Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Saturday, February 02, 2013

Zara demam....

0 comments
Assalammualaikum...
Salam jumaat sabtu semua...
(Tak sempat nak post kelmarin...hehe)
Mcm mana dgn aktiviti hari ni?hokey kah?
Huhu...

Citer terus jer la e...
Sejak pagi kelmarin khamis Zara dah start demam...
Demam di sini bermaksud badan dia panas...
Tapi tuan punya badan tu mmg tak nampak mcm demam langsung!pelik kan?

Mmg pelik sbb time bagi ubat pun slumber jer sedut mcm bagi air oren jer.
Lps makan ubat tu boleh plak round satu rumah mcm biasa...ha!!ko ada?

Ntah la sejak bila yang dia senang sgt mkn ubat ni...sbb seingat aku pernah jugak la dia taknak ubat sampai kena paksa.
Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni...
Allahhualam...

Walaupun pagi semalam khamis dia demam aku tetap jugak pegi keje...sbb tgk dia mcm dah ok jer...tapi ada bekalkan la ubat kat cikgu nursery tu...mana tahu kalau badan dia tiba2 panas lagi.

Then lepas balik keje...hubby ckp badan dia panas balik...kitorang pun bawak la pegi klinik.
Check2 mak aiii 39.6°c uolllss!!
Apa lagi doktor bagi ubat bontot laa...
Aku pun dgn senyum kambingnya request la nak MC siap2 utk esok sbb mmg dah tahu sgt esok pun mesti tak ok lagi...
Kalau dia ok...mmg aku koyak jer MC tu...cewah -.-

Tapi tekaanku meleset sbb pagi esoknya aku plak yang demam...maka MC tu amatlah berguna sekali...hehehe.

Tgk tuu mcm main2 jer kan?

See...air oren buh dalam picagari.

Nyummy...sedapnyaa...nak lagi!

Finally...baru nampak mcm demam...hehehe.

Friday, February 19, 2010

P itu sudah jadi milikku!!!

3 comments
Apa yang P tu?P for Penang ke?hehehe...ni la lesen P yang kita semua pulun sangat nak grab tu, aku baru jer lulus test kereta hari ni. Ooooyeeaaa!!kira hebak jugak la aku ni deh..perasannn..(ni pun second time]. Tapi zaman skarg ni, takde lesen pun ramai jer yang berani bawak kete kat jalan raya tu..orang2 ni aku tabik la, memang pejuang berani mati sunggoh..!

Tips untuk sesape yang nak ambik lesen nanti, jangan nervous sangat2 masa tgk muka JPJ tu, tekan jer minyak tu...cewah..masuk jer dalam kete bagi salam dengan senyum sekali..cewah lagi...masa tengah bawak tu, buat2 tengok cermin sisi dgn bersungguh2, konon2nya sangat berhati-hati a.k.a poyo baik ler...hehe.

Lesen aku siap isnin ni kot, so lepas ni insyaallah cik abang tu bagi la aku bawak kete dia...boleh e awak??awak tido la puas2 kat sebelah, nanti saya ngantuk..turn awak plak bagi massage no..hehe!
Gambar sekadar hiasan semata2.

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad pergi jua

1 comments
Takziah buat keluarga Yasmin Ahmad, diharap mereka dapat menerima pemergian arwah dengan redha kerana ajal maut memang dah ditentukan oleh-Nya. Kita yang masih hidup di dunia ni perlu teruskan kehidupan walaupun orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
Ermmm...walaupun Yasmin Ahmad tak de kaitan pun dengan aku, tapi aku turut rasa terkejut dengan berita kematian beliau, sebab aku adalah antara peminat2 yang mengagumi karya Yasmin Ahmad ni. Memang beliau sangat berbakat dan jenis yang mementingkan perkauman dalam karya beliau. Aku pun tak lepas dari tengok semua filem arahan Yasmin Ahmad, bukan sekadar filem dia yang aku suka, iklan yang dihasilkan beliau juga amat bermutu dan menyentuh hati.
Diharap arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman... Al-Fatihah....amin.

Tuesday, June 23, 2009

Megan Fox is a Man!!

2 comments
Transformers kembali lagi!!memang ramai ternanti-nanti nak tengok kehebatan movie ni, sampai susah giler nak dapat tiket..huhuhu...aku pun tak tau bila nak pegi tengok movie ni, harap2 next week la. Ok, bukan nak citer pasal movie ni pun, tapi nak story pasal heroin filem ni, Megan Fox. Korang tahu tak, "she" is a man!!!hohohoho...macam tak percaya, tengok jer la body mantap dia tu.

Ok, memang tak sangka la kan, minah cun ni secara azalinya dilahirkan sebagai lelaki. Nama lelaki dia yang parents dia bagi dulu Mitchell Reed Fox, pastu masa budak2 lagi dia ni suka sangat pakai baju perempuan dan berperwatakan macam perempuan. Then, masa umur dia 13, dia tukar nama ke Megan Fox dan mulakan karier jadi female child performer. Mungkin memang rezeki dia ke arah tu, korang baca la kalau nak tahu sendiri...malas aih nak citer--> klik sini

Macam ni la muka jantan dia setelah di edit...hahahaha...

Friday, June 19, 2009

Gambar masa kecik!

2 comments
Masa kat rumah hari tu, aku tertengok gambar aku masa aku kecik-kecik dulu, disebabkan tak de scanner kat umah, aku main tangkap pakai handphone jer la gambar tu...hehehe.. Sebab aku memang tak banyak gambar2 masa kecik ni, so yang ada ni memang amat bernilai la bagi aku.

Kenangan betul gambar ni...huhu..suasana kat kampung yang best, sepupu2 semua berkumpul..
kakak aku yang sulung yang baju merah jambu tu (kakchak), yang baju putih tu plak kakak no. 2 (kakchik)...dan aku yang kat depan dok pegang tiang peti surat tu (kaklang)..hehehe..gambar ni masa umur aku 3/4 tahun kot.

Zoom sikit gambar aku yang ala2 muka ain ni...bak kata nuar la...betul ke?takkan leh muka sama macam anak sedara kot, apa2 la...yang penting kami semua masa kecik muka lebih kurang sama je..sepesen..

Friday, June 12, 2009

[Yoyooh] Sepi seorang pencinta..

0 comments
Kisah bermula bila terjadinya perlanggaran tidak sengaja di antara si lelaki dan si perempuan. Perlanggaran yang telah membuatkan si lelaki berasa sangat berdebar-debar. Arghhh...cantik betul si perempuan ini, sungguh indah ciptaanMu ini Tuhan. Tanpa diduga, cinta telah mula berputik dan rindu pun datang menjelma untuk si lelaki tersebut. Senyum sentiasa terukir di wajah si lelaki itu dan setiap malam, tidurnya hanya didatangi mimpi-mimpi indah..ohhhh.."i'm in love...!!!" jerit si lelaki itu.
Memang indah bila seseorang itu telah dilamun cinta, semuanya nampak manis dan indah2 belaka. Si lelaki bertekad untuk menjadikan si perempuan ini sebagai teman hidup. Keesokan hari si lelaki menunggu si perempuan di tempat pertama kali mereka bertemu. Dengan harapan yang tinggi menggunung supaya si perempuan itu akan melalui jalan yang sama dan si lelaki dapat bertentang mata dengan si perempuan itu lagi. Si lelaki menunggu dengan perasaan yang cukup teruja dan penuh harapan..dan si lelaki berasa ingin terus memeluk si perempuan apabila mereka dapat berjumpa sekejap nanti. Begitulah bayangan2 yang bermain2 di minda si lelaki.

5 minit pertama menunggu...

30 minit seterusnya...

1 jam berikutnya...

4 jam yang...

"Kenapa dia tak muncul-muncul??"...sedihnya hati si lelaki, lalu pulang membawa hati yang terluka. "Esok masih ada..." fikir si lelaki menyedapkan hati. Dengan harapan yang masih tinggal, si lelaki terus menunggu si perempuan di tempat yang sama pada keesokannya. Esok pun si lelaki gagal menemui si perempuan, lusa pun gagal jugak. Hari-hari yang seterusnya pun si perempuan tetap juga tak muncul-muncul, kelibatnya langsung tak kelihatan.

Sampai la hari yang ke-30 ataupun sebulan si lelaki menjadi penunggu ibarat pepatah "bagai pungguk rindukan bulan", merindu pada sesuatu yang tak pasti. Si lelaki benar-benar kecewa dengan si perempuan yang telah menghukum dirinya. Tidak tahukah si perempuan yang si lelaki betul2 mencintainya?..arghhhh.."aku mahu mati!!!" jerit si lelaki dengan perasaan yang sangat kecewa dan terluka. Lalu si lelaki mengambil pistol di dalam simpanannya dan cuba diacukan di kepala dengan niat untuk membunuh diri.

Inilah akibat cinta yang tidak kesampaian dan berasa begitu terhina diperlakukan sebegini oleh si perempuan. Hampir susut berat badan si lelaki kerana tidak lalu makan dan setiap hari berdiri di tempat yang sama dengan bunga di tangan demi si perempuan, inikah balasannya????.....argggggghhhhh...---the end

Maka, berakhirlah kisah "Sepi Seorang Pencinta"ini....kesudahannya sama2lah kita pikirkan.

Idea asal : aku sendiri
Jalan cerita : aku sendiri
Penulis/penaip : aku sendiri
Grafik/gambar : internet

p/s : memang tidak diciplak langsung dari mana2 sumber, imaginasi si penulis semata-mata, hanyalah khayalan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun bakal mati.

Moral of the story :
1. Dah tau berkenan dengan anak dara orang tu, masa berlanggar tu cepat-cepat la ambik nombor telefon dia, tanya alamat ke....senang la nak contact nanti.
2. Dalam seminggu tunggu, tak mai2 jugak, tak payah la buang masa, banyak lagi perempuan lain.. (kecuali la nak kat perempuan tu jugak2...ketegaq)
3. Ingat, kita ni orang Islam, frust macam mana pun jangan sampai bunuh diri, tak bau syurga nanti..tapi, si lelaki ni seekor kucing..kalau bunuh diri pakai pistol, tak ke pelik dah tu?hahahaha......
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez