Wednesday, April 15, 2009

Terjoin function IRC!


Hari ni baru dapat update blog pasal aktiviti weekend lepas, kelmarin aku cuti sebab nak pegi hospital...huhu...Ok la, setiap kali weekend memang ada je aktiviti nak buat..kadang-kadang kebetulan, kadang-kadang memang dah plan....tapi bila ngan nuar ada je la aktiviti nak buat..hehehe...Sabtu lepas aku pegi teman nuar sebab dia kena keje satu hari kat Menara PGRM...aku pegi pun dah petang, nuar memang dari pagi la ada kat sana....so, aku ingat bila aku pegi sana, mesti la dia dah boleh balik, nuar pun cakap datang je la lepas tu kita blah...TAPI, apa yang jadi adalah bila aku dok sana....tak boleh jugak nak blah2...sebab kena tunggu sampai event tu habis...huhuhu...sabar je la.....

Ni la function yang aku cakap aku terjoin ni..tiba-tiba je kena tengok sampai habis..aku memang tak tahu apa-apa pun, dah la pakai baju biasa je...yang datang sini semua pakai vouge2 je aku tengok...Ok2, event yang ada kat sini bawah company Island Red Cafe. Company ni besar jugak la, almaklum la bisnes orang Cina, kalau korang pernah lepak diorang punya cafe mesti tahu la camner...produk utama diorang ni minuman Coffee kot...dah berkembang la skarang ni, dah banyak cawangan...so, nak celebrate la ni, yang datang ramai-ramai ni semua ahli2 IRC la, ala2 MLM jugak company ni...bak kata sorang pakcik ni la...aku pun tak tau, dah la bos besar diorang bagi ucapan dalam bahasa cina, camne nak faham.....

Cewahhhh...buat2 rajin bekerja nampak...hehehe...ni la Kumar, System Analyst dekat company nuar...nampak biasa je, tapi keje teruk ni, kena buat sistem je la keje dia, tu yang sampai botak tu...(sori ye Kumar....hehehe....)
Gambar2 ni semua dekat sebelah stage..area segala PA system semua la..tugas nuar dengan kumar kena handle masa lucky draw dalam function ni nanti....tu la sebab kena tunggu sampai habis, sebab cabutan kan selalu dekat last2.....hadiah2 cabutan diorang memang best2 giler....teruja aku, cuba anda bayangkan hadiah pertama dapat kereta Honda Civic....gilerrr....yang dapat hadiah ni sorang pakcik bangsa cina...tua dah, huhuhu....

Ni plak gambar2 aku...tengok, tak sesuai dengan majlis langsung...kalau tau, awal2 dah sewa baju cantik2...hahaha....
Ada la 2-3 orang artis yang diorang jemput, antaranya Dayang Nurfaizah...ok la persembahan dia malam tu, menghiburkan...aku tak sempat nak amik gambar dengan dia walaupun dah lalu sebelah, ni masa dia buat persembahan....Kul 11 lebih baru habis majlis ni, kami balik dengan muka bebai je...Kumar lagi la, tinggal anak bini kat rumah...huhu..kesian..

2 comments on "Terjoin function IRC!"

malar on Wednesday, April 15, 2009 5:57:00 PM said...

ceh!
kumar dah kahwin ker?
ish ish
no chance d
huhuhu!
next time post single guys la
:P

Unknown on Wednesday, April 15, 2009 5:58:00 PM said...

gatal jugak e....nanti la akak bagi Mahesh dekat u....tengah sesi perkenalan lagi dengan dia kat facebook.....hehehe....

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez