Showing posts with label forum. Show all posts
Showing posts with label forum. Show all posts

Wednesday, September 02, 2009

Basikal ke motor ni??

2 comments
Apa yang korang bakal tengok ni memang jarang2 kita jumpa, gabungan basikal dan motor...BATOR!!hehehe..konon2nya kreatif sangat atau tak betul sikit, aku pun tak tau la..hehehe..Ok, korang pikir la sendiri pemilik kenderaan ni macam mana orangnya yer..zasssss!!

Lokasi kenderaan ini adalah di Jalan Masjid India...O.o

Tuesday, August 18, 2009

Cegah H1N1 sekarang!!

3 comments
Memang menakutkan bila setiap hari kes kematian akibat H1N1 makin meningkat, so bila dah tahu wabak ni makin merebak dan merbahaya..kita kena ambik serius la benda ni. Aku ada dapat banyak email dan sms pasal langkah2 pencegahan virus ni, antaranya "doa elak selsema babi"...yang ni mula2 aku ingat betul la sebab ada ayat Al-Quran lagi, tapi baru2 ni aku ada terbaca dalam paper yang artikel ni tak leh percaya sebab ayat tu dikatakan dari kumpulan ajaran sesat. Jadi, lebih baik kita selidik dulu kalau dapat doa2 macam ni, pastikan dari saluran yang betul, jangan main baca jer.
Pastu semalam aku dapat sms dari uki yg tertulis macam ni "Salam, skarang mangsa H1N1dah cecah 51 orang setakat malam ni, so kita kena serius mencegah bukan merawat. Antibodi badan kita mesti kuat! Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan :

BAWANG PUTIH
Memang semua dah tahu yang bwg putih ni mmg byk khasiat, antaranya melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem badan. Lagi elok makan macam tu jer...hahahaha!

EPAL HIJAU
dan KURMA Bagus la ni sebab bulan puasa pun dah nak dekat ni, makan la banyak2 e!

sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini. Tolong sebarkan msg ini kepada yang tersayang (uki sayang aku ke?), kita tak tahu mangsa seterusnya. Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati sebab H1N1 di negara ini..FIKIRKAN"
Macam tu la smsnya, so sama2 la kita jaga kesihatan kita...elakkan berkeliaran di tempat ramai orang. Kalau pi tempat2 sesak tu, pastikan pakai mask seperti gambar di bawah ni..hehehe :

Mask baru beli ni, satu RM1.10...huhuhu (aku kena paksa pakai masa ni)

Selain tu, amalkan minum air putih (atau air suam) banyak2, dan kurangkan bersalaman dengan orang yang tidak kenal atau nampak macam orang tu tak sihat, bukan tak nak bersopan tapi melalui sentuhan pun boleh berjangkit jugak, so amalkan cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.
Akhir kata, tu jer la info yang dapat aku kongsi kat sini, kalau ada kesilapan mana2, please inform aku ASAP yer. Aku cuma amik info yang aku dapat setakat ni jer, yang lain2 tu maybe nanti la aku bagitahu lagi e. Harap wabak ni akan makin berkurang dan terus hilang sebab kalau boleh kita semua nak hidup seribu tahun lagi kan?SAYANGILAH NYAWA ANDA dan SAYANGILAH ORANG2 DI SEKELILING ANDA JUGAK!jangan merokok yerrr!!

Gambar hiasan lagi coz hari ni free sangat, tu yang rajin cari picture2 ni semua..hihi!

Thursday, August 13, 2009

[Forum] Kenapa pompuan skarang suka jelir lidah?

8 comments
Hehehe...sajer je tetiba nak buat forum plak, so kalau sesape rasa nak bagi komen/pandangan dipersilakan la...hohoho..Tajuk yang aku nak discuss kali ni pasal "kenapa kebanyakan perempuan skarang(maybe ada lelaki jugak)yang kalau bergambar, mesti nak jelir2 lidah?" Aku dah lama perasan benda ni, sampai dah rasa meluat jer tengok. Tak tahu apa motif diorang ni semua, sama ada bajet seksi atau nak tayang diorang punya lidah yang panjang tu...hehehe..Tengok jer la gambar2 kat bawah ni, aku ambik dari blogger2 artis lain, so memang dah dipublish terlebih dulu dari aku e.

So, apa pendapat korang dengan gambar2 ni??hehe..bukan aku nak sibuk2 hal diorang ni semua, lantak korang la..aku sajer nak forum2 kat blog aku ni jer, ermmm, aku rasa maybe dah jadi style orang berposing zaman skarang kot..hehehe.

Tengok la ni, sampai poster horror movie pun nak buat style ni..hish2..whatever la!!

Kalau betul2 nak jelir, terus jelir macam ni je, lagi real!!hahaha!!

Note : So, apa korang rasa bila nampak ada gambar2 macam ni?atau apa perasaan korang jika andalah orang yang suka berposing sebegini??bangga atau apa...jangan maree yerr...suka2 jer ni..hehe..
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez