian kat lelaki2 lain dah tak leh tackle aku, nuar dah booking awal2...hehehe..(perasan!)

2. Agak pendiam - memang tak dinafikan aku memang seorang yang pendiam, susah aku nak tegur orang tu dulu, tapi bila dah kenal aku, tau la aku ni macam mana.

3. Kedekut - kadang2 aku ni macam kedekut, tapi kadang2 macam boros, ada time tertentu.

4. Disiplin - aku memang disiplin tentang masa, ntah la...sebab dari kecik dok asrama kot.

5. Loving or romantik - yang ni pun ada time jugak, tapi bila time romantik aku datang...memang best la orang tu..hohoho.

6. Sakit - yup! aku memang sakit..kisah lama semua tu, memori hitam 2007.

7. Impian - satu je, aku nak family yang bahagia.

8. Degil - aku tak suka orang paksa2 aku, tapi aku akan buat jugak apa yang orang tu nak.

9. Baik hati - aku rasa aku memang sorang yang baik hati sebab aku tak pernah merompak lagi..hehehe.

10. Orang yang aku SANGAT sayang - my family dan nuar ...(tapi aku sayang semua orang yang aku kenal jugak) dan saya sayang Malaysia!

Pilih penerima award seterusnya dan describelah tentang mereka : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.. (dan pada sesiapa nak amik award ni..hehehe)

Friday, June 05, 2009

[Yoyooh] Buat renungan kita bersama.

0 comments
Al-quran juga ada mengajar...

Mandi pagi sebelum subuh atau
sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik
adalah sangat bagus. Air sejuk yang meresap ke dalam
badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang yang amalkan mandi pagi kebanyakannya
badan tak gemuk.

Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas
air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita
makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas
biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa
bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam.

Kekuatan api cinta

Alkisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu, dan Nyala Api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan.

Mereka berusaha menyingkirkan besi wajatersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.

“Itu dapat aku singkirkan,” kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.

“Sini, biar aku yang urus,” kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.

“Lihat, aku sudah cakap,” kata Palu, “Kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya.” Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah.

“Boleh aku cuba?” tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk, dan mendakap besi itu erat-eratnya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi yang keras itupun meleleh cair.

Renungan : Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yang dingin.
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez