Thursday, December 17, 2009

Jom tengok Avatar!

0 comments
Lama tak update blog..tetiba malam ni rasa nak tulis something kat sini. Tadi aku baru balik dari tengok movie "Avatar". Memang best giler la!!aku boleh cakap PERFECT!!dari segi animasi 3D, special effect, memang cantik giler, pastu dengan sound effect yang superb...kalau tengok wayang 3D ni, aku rasa memang lagi rasa macam kita hidup dalam dunia fantasi citer ni. Aku memang tabik giler la diorang punya kekreatifan buat citer ni, walaupun ada sket2 tiru Matrix tapi tak kisah la. Ishhhh..tak tau la nak cakap apa lagi..baik korang pegi la tengok sendiri..memang puas hati punya la..huahuahua!!

Selamat menonton!!

Tuesday, November 17, 2009

Gomo Kelate Gomo!!

0 comments
Dah expired ni!!haha..nak buat macam mana dah hari ni jer baru dapat update dekat blog aku ni walaupun story pasal Kelantan vs N9 ni dah habis. Ah! tak kisah la kan...yang penting perlawanan hari tu memang gempak dan best!!bukan pasal apa pun, suasana kat stadium tu yang aku rasa teruja sikit. Jarang dapat pengalaman macam ni, sebab kat situ la kita boleh tengok macam2 perangai manusia. Pasal kalah ke menang tu, memang aku tak kisah pun sebab aku orang Kedah..so, paham2 jer la..apa aku dapat kalau nak over2 pun kan?
Pasal penyokong Kelantan yang over dan pelik tu, memang aku dah tengok dengan mata aku sendiri dan akui la memang diorang sangat2 la fanatik. Bukan apa, diorang datang dari jauh dengan sewa bas lagi...pastu dengan harapan pasukan negeri diorang menang, last2 main macam tu...saper la tak bengang!tapi aku ada terbaca dekat paper yang akibat dari perbuatan penyokong2 ni, kelab pasukan Kelantan ni kena bayar denda...tak tahu la nak salahkan sape kan.
Ok, layan gambar2 aku dekat sana ye! (tak nak layan sudah!)

Ramai kan?masa ni baru pukul 2.30 petang.

Penyokong Kelantan dari Kampung Sireh.. :D

Penyokong N9 yang berani lalu tengah2 peyokong Kelantan..memang riuh kena kacau masa ni!

Muka takut....rasa macam nak call polis jer..sebab ada dah aura2 nak gaduh masa ni..gila betul!

Pengasas Kelantan ni dengan penolong dia..tengok kot2 boleh tolong setelkan..hehe.

Ni la pandangan dari tempat duduk aku...kira ok la tengah2.

Tengok la keadaan kat stadium sebelum dan selepas penyokong2 baling mercun ni...macam mana la nak main betul2 kan?buatnya ada pemain yang lemah jantung...habis kat situ jer... :D

Aku takde apa2 pun...rileks jer, tak berani bersuara pun...just nak memeriahkan suasana jer...hehe...tapi aku happy jadi penyokong Kelantan malam tu!!gomo kelate gomo...tahun depan cuba lagi deh!!!

Note : Nasib baik ada jual penutup mulut Kelantan tu, boleh gak cover dari asap yang berkepul2 tu...ish2..tak sayang nyawa langsung!

Monday, November 09, 2009

Pink....pong!

2 comments
Lama gak aku tak update blog aku ni, asyik ada jer problem dgn masa. Dah ler buat masa ni hidup aku macam tak stabil jer. Dulu boleh selalu bukak blog ni masa keje, skarang ni jangan harap la. Bila la aku nak pakai streamyx e..??(streamyx is no. 1 la katakan..)
Last week aku buat apa e?ok2 baru teringat...masa training hari jumaat lepas, kitorang semua kena pakai baju color PINK!hehehe..sebab nak bagi sokongan sempena dengan Hari Kanser Sedunia. Warna pink ni dah jadi lambang untuk Breast Cancer yang sememangnya penyakit yang digeruni semua orang tak kira perempuan ataupun lelaki. So, peliharalah aset anda itu dengan sebaik yang mungkin yer...hehehe.

Note to Mala sahaja : Mala, tengok la kawan2 akak skarang...tak jeles ke?hehehe..gurau jer..u yang terbaik sekali!! : ) miss u!!

Friday, November 06, 2009

Lagu favourite lagi!

0 comments
Lepas lagu Love Story yang aku suka sangat2 tu..layan plak lagu kali ni...tadaaaa...best tak??



Note : Geng2 kelate semua!...esok jom ramai2 serbu Stadium Bukit Jalil!!hehehe.. :D Kita sokong depa, bagi depa menang! [konfius dak?]

Sunday, October 18, 2009

Hari raya yang hambarr!

1 comments
Walaupun dapat cuti raya 2 minggu, tapi dah sebab nak balik dengan Nuar...terpaksa la stay kat sini lagi seminggu. Tiket bas confirm dah habis masa tu..memang dah tak boleh buat apa dah. Masa hari raya pulak, memang boring giler... aku dok rumah jer layan Astro. Nak pegi jalan rumah orang tak de kete, nak harap Nuar datang...dia sibuk ngan family. So, memang hambar giler la raya tahun ni pada aku. Memang tak meriah langsung...harap2 tahun depan meriah la sikit... :D

Antara gambar2 yang diambil masa hari raya baru2 ni...amelia muka penat!

Sesi training bermula!

0 comments
Start 7 Sept lepas, aku dah mula masuk training kat tempat kerja baru aku tu. Memang rasa macam pegi kuliah jer, siap ada nota dengan slide powerpoint lagi...hehe. Tapi yang lainnya, setiap hari semua kena bercakap, takleh jadi pasif. Maksudnya kami kena buat presentation kat depan dengan aktiviti2 berkumpulan. Dalam sehari dekat 4-5kali presentation kena buat, pastu kena berlakon la. Memang best la jugak masa training ni walaupun dalam bulan puasa lagi. Dah la kebanyakan trainee dalam group aku ni fresh graduate, memang rasa macam masa blajar dulu la. Pastu yang bestnya lagi dapat cuti raya 2 minggu!

Best kan keje macam ni, hujung bulan dapat gaji...sorry la din, gambar ko terlepas...hehe..tido lagi.

My Farewell at Breek Cafe!

0 comments
Fuhhhhh...banyaknya sawang..ish2..blog sapa la ni??jawab..jawab...hehehe...lama betul tak berbloging2 ni, baru jer dapat peluang hari ni, tapi aku ada bukak jugak blog ni kalau datang cc, pastu baca entry2 blogger lain especially dalam blog list aku ni.
Ermmm...masih dalam mood raya lagi kot, nak buat entry pasal apa dulu e?banyak nak story ni..Ok2, aku start dengan hari terakhir aku kat Asia Media hari tu la (gambar dah basi ni)..Sempena hari perpisahan aku yang bertarikh 4 Sept 2009 lepas, aku pun plan la farewell dengan budak2 ofis aku. Siap bertema2 lagi...kena pakai baju same color dengan couple masing2, maksudnya boleh datang bawak pasangan masing2 la kan (taktik nak bawak nuar) : )

Saat memunch card untuk kali yang terakhir, gambar wajib ambik ni bagi sapa2 yang nak resign macam aku ni...hehehe.

Memandangkan aku resign time bulan puasa, so majlis pun kena la bermula sama ngan time berbuka. Lokasi majlis farewell aku ni dekat Breek Cafe, IOI Mall..dekat jer la. Jumlah yang hadir masa ni 10 orang, so memang cukup la 5 couple kat situ...hehehe..yang tak sangkanya, Rames pun datang tau..teruk gak Mala pikir nak jemput. Ingatkan dia tak sudi la, sebab dia jenis sibuk jer..maklum la orang Astro la kan. Antara yang lain Kelvin dengan awek dia yang hot (hihihi) dengan tema baju pink, Mala dengan Rames pulak tema purple, aku dengan Nuar tema biru, pastu yang lain2 tak bawak couple sendiri tapi still tema color. Macam Azie tema orange, Tony tema kuning..(matching dah tu)...hahaha, Sheu Wen tema hijau dan Abg Faiz tema kelabu (agak match ler tu)...so, memag colourful la majlis aku petang tu. Memang terharu giler!!Ok kat bawah ni gambar masa majlis Farewell aku tu!

Dah ada kamera mahal2 macam ni..terpaksa la digunakan jugak kan? : )

Geng wanita! dengan gaya 1, 2, 3, 4, 5

Geng maskulin! (dengan produk masing2)

Ni la menu berbuka aku masa tu..nyummi!!

Air pisang yang pekat..azab giler nak habiskan.. : D

Hehe..Mala buat kejutan suruh Nuar pakaikan gelang India color pink ni kat aku..mmg saat tak leh lupa ni....Thanks Mala!!

Macam takleh masuk jer sebenarnya ni..Nuar nervous kot...last2 Mala gak pakaikan.. : )

Tadaaaa...inilah hasilnya, henna tu Mala yang lukis masa kat ofis, dok lembab lagi tu.

Posing lagi dengan gaya ala-ala seksi dan manja gitu.. :D

Mula2 semua malu-malu...dah nak balik bising giler tempat ni..hihi.

Ni gambar wajib ambil bagi staff Asia Media, bergambar depan restoran...hehehe.

Lepas semua dah bersurai, sampai jer rumah aku terus pening nak kemas barang2 yang berlambak tu, nampak bilik kecik jer, tapi nak pindah macam ni rasa banyak la pulak, jenuh nak mengangkut esok ni. Yang penatnya Nuar la nak angkat nanti, dah la puasa. Huhuhu...bermula la kehidupan baru aku kat TTDI Damansara mulai esok!

Saturday, October 17, 2009

Happy Deepavali!

1 comments
Ucapan di atas khas bagi mereka2 yang menyambut sahaja yer terutama kepada Mala (my adik) yang tengah sibuk menganyam ketupat di kampung beliau..hehe..sori saya silap, mungkin tengah sibuk main mercun ataupun dok tolong mak dia buat muruku. Apa2pun, akak harapkan Mala happy2 je la skarang, lupakan masalah mental kat Asia Media tu. Lepas ni kalau ada masa kita jumpa la e, bawak muruku tu sekali.
Ok2, seperti biasa aku nak letak jugak gambar setiap kali buat entry (walaupun hanyalah gambar hiasan @ curi kat internet jer)..hehe!

Selamat Hari Deepavali

Note : Macam bersawang jer blog aku ni, siap ada labah-labah lagi tu..ish2..fuhhhhh..syohhhh..(cuba nak halau that labah)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya kepada semua!!

3 comments
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini dan kawan2 semua. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dan selama saya menulis blog ini. So, kira settle la e 0-0..hehe..amik la kad raya kat bawah ni e, tak sempat la nak pos2 kad raya dah skarang, ni pun amik kat internet jer...ingat nak design sendiri, tapi takde masa la pulak..dengan hidup kelam-kabut lagi ni...sorry la!

Ok, di musim perayaan ni, saya nasihatkan sentiasa la berhati-hati di jalan raya terutama ketika balik ke kampung nanti yer. Aku akan balik kampung Jumaat malam ni dengan nuar, saper2 nak konvoi sekali boleh la...hehe..nuar balik Parit Buntar, dan aku Kulim. Walaupun aku dah start cuti minggu ni, tapi still tunggu nuar coz nak balik sekali, nak harap tiket bas..aku rasa memang dah takde dah. Takpe la, banyak gak aktiviti aku minggu ni, bershopping sakan!hehe..
Akhir sekali, jemput la datang ke rumah raya ni bagi saper yang tahu rumah aku, Insyaallah ada la duit raya seringgit dua aku bagi selain makan secara percuma...hehe.. :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
..MAAF ZAHIR BATIN..

Saturday, September 12, 2009

Huwarghhh....sedih woo..!

2 comments
...BLOG TERGENDALA SEKETIKA...

Akibat penulis blog ini baru berpindah dari Puchong ke TTDI, dan mengalami proses transformasi dalam hidup beliau...maka, blog ini tidak dapat diupdate seperti dulu2. Mungkin selepas penulis mendapat kebebasan beronline atau yang sewaktu dengannya, blog ini dapat diteruskan seperti biasa...Harap maaf yer..

Sekian, terima kasih!huhu...
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez