Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Gomo Kelate Gomo!!

2 comments
Dah expired ni!!haha..nak buat macam mana dah hari ni jer baru dapat update dekat blog aku ni walaupun story pasal Kelantan vs N9 ni dah habis. Ah! tak kisah la kan...yang penting perlawanan hari tu memang gempak dan best!!bukan pasal apa pun, suasana kat stadium tu yang aku rasa teruja sikit. Jarang dapat pengalaman macam ni, sebab kat situ la kita boleh tengok macam2 perangai manusia. Pasal kalah ke menang tu, memang aku tak kisah pun sebab aku orang Kedah..so, paham2 jer la..apa aku dapat kalau nak over2 pun kan?
Pasal penyokong Kelantan yang over dan pelik tu, memang aku dah tengok dengan mata aku sendiri dan akui la memang diorang sangat2 la fanatik. Bukan apa, diorang datang dari jauh dengan sewa bas lagi...pastu dengan harapan pasukan negeri diorang menang, last2 main macam tu...saper la tak bengang!tapi aku ada terbaca dekat paper yang akibat dari perbuatan penyokong2 ni, kelab pasukan Kelantan ni kena bayar denda...tak tahu la nak salahkan sape kan.
Ok, layan gambar2 aku dekat sana ye! (tak nak layan sudah!)

Ramai kan?masa ni baru pukul 2.30 petang.

Penyokong Kelantan dari Kampung Sireh.. :D

Penyokong N9 yang berani lalu tengah2 peyokong Kelantan..memang riuh kena kacau masa ni!

Muka takut....rasa macam nak call polis jer..sebab ada dah aura2 nak gaduh masa ni..gila betul!

Pengasas Kelantan ni dengan penolong dia..tengok kot2 boleh tolong setelkan..hehe.

Ni la pandangan dari tempat duduk aku...kira ok la tengah2.

Tengok la keadaan kat stadium sebelum dan selepas penyokong2 baling mercun ni...macam mana la nak main betul2 kan?buatnya ada pemain yang lemah jantung...habis kat situ jer... :D

Aku takde apa2 pun...rileks jer, tak berani bersuara pun...just nak memeriahkan suasana jer...hehe...tapi aku happy jadi penyokong Kelantan malam tu!!gomo kelate gomo...tahun depan cuba lagi deh!!!

Note : Nasib baik ada jual penutup mulut Kelantan tu, boleh gak cover dari asap yang berkepul2 tu...ish2..tak sayang nyawa langsung!

Monday, August 10, 2009

Kempen "Saya Cinta Malaysia!!"

2 comments
Nak selit iklan jap e!!ni ada kempen sempena nak Merdeka tak lama lagi ni...aku pun terbaca pasal kempen/contest ni dekat blog dari blogger2 list aku ni, so aku pun teringin nak join jugak la..hehehe..mana tau menang ke kan.
Ok, kepada sesaper yang mencintai Malaysia dan berminat nak join, boleh la baca syarat2 dan apa hadiah2 yang bakal dimenangi kat web diorang ni ---- >klik kat cini!! ataupun klik jer icon ads kat sebelah kanan blog aku ni!

Note : Untuk ruang Referrer's Email tu, letak la email saya yer, sebab saya yang bagitahu kat korang kan...hehehe... ini email saya : kiahbitm_84@yahoo.com ...TQ!!

**Kalau anda betul2 rakyat Malaysia sejati!!cuba la jawab Quiz kat bawah ni yer!!dan pastikan betul semua tau...kalau salah, baik pindah dok negara lain jer la....huahuahua!!**

Tuesday, July 14, 2009

Yoyooh.com Blogger Awards 2009!!

9 comments
Malam sabtu lepas, aku berpeluang join event dari Yoyooh.com sempena setahun penubuhan portal ni. So, disebabkan aku dah jadi peserta untuk The Blog Squad secara tak langsung dijemput hadir memeriahkan majis malam tu. Pada malam ni jugak la pemenang bagi Anugerah Blogger akan diumumkan. Majlis start lebih kurang pukul 9 malam, lepas kitorang makan2.
Ops, nak citer pasal lokasi Blogger Awards ni berlangsung dulu ye, mula2 memang pening gak nak cari Restoran Nelayan ni sebab jarang sampai sini, hehehe. Aku dengan nuar sampai gaduh2 blogger-emoticon.blogspot.com masa dok tengok GPS dengan map yang yoyooh bagi tu. Last2 sampai jugak la, sebab bukan susah pun....tapi kan masa nak masuk restoran tu aku rasa nervous gak, betul ke dijemput ni?yer la..dengan tak de kad jemputan apa kan, jemput pakai email je pun. Bila masuk2 je ada meja pendaftaran, ada yang kat situ tegur aku, diorang cakap macam kenal je?...hehehe (famous jugak aku ni)..hahaha, ala dah diorang dok kritik blog aku mesti la kenal..yang tegur masa tu Megat dengan Ray. Ok la, rasa dah selesa sikit nak masuk dalam. Boleh tahan la tengok majlis ni, ramai yang datang..dengan ada meja untuk media lagi. Aku dengan nuar dapat duduk semeja dengan calon2 dari The Blog Squad jugak. Yang lawaknya, diorang kenal nuar...hahaha, siap cakap zakiah le selalu tulis pasal nuar, sebab tu tahu...masa tu nuar dah tersipu-sipu malu dah blogger-emoticon.blogspot.com...hahahaha..ok la, kalau bukan awek promote sape lagi nak promote kan??then, ok la diorang dah boleh sembang2 dah masa makan tu..lagipun, aku sorang jer perempuan kat meja tu, nak sembang apa la sangat.
Ok2, bab makanan pulak..memang sedap la..lain kali boleh la datang lagi kat Restoran Nelayan ni...sotong dia memang perghhh...besar dan sedap!!nyum...nyum..

Peace...masa beratur nak amik makanan.

Rakan semeja...dari kiri : blogger Alif , Nuke Rude dan Silbi Abigail ..

Persembahan dari Reez (tak kenal la)..tapi ok la lagu Poker Face tu!

Semua bersemangat masa tengok persembahan, yer la nak masuk astro Awani la katakan..hehehe.

Time melantak...gambar dicuri dari web sawanila coz aku takde gambar dari belakang mcm ni....hahaha!!

Persembahan dari Diddy AF, not bad la...yang meriahnya time dia nyanyi lagu "Hilang" tu, akak2 kat blakang semua semangat nyanyi masa part "hilangggg......"...."hilanggg....."..

Pose aku kat sana...walaupun tak menang apa2...tapi still enjoy dengan event ni...(yang best masa sajak seluar dalam tu...unik dan ada maksud tersirat)!!

Nampak ni..ceria lagi bercahaya masa malam tu...Yoyooh memang best!!tahun depan jangan lupa jemput kami lagi e!!

Ni la blogger-blogger yang menang!!Tahniah semua....anda memang berbakat!!teruskan usaha!!!

Lastly, baru ada gambar nuar...hehehe...tak leh dah letak banyak2, nanti terlebih famous pulak..hahaha!!ni time dah nak balik...Thanks Yoyooh!!

Friday, May 22, 2009

[Yoyooh] Dilema Wanita VS Dilema Blogger Wanita!

2 comments
Hahaha...korang ada tengok tak dulu2 selalu ada kat tv1 ke tv2 ntah...rancangan 'Dilema Wanita'...yang lagu tema dia cam sedih tu...masa aku dok kat rumah dulu memang selalu gak melayan citer2 dalam dilema wanita ni.....kita leh tengok macam2 kisah pasal golongan hawa ni yang boleh kita buat pengajaran.....So, apa yang membezakan antara dilema wanita dengan dilema blogger ni?hahaha...apa ek??
Ok la, aku nak fokus pada blogger wanita je la...senang citer sikit...first, wanita ni memang la selalu dilabel dengan golongan yang lemah longlai...tapi masa dolu-dolu la ye....bagi blogger wanita lak, kalau buat posting mesti akan ada gak ciri2 keperempuanan tu...contohnya citer pengalaman terjatuh/terpeleok sikit ke...aku yakin pembaca lelaki akan cakap dalam hati..."ala, pompuan...lemah!!"kan??
Next, memang lumrah la perempuan akan kena ngorat dan yang mengorat plak mesti la lelaki (takkan pompuan ngorat pompuan)...so, kesimpulannya...wanita ni nak diri dia diberi perhatian...tambah2 yang jenis2 perasan cun...hehehe.....so, bagi blogger lak, kalau entry yang ditulis tu tak der yang respon atau komen....rasa tak best je....semacam apa yang ditulis tu tak diberi perhatian...huhu...betul tak??semua blogger sekalian, anda best tak kalau entry korang ada orang komen???..(sila jawab dalam hati)

Jenis-jenis wanita....hohoho.... [gambar sekadar hiasan]

Then, dari segi kekreatifan plak...wanita ni jarang sikit nak ada bakat melukis, menggrafitti, mendesign2 ni semua...yang banyaknye...bakat menjahit, mengumpat dan memasak megi.....hehehe...yer la, lelaki ada keistimewaan 9 akal kan...tengok je la, sejarah penciptaan apa2 pun banyak mendapat cetusan idea daripada golongan lelaki ni.......jadi, bab2 kreatif ni memang serah pada diorang la...TAPI, kalau kreatif je tapi pemalas buat apa kan?betul tak girlzzz!!!?....woooo....betulllll.......hahaha....ok2 cukup, bagi blogger wanita plak, walaupun kadang2 background kitorang punya blog cam biasa2 je....tapi disebabkan rajin dan kemas dari segala aspek.....maka, akan terserlah gak kekreatifan tu....right??so, bagi blogger2 wanita sekalian, jangan takut nak design blog anda....asalkan kemas dan tersusun dah la.......(bukan semua mcm ni)
Wanita jugak.....nanti...hahaha....[gambar sekadar hiasan lagi]

Ermmm...aku dah tak de idea ni...apa lagi dilema aku e??ok2...bab nak cari idea....sama gak macam nak kluar dating la...kalau lelaki senang je...pakai apa yang ada je...tapi, pompuan ni lain sikit....masalah nak pakai baju apa tu..dah sama level ngan masalah negara je...dia punya besar tu.....sebelum tido dah pikir nak pakai apa....untuk esok punya dating, pastu yang rajin lagi....dah iron siap2 buh dalam almari.....tu diaaaa.........hehehe.. (bagi yang baru2 bercintan kot)....bagi sorang blogger wanita plak, lebih kurang la.....macam aku ni, idea nak posting bukan main sedap2 hati tulis je...masa mula2 berblogging dulu....lama gak nak mengarang untuk satu2 posting tu.....bergantung la pada diri masing2 jugak.......

Note to all pengkritik : Memang tugasan kali ni agak boring...hehehe...hope tugasan ke-4 lebih boom....dan kasi pecah... :p

Wednesday, May 13, 2009

[Yoyooh] Blog aku ni cam "syok sendiri" ke tak?

6 comments
Sebagai blogger, anda juga merupakan pembaca blog blogger yang lain. Pilih satu blog yang paling anda gemari dan nyatakan sebabnya. Seorang blogger yang baik seharusnya ada pendapat sendiri tentang blog yang digemari dan belajar dari cara blogger tersebut.

Ermmm.....sebenarnya aku suka baca semua blog dalam blog list aku tu....sebab semuanya best2...especially kalau blog pasal gosip2 la....hehehe....dan blog kawan2 aku pun best gak.....ok, demi nak memenuhi cabaran Yoyooh kali ni....aku terpaksa la pilih satu blog yang aku gemari dan rasa kagum sikit....blog yang terpilih adalah blog Rames!!...hehehe...seronok Mala sebab aku pilih lelaki idaman dia......Ok2, blogger ni sorang yang berbangsa India, berumur 29 tahun dan masih single lagi...mula berblogging sejak Jun 2006.....dia ni sorang designer dan photographer, so memang berbakat giler la....kalau korang tengok blog dia mesti rasa kagum gak macam aku....Ok, kat bawah ni screenshot untuk header blog si rames ni.....cun kan???nak lebih jelas, korang view je la blog dia....hehehe.....

Kenapa aku pilih blog ni?sebab aku rasa blog ni banyak bagi sumber inspirasi kat aku camner nak design blog aku ni...sebagai sumber inspirasi je e....bukan aku nak tiru dia pun.......dan blogger ni pun lebih kurang aku jugak...suka letak gambar setiap kali buat posting....sebab pada pendapat aku la, orang tak suka sangat nak baca teks panjang2 berjela ni....orang lebih suka tengok gambar lagi....tak kisah la walaupun gambar tu hanyalah sekadar hiasan je....tapi mesti la ada kaitan dengan posting kita tu jugak.......hehe....

Ok, gadget2 dekat side tepi blog ni memang banyak jugak aku follow...tapi dia punya blog ni lagi banyak la....macam2 ada.....semua2 ni penting gak untuk setiap blog....sebab blog akan nampak lebih interaktif lagi coz pembaca boleh communicate dengan kita dan klik link2 yang kita letak..

Antara posting rames yang aku rasa kagum sekali bila dia manipulate gambar dia jadi Wolverine...giler la dia ni....byk kali gak dia suka edit macam ni.......actually dia ni memang expert bab2 guna photoshop ni....tu yang famous sikit....hehe...tengok je la blog list dia....ramai giler member....pastu dia plak rajin update hari2...lagi la....ermmmm, good luck la untuk dia...ok, next!

Pembaca suka melabel sesetengah blog sebagai blog syok sendiri. Apa pendapat anda tentang "blogger syok sendiri"? Apa yang harus anda lakukan dan elakkan dari dilabel sebegitu?

Jawab la dulu soalan untuk tajuk aku ni....blog aku ni cam "syok sendiri" ke tak???hehehe.... up to you all la nak nilai macam mana....yang penting ni blog aku....aku yang create, so ikut suka aku la nak buat macam mana pun kan....setuju tak?ok ke tak ok tuan2 dan puan2??hahaha... Ok la, pendapat aku la kan, sorang blogger syok sendiri ni......orang tu mesti suka letak gambar2 dia yang terpalingggggg cun/hensem je....pastu kalau citer kat pembaca mesti cakap pasal kelebihan dia je, atau puji diri sendiri je......hehehe...aku rasa la macam tu sebab aku belum jumpa lagi blogger yang syok sendiri mcm ni....walaupun ada la kot....suka mempamerkan aksi2 comel diorang...tapi mungkin ada pembaca yang suka jugak.....so, tak la nampak macam dia syok sendiri kan?............Bagi nak elakkan blog aku ni dilabel macam ni, aku rasa lebih baik kita olah blog kita ni nampak lebih banyak bagi info2 menarik daripada selalu cerita pasal diri kita je.....boleh nak cerita, tapi jangan terlalu kerap sangat.........apa2 pun, semua blog yang aku view setakat ni...tak de lagi la yang melampau sangat kesyok sendirian ni....semua ok2 je......kalau ada tu, biarkan la dia dengan dunia dia sendiri e.... : )

Thursday, May 07, 2009

"Peraduan Bibir Menawan Lip Ice"...plzz VOTE for me!!

2 comments
Ermmm...semua ni gara2 idea nuar...dah lama dia bagi link ni suruh aku masuk....aku rasa macam malas je....tapi bila tengok hadiah-hadiah diorang terus rasa nak masuk...gila betul aku ni...yang problemnya...tak tahu nak post gambar yang mana satu...sebab banyak sangat aku amik...sampai ofismate aku pun jadi mangsa..yer la sampai suruh mala bawak Nikon dia lagi...hehehe.....Akhirnya, setelah aku membuat penilaian sendiri ke atas semua gambar2 aku tu...satu gambar telah dipilih...hehehe...

Ok, ni la screenshot dalam website Lip Ice tu....firstly, korang klik menu yang tengah2 sekali iaitu Peraduan Bibir Menawan Lip Ice sampai la kuar page seperti gambar di atas...then, korang klik pada button GALLERY..seterusnya, akan kuar la banyak2 gambar girl2 yang dah join.....so, untuk cari gambar aku...hehehe....korang taip la email aku ni....kiahbitm_84@yahoo.com....jadi, di sini saya merayu jasa baik semua...

SILA LA VOTE SAYA...TQ

Cara nak vote bukan la susah pun.....tak perlu sign up pun....hehehe...bila dah kuar je gambar aku ...ada button... VOTE NOW!...then klik situ, korang just isi nama dan email korang je....mudah kan?..hehehe....itupun kalau korang rasa aku layak menang la....kalau nak vote orang lain pun...terpulang la.....undi adalah rahsia dan tiada paksaan kan?

Ini la antara gambar2 pilihan aku...korang rasa gambar mana yang jadi pilihan aku....ermmm....go and check la yang mana....ok....selamat mengundi!!!!!kepada yang mungkin akan mengundi...JUTAAN TERIMA KASIH...aku ucapkan.... : )

Wednesday, May 06, 2009

[Yoyooh] Sejarah kelahiran blog aku!!

0 comments
Sejarah mula2 aku terjerumus dalam dunia blogging ni masa tahun lepas. Dalam pertengahan tahun lepas, kira baru setahun jagung la blog aku ni tercipta...cewah...kenapa baru tahun lepas???sebab masa tu la aku start kerja kat Asia Media (company aku skarang), yang bestnya company aku ni boleh guna internet masa kerja, tu la yang membuatkan aku boleh berblogging secara serius ni....hehehe.....aku boleh la update blog aku pastu view blog orang lain dengan sewenang2nya....tapi still kena cover line jugak la, yang penting kerja kena la bagi siap dulu....ermmm...bagus jugak aku ni e....
Ok2, kalau ada sape2 yang ikut blog aku masa dari awal2 lagi mesti still ingat banner2 aku dulu kan....hehehe....betul2 sejarah ni sebab kena gali balik gambar2 ni semua....

Ni la banner untuk blog aku masa mula2 aku launch blog aku ni.....dengan trademark/ayat..."I Wanna be New"....sebabnya mungkin ada yang tahu kenapa..... : )

Bila dah advance sikit, mula la letak gambar aku lak....ni untuk second banner blog aku....ada yang suka banner dan template blog aku masa ni especially nuar....dia cakap sesuai ngan aku...hehehe....

Kategori blog aku ni bebas kot...aku pun tak tau kategori ni mcm mana....ok, tak pe la....blog aku ni memang banyak citer pasal aktiviti aku..sambil tu aku selit jugak info daripada pengalaman aku atau aktiviti yang aku buat tu..Selain tu, aku suka bagi komen pasal latest movie yang aku dah tengok...hehe...boleh dikatakan aku ni kaki wayang jugak la.....Kenapa aku pilih kategori ni?sebab bila dah bebas...maksudnya aku boleh tulis pasal apa saje yang aku nak....best kan mcm ni?? : )
Gambaran untuk korang di saat2 aku berblogging....hehehe....Muka serius sebab terlalu fokus dengan entry aku.....demi memuaskan hati pembaca la katakan.....hahaha......
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez