Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, September 03, 2009

Teh Tarik Place!

4 comments
Ingat tak aku cakap nak kongsi destinasi menarik sepanjang Ramadhan ni?so, nak kata menarik sangat tempat yang aku pegi, tak de la menarik sangat pun. Aku pegi bazar biasa2 jer, sebab aku rasa semua bazar kat Malaysia ni lebih kurang sama jer. Tapi aku nak share jugak la bazar yang selalu aku pegi ni, setakat ni dua tempat jer aku selalu beli juadah berbuka, satu dekat sebelah Tesco Puchong dan satu lagi dekat Bandar Kinrara.

Untuk pengetahuan kawan2 seuniversiti dengan aku, Cookie a.k.a Haryati bukak gerai dekat bazar bersebelahan Tesco Puchong tu. So, kepada sape2 yang nak rasa air tangan Cookie, boleh la pegi jenguk gerai dia yer....(dah jadi businesswoman dah kawan aku sorang ni). Seronok jer tengok Cookie berniaga, sebenarnya dia dah ada restoren sendiri dekat Puchong ni. Aku tak sure sangat kat mana, yang aku ingat dia cakap dekat2 area DHL. Insyaallah, lepas raya ni boleh la kita pegi makan2 kat sana yer. Jom kawan2, kita serbu restoren Cookie!!hehehehehe...!!(lupa plak nak snap gambar gerai Cookie tu)

Ok2, selain beli makanan kat Bazar jer, sekali-sekala aku berbuka kat restoren jugak. So, restoren yang latest sekali kitorang pegi untuk berbuka adalah Teh Tarik Place!yang terletak dekat aras 4, IOI Mall (new wing). Aku dah berbuka kat situ 2 kali, first masa farewell abang Faiz dan yang kedua mesti la dengan my darling..hehe. Menu kat situ boleh tahan murah dan berpatutan la (lihat gambar di bawah) dan yang best sekali pemandangan kat situ sebenarnya.

Murah tak?....murah la tu!

Ni masa farewell abg Faiz, aku dengan azie!tengok belakang tu... :D

Yang ni memang giler cantik...matahari terbenam..bayangkan berbuka sambil tengok keindahan Tuhan ni..nikmat kan?

Langit color oren beb....fuhhh..rugi kalau korang tak datang makan kat sini..hehe.

Tengah sabar menunggu waktu berbuka.. :p

Tag by Heary

Ok, dah alang2 aku buat entry ni, aku terus buat tag dari heary la pasal juadah apa yang aku makan untuk berbuka..boleh tak heary?hehehe...kira ok la ni, ada jugak gambar yang aku simpan lagi ni...tadaaaa.....Nasi Kerabu!nampak sedap kan?

Nasi kerabu bersama ayam percik tu...boleh tahan sedap la, rasa macam tak cukup!

Note : Nantikan entry pasal my Farewell!!akhirnya...sampai jugak turn aku!hehe.. :D ..selamat tinggal Puchong and Asia Media...huwaaaa...esok nak berpindah-randah, ada sape2 nak tolong ke? o.O

Monday, July 27, 2009

Tag by Wawan!!

3 comments
Lama plak tak buat entry tag2 ni, ok kali ni wawan pulak yang tag aku dengan tema tagnya "promote barang2 kecantikan kita". Sebelum nak buat tag ni, memang wajib la kena pi selongkaq meja solek (aku ada meja solek ke?) kita tu, pastu snap la gambar barang2 yang kita dok guna pakai hari2 kononnya nak bagi nampak cunnnn tu. Ok2, mari kita bermula :-

1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.

3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.

4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.

5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.

Kita mulakan dengan alatan menyolek dulu, ni jer la sebahagian alat solek murah yang aku pakai hari2, krim Olay ada dkt bawah, terlompat turun bawah lak..hehe...yang lain2 ni macam maskara (Maybelline) ngan pelentik tu memang wajib la aku pakai setiap kali pi keje...memang aku suka bagi bulu mata lentik2 ni...sebenarnya aku ni jenis simple je bab2 make up ni..pi keje ke dating ke sama je style make up aku..hehe..up to u all la nak caya ke tak.

Yang ni plak, benda2 sampingan yang jarang2 pakai, macam lotion Vaseline dengan toner tu la sebab memang time rajin je aku pakai...Rexona ni plak, memang dari dulu sampai la design terbalik ni aku memang tak tukar2, suka pakai jenis ni je. Lumiglow tu plak saja2 tambah, yang tu untuk buang lemak berlebihan, macam kat perut atau bawah dagu, yang ni memang mahal la so, aku memang pakai dengan jimatnya...hehehe.

Perfumes plak, dulu aku selalu pakai Silky Girl je, skarang ni start pakai One Drop Perfumes ni pulak sebab memang tengah famous skarg ni dan murah (RM40), pastu ada 8 wangian yang boleh tukar2 ikut kesesuaian masa dan keadaan, memang best la perfumes ni, dah la bau dia pun tahan lama..dan yang bagusnya boleh dipakai ketika bersolat...(bagus kan?)

Ni plak barang2 mandian aku, syampoo memang aku suka pakai Rejoice tapi kadang2 tukar jugak, so far aku tak de problem rambut, jadi hentam je la brand apa pun...pencuci muka plak aku suka pakai Olay, sama dengan krim muka...konon2 nak kulit macam siti..ceh...(yang kanan sekali tu cucian bagi aset wanita..tengok tu, malu2 sikit nak bergambar)

Bakul atau raga yang memuatkan barang2 mandian aku, senang nak mandi...semua ada, tengok la semua pencuci muka tu, yang tinggal sikit2 pun nak simpan lagi, sayang nak buang ke pemalas..hehehe.

Note : Semua barang2 aku ni biasa2 je, so nak rekemen kat korang pun ala2 segan sikit, coz korang punya produk mesti lagi mahal2 dan gempak2 kan?

OK, calon seterusnya yang akan berkongi rahsia kecantikan/kehenseman mereka adalah Ruby, Nedy, Mala, Izzati, Zafir dan Heary....(buat ye jangan tak buat!)

Friday, June 12, 2009

Tag kedua dari ruby.

0 comments
Ok, ni tag kedua dari Ruby, dah lama tapi baru hari ni dapat buat, maklum la hari ni aku free giler...oooyeeeea.

1. Kekasih saya adalah : Nuar la..sapa lagi, hehehe.

2. Saya sedang mendengar : Transnet TV kat ofis, hari2 terpaksa dengar.

3. Mungkin saya patut : Belajar simpan duit dengan lebih serius.

4. Saya baru sudah : Tolong mala burn cd.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : Sama je, sebutan je lain.

6. Saya tidak faham : Kenapa duit amat penting dalam kehidupan kita sekarang?

7. Saya perlu mencari : Kerja lain..hahaha.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Apa masalah awak sebenarnya? (dari nuar) hahaha...adakah saya ni bermasalah.

9. Makna kehidupan : Perlu hadapi apa jua rintangan dan belajar dari kesilapan, cewah.

10. Cinta itu adalah : Sesuatu yang indah dan sukar ditafsirkan.

11. Saya paling suka : Keluar jalan-jalan dengan nuar.

12. Saya akan cuba : Menjadi yang terbaik untuk semua orang, Insyaallah.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : Ayat tu lagi nampak mesra rakyat.

14. Telefon bimbit saya : Nokia 5610 Express Music color merah.

15. Katil saya : Tak de, ada tilam je...tapi saya suka tilam saya itu.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Hang bila lagi nak kawen?adoii...

17. Teknologi adalah : Sesuatu yang sentiasa ke depan.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : Hari2 saya masak menu tu je kot sebab tu saya paling pandai masak masakan tu..hehehe.

19. Semalam : Busy kat ofis dan gaduh2 ngan nuar.

20. Hari ini : Free giler sebab semua keje dah setel dan dapat update blog dengan jayanya.

21. Malam ini saya akan : Bertolak balik ke Kedah dengan bas Mara Liner sorang2.

22. Esok pula saya akan : Dok kat umah saya la, maybe pegi berkelah ngan family kot.

23. Saya betul2 inginkan : Rumah idaman saya dan family yang bahagia.

24. Badminton atau futsal : Badminton kot.

25. Karaoke : Kat Alamanda, kat situ best!

26. Kereta : Proton Saga BLM color hitam milik nuar...hahaha.

27. Bilik yang terang atau gelap : Terang untuk lebih jelas, gelap untuk lebih feeling...apa ni?

28. Makanan jepun adalah : Sushi, taugeh, ikan salmon dan ...

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : Saya sayang sangat kat awak.

30. Siapa yang anda tag : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.

"Award" dari ruby.

0 comments
Rasa macam lama je tak hupdate blog ni...ada orang kisah ke?huhu...tak de pun..so, time free2 macam hari ni la aku nak update sikit2 ngan buat cabaran yoyooh. Ok, start dengan tag2 dari ruby yang punya lama aku tak buat lagi ni.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :

1. dia ni memang orang Kedah sejati, memang kalau cakap KL pun still bunyi Kedah gak, hahaha.
2. sorang yang suka bercerita, sembang pun macam bercerita.
3. suka main game dari dulu, kini dan selamanya.
4. masa mula2 kenal dia ni, dia la tegur aku dulu sebab aku telah dikatakan agak sombong..huhu.
5. dia ni aku rasa sorang yang sensitif dan macam suka ada masalah percintaan sikit..hehe.

Nyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. Sudah berpunya - memang sudah berpunya sejak dari semester 1 kat universiti lagi, kesian kat lelaki2 lain dah tak leh tackle aku, nuar dah booking awal2...hehehe..(perasan!)

2. Agak pendiam - memang tak dinafikan aku memang seorang yang pendiam, susah aku nak tegur orang tu dulu, tapi bila dah kenal aku, tau la aku ni macam mana.

3. Kedekut - kadang2 aku ni macam kedekut, tapi kadang2 macam boros, ada time tertentu.

4. Disiplin - aku memang disiplin tentang masa, ntah la...sebab dari kecik dok asrama kot.

5. Loving or romantik - yang ni pun ada time jugak, tapi bila time romantik aku datang...memang best la orang tu..hohoho.

6. Sakit - yup! aku memang sakit..kisah lama semua tu, memori hitam 2007.

7. Impian - satu je, aku nak family yang bahagia.

8. Degil - aku tak suka orang paksa2 aku, tapi aku akan buat jugak apa yang orang tu nak.

9. Baik hati - aku rasa aku memang sorang yang baik hati sebab aku tak pernah merompak lagi..hehehe.

10. Orang yang aku SANGAT sayang - my family dan nuar ...(tapi aku sayang semua orang yang aku kenal jugak) dan saya sayang Malaysia!

Pilih penerima award seterusnya dan describelah tentang mereka : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.. (dan pada sesiapa nak amik award ni..hehehe)

Tuesday, May 26, 2009

Tag "kawen-kawen" dari adik Izzati!

2 comments
Ok la, demi adik izzati..akak siapkan tag ni pagi ni jugak..ermmm...sambil korang baca2 ni...doakan la aku leh kawen cepat sikit dengan nuar e...aminnn...ok check it out!!

1. How old are you?
25 tahun.. (umor yang patut kawen dah kot..??!!)

2. Are you single?
Sudah berpunya..

3. At what age do you think you’ll get married?
25/26....insyaallah..kalau dah cukup duit...hehe..

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Of course la!!

5. If not, who do you want to marry?
Ermmm...tak pernah terpikir pulak..

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
Jiran sebelah rumah kot..

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
Kalau ikut impian...nak kawen tepi pantai..boleh ke awak?

8. Where do you plan to go for honeymoon?
Bali or pulau2 dalam Malaysia ni je..

9. How many guest do you think you’ll invite?
1000..eh jap..orang kampung aku berapa orang e?(kena check ngan ketua kampung dulu)

10. Will that include your exes?
Hahaha...aku memang tak de ex..coz nuar yang pertama dan terakhir lekat dalam hati aku ni..

11. How many layers of cake do you want?
Kalau leh biar sampai sentuh bumbung..

12. When do you want to get married? Morning or evening?
Petang kot...sebab cepat sikit malam..hoho..

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
Lagu2 pengantin la..baru best..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
Sama la ngan izzati..nak pakai tangan suami la..sebab pakai inai..hehe..

15. Champagne of red wine?
Ish..air biasa2 jer la..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
No komen..

17. Money or household items?
Duit!

18. How many kids would you like to have?
4 kot..dua laki dua pompuan..cukup!

19. Will you record your honeymoon in DVD and CD?
Kena record ke?akan difikirkan..haha..ada sapa2 nak order dah ke?

20. I want to know their wedding plan:
Ruby, Heary, Wawan, Zehan, Nedy..hehe..

Monday, April 20, 2009

Tag wallpaper desktop.

0 comments
Amboi-amboi...cik ruby....sekali update blog sampai 4-5 entry....ni style himpun dulu la ni...ermmm...ikut hang la macam mana style pun...aku tau la hang busy bee...Ok, aku buat la tag hang ni dengan pantasnya sebab aku memang tengah boring ni.....bos plak tak mai hari ni...boleh la maximize seluas-luasnya mozilla aku ni....hehehehe....ok..mari saya bermula...

1. Anda perlu print screen wallpaper di desktop anda yang anda gunakan sekarang. Tak boleh tukar...(ok...memang aku tak tukar pun...tak caya tanya mala)

Ni wallpaper kat ofis aku...tengok tu kemas je...sebab aku memang tak suka ada banyak file/folder kat desktop aku....serabut.....yang desktop kat umah, aku dah pernah tunjuk dalam entry sebelum ni...

2. Bagitau kenapa anda suka wallpaper ini?
Nama pun wallpaper desktop kat ofis, mesti la kena nampak professional sikit kan?..takkan nak letak gambar aku dok sengih kot....kena bersesuaian dengan tempat la jugak...ni tips untuk pemilihan wallpaper desktop anda ye...Wallpaper ni aku amik dari pc adik aku a.k.a matki kat kampung...dia ni suka download2 macam wallpaper..design best2..art graphic la....sebab dia amik kursus lukisan..dah la pandai melukis..memang seni betul adik aku ni...kos aper e dia amik?...errmmm...tak ingat la...rekabentuk industri kot.....kalau tak silap la....hehe...skarang dia dah habis blajar dah...dok tengah keje kat kedah...bulan 5 ni dia konvo...kat politeknik Johor..(promote adik aku la plak....hehehe..)

3. Sila tag 10 orang...
Malas la nak tag sape2 pun....bukan ada orang buat pun kalau aku tag... : ( ....huhuhu....

Friday, March 13, 2009

Tag selongkar folder gambar!!

3 comments
Ruby!! ....aku ni bukan ada gambar lama2 macam hang...semua masa aku dok kat puchong ni je la...ok2, tak pe...demi nak memenuhi kehendak hang yang telah mengetag aku...aku cuba la tengok2 folder gambar dalam pc kat ofis aku ni...baiklah, mari kita bermula....

Syarat2nya ialah :
1. Go to your photos folder in your computer... (sedang pegi dah ni)
2. Go to the 6th folder of photos... (mana-mana? 1,2,3,4,5,6...ok2 jumpa dah)
3. Go to the 6th picture in that folder... (ooo....gambar ni)
4. Put the picture on your blog and description of it....silalah membacanya..

ni la gambar yang telah ditemui itu..

Kisahnya gambar ni diambil masa kami buat party farewell atau majlis perpisahan untuk Kamarul (satu2nya lelaki dalam gambar ni) dan Katerine@Cat (satu2nya Chinese dalam gambar ni)...diorang masing2 dah dapat keje yang lagi bagus dari Asia Media ni...yang Kamarul dapat keje kat Media Prima atau TV3, best tu...huhu..Manakala si Cat ni pulak dapat keje kat Technology Park...dua2 dalam position Designer gak la... Memang ok giler la tempat keje baru diorang ni nak dibandingkan dengan tempat keje aku skarg ni...hehe...bila la aku nak dapat tempat keje yang best camni....ok2..lagi dua orang yang dok tersengih tu..aku dengan Mala la...Mala (satu2nya India dalam gambar ni) dan aku (satu2nya pompuan Melayu dalam gambar ni).....wah!!!...majmuk giler gambar ni..boleh buat poster iklan plak..."Masyarakat Majmuk di Malaysia"...so, sape nak booking gambar ni sila la contact aku ye...hahaha...

Gambar ni di ambil masa bulan 10, tahun lepas......aku pun cam kurus sikit je...hehe..pastu kami celebrate diorang ni kat pizza hut IOI Mall Puchong...dekat je ngan ofis...diorang ni best sebenarnya, kadang2 menceriakan suasana...macam si Cat ni, suka cakap Bahasa Melayu tak betul...contohnya : U ni kulang belasa la..... hahaha..kami semua pulun gelak, lepas tu lekat dah kat dia..sikit2 kena la perli...huhu....rasa sunyi la lepas diorang tak de kat ofis...dah la ofis ni memang sunyi...tak pe la, rezeki masing2...hidup harus diteruskan...chaiyok untuk semua!!

Lastly aku nak tag 6 blogger lain : mala, amir, zafir, nuar, duwenk, rames...hahaha..

Monday, February 09, 2009

Tag dari ruby dan heary....serentak!!

0 comments
RULES:
1. Put your iTunes, MP3, MP4, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

aku nk tag - senarai blogger aku...cukup2 10 orang..hahaha....

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Avril Lavigne - Innocence
*************************************************
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Mila - Aku Lebih Tahu
*************************************************
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Avril Lavigne- When You're Gone
*************************************************
HOW DO YOU FEEL TODAY?
Raffi Afmad Ayushita-Jangan Bilang Tidak
*************************************************
WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
3 doors down - here without you
*************************************************
WHAT’S YOUR MOTTO?
The Fabulous Cats - Bawaku Terbang
*************************************************
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Avril lavigne-girl friend
*************************************************
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Irwansyah - Perempuan
*************************************************
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Avril Lavigne - Nobody's Home
*************************************************
WHAT IS 2 + 2?
Siti Nurhaliza - Wanita
*************************************************
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Rossa - Ayat-Ayat Cinta
*************************************************
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Siti Nurhaliza - Pastikan
*************************************************
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Samsons - Bukan Diriku
*************************************************
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Jinbara_ft_Ahli_Fiqir_-_Zakiah
*************************************************
WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Dance Pe Chance
*************************************************
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
haule haule
*************************************************
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
dancing jodi
*************************************************
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Tujh Mein Rab Dikhta Hai
*************************************************
WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Melly_Goeslaw_Ft_Yusry_Kru_-_Dibius_Cinta
*************************************************
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Ari-Lasso-feat_Bunga-Citra-Lestari_-_Aku-dan-Dirimu
*************************************************
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIEND?
Farah_Dhiya_-_Rasa_Cinta
*************************************************
WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Matahariku_-_Agnes_Monica

**semua lagu2 ni dari cd yg aku burn untuk dengar dalam kete (termasuk la lagu hindustan...wakakaka)....ermmm, ada gak mcm betul ni..

Tuesday, January 20, 2009

Tag dari Heary....baru nak buat....

0 comments
Title: 16 random things about you
Terms: Please refer below~
—————————————————————————————
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai
tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya ketika bayi.

1. aku anak ke-3 daripada 6 orang adik beradik...yang atas 3 orang pompuan, yang bawah 3 orang lelaki...so, ada 3 couple la kat umah aku...selalu kalau mcm perangai tu mesti konon2 ikut couple la...contohnya..adik aku kiranya yang bongsu sekali la, kalau dia ada wat apa2 tak kena...aku la yang disalahkan...sebab dia couple/adik aku..hehe...

2. masa tadika dulu2 tokwan aku la yang hantar dan ambik aku dari tadika...huhu..kalau ada kawan aku buli aku...aku cakap la.."habaq kat tokwan satgi baru tau"...tokwan aku ustaz kat kampung....memang famous la...sekarang dah tak de...i miss him... : (

3. aku selalu kena panggil nak cabut gigi masa sekolah rendah..sampai nurse dah kenal muka aku..sebab gigi aku banyak rosak..maklum la mak ayah aku bukak kedai runcit...so, apa jenis coklat ada dalam kedai tu semua aku dah try...hehe...

4. dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah dan ke matrik...subjek yang paling aku tak suka adalah bahasa inggeris...aku jadi fobia sebab aku tak reti nak jawab....aku ingat lagi...masa form 3, ada sorang cikgu, nama dia cikgu kupusamy..selalu suruh murid2 berdiri pastu sapa leh jawab baru duduk...aku memang gabra giler....ntah la...aku pun pelik..kenapa la aku tak pandai bahasa inggeris...dulu2 la....sekarang insyaallah boleh dah la.............

5. aku dulu memang sangat mementingkan persahabatan.......aku memang akan ada geng tak kira la aku blajar kat mana (kecuali utem kot)...ntah la...diorang cakap aku ni suka buat lawak...tapi tengok mood gak...betul ke tak tau la...

6. dulu, aku gemuk/berisi..berat dekat 60kg gak la...ntah la time masuk universiti baru kurus sikit...(perasan lak) mungkin sebab terjebak dalam alam percintaaan kot....hahaha...kena la jaga saham kan...

7. binatang yang aku paling geli adalah tikus.....tak kira la hamster ke apa ke...kalau dah rupa iras2 tikus tu memang aku tak suka....ntah la...memang tak leh terima kehadiran binatang ni....tapi lahir tahun tikus....hahaha...

8. aku ni jenis disiplin...kalau janji kul 2...kena la tepat kul 2...benda ni lebih kepada nuar la...tak percaya tanya nuar ...pernah ke aku yang lambat..mesti dia la yang lambat sampai...tapi kadang2 tu ok la kalau ada problem yang tak dapat dielakkan...then aku boleh terima....

9. aku ni jenis pendiam..terutama dengan orang yang tak berapa rapat..tapi kalau dah kenal tu aku boleh la jadi peramah jugak....ntah la, better cakap benda yang perlu kot...nak peramah ada masanya....

10. aku pernah kena makan ubat 30 biji lebih sehari....aku takkan lupa sampai bila2...ni masa aku sakit dulu la....nurse siap buat lawak bodoh lagi..."makan ubat pun dah kenyang, tak yah breakfast la..."...kurang asam tul...

11. aku pernah amik morfin....hahaha..tapi bukan secara haram ataupun dengan tujuan nak jadi penagih dadah....tapi secara terpaksa....tapi kan....gua cakap lu....memang perghhhhhh....nikmat giler, rasa dunia ni kosong je...otak rasa lapang....aku terpaksa diberi morfin untuk tahan sakit.....last2 aku siap mintak kat nurse "nak morfin japgi e"...padahal aku dah ok...hahaha...memang macam ketagih...mak aku dah risau masa tu......tapi aku control diri aku...nasib baik ok lepas tu....

12. ermmmm....nak tulis apa lagi e.....cukup la kot sampai sini...tak tau dah aih nak tulis apa...nanti kalau ada lagi aku add....pikir2..

Then, aku tak de sapa yang aku nak tag kot..maybe :
- nuar : )

Wednesday, January 14, 2009

Tag dari ruby...

0 comments
First time di tag, mula2 tak faham mcm mana tag2 ni...dan malas..tapi aku cuba gak la..demi ruby..cewah2...

1. Do you think you're hot?
kadang2....sebab cuaca tak menentu..haha, ala..tak hot sgt la, sexy je...

2. Upload your favourite picture of you!

gambar ni kot...sebab nampak ayu..dan pipi agak tak tembam.

3.When was the last time you ate pizza?
bulan 12 thn lepas kat the mines..dgn nuar..

4.The last song you listened to?
lagu2 dari filem hindi 'Rab Ne Bana Di Jodi'...haha..

5. What are you doing right now besides this?
tgh cloning cf untuk bas rapid kl...<---waktu keje la ni.

6. What name would you prefer besides yours?
zakiah..zakiah..penari padang pasir ternama...aku dah suka nama aku ni..

7. People i tag
tak de sape kot...first time kena tag.

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez