Showing posts with label anti. Show all posts
Showing posts with label anti. Show all posts

Friday, June 05, 2009

Kenapa tak leh sedut udara segar dah skarg??

0 comments
Memang aku tension, hangin, geram dan menyampah betul dengan orang2 yang merokok ni, kenapa ntah??buat pencemaran betul. Ok, mula2 dalam ofis, aku tak tahan dengan air cond yang sejuk macam ais tu, pastu ingatkan masa lunch nak kuar la amik udara panas kat luar. Ermmm, bila turun je kat bawah ada ramai plak staff laki yang dok menghisap......aku tekanan betul, pastu ok lagi la, sebab baru je nak pi rehat, bila dah setel semua, time aku balik dari Tesco, sepanjang koridor bawah ofis tu penuh orang lalu-lalang yang merokok, aku sampai sesak nafas...wt..fish???!!!tengah2 panas leh hisap rokok, tak terbakar badan ke?pelik betul...aku nakkan tempat dan udara yang selesa la oi...please la, jangan la buat pencemaran lagi..STOP la merokok tu, sayang la sikit ngan alam sekitar kita ni.

Friday, March 27, 2009

"Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz"

2 comments
KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Ye...elok hentikan je la hisap rokok ni...takde faedahnya....tengok je la harga rokok sekotak dah berapa skarg...buat membazir je...bukan kenyang pun.....hehehe....tengok, last2 dah sama taraf ngan lembu plak ni.....bukan aku cakap ok....lu pikir la sendiri..!!!memang skarg ni kat mana2 pun kita boleh nampak ramai sangat yang suka hisap rokok, tempat paling favourite mesti la kat kedai makan...sebab diorang cakap lepas makan la masa paling syok nak hisap rokok...ish....ish......lepas tu, bukan orang lelaki je suka hisap rokok...yang perempuan pun dah banyak je aku tengok......apa la nak jadi.....mengikut kajian, perempuan yang hisap rokok agak sukar untuk melahirkan zuriat....sebab daya ketahanan badan diorang jadi lemah atau mungkin rosak akibat rokok ni....so, sape2 yang ada girlfriend yang hisap rokok tu, nasihatkan la dia sebelum terlewat.....huhu...dapat pahala lagi.....

Yang ni memang seorang perokok yang gila kuasa...semua rokok dia nak bedal...hehe....

Betul ke sama cam lembu e??renung-renungkan la....jangan sampai menyesal....

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez