Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Wednesday, September 02, 2009

Berterawih di Masjid Besi Putrajaya!

3 comments

Ahad lepas kitorang pergi berbuka puasa dekat Putrajaya, kebetulan nuar ajak dua orang student Oman dia round2 kat sana, Naseer dengan Saif (dah kawin dah pun). Mula2 ingat nak makan dekat Alamanda je lepas tu baru pegi smayang dekat masjid Putrajaya yang baru tu. Tapi, akibat silap masuk jalan, terus je pegi tengok masjid tu dulu...hehehe..Ok2, kat bawah ni ada snapshot lecturer bersama studentnya :

Tak tahu la apa yang diorang sembang, macam masalah negara yang kritikal jer.. :D

Ni la masjid yang baru giler dekat Putrajaya, masih lagi dalam proses pembinaan tapi dah boleh digunakan untuk bersembahyang..cantik kan?

Akibat dah lewat sikit masa tu, kitorang beli makanan untuk berbuka dekat Bazar situ jer, dekat jer dari masjid ni, so kitorang exercise ler pegi sana. Hadoiiii...semput jugak aku dengan puasa2 ni...al-maklum la lama giler tak exercise. Ok, kat bawah ni aku bagi info pasal masjid besi ni e, sila la baca yer :

FAKTA nombor Masjid Besi, Putrajaya :

  1. RM180 juta – Kos pembinaan (bermula April 2004)

  2. 60,156 – Meter perseti, luas masjid

  3. 20,000 – Kapasiti jemaah

FAKTA kemudahan disini :

  1. Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)

  2. Tiga unit kuarters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid

  3. 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid

  4. Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang

  5. Dapur

  6. Bilik VIP

  7. Bilik penyelenggaraan

  8. Bilik jenazah

  9. Pejabat

  10. Bilik kawalan audio visual

  11. Ruang letak kereta (bawah tanah)

  12. Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

  13. Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

  14. Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

  15. Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim serta kelihatan seolah terapung di udara

Antara FAKTA lain adalah :

  • berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

  • dinding menggunakan Crystalized glass.

  • sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.

  • Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.

  • Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

  • Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.

  • Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi.

Pandangan bahagian dalam masjid, memang open air coz takde dinding, boleh tengok ke luar.

Tulisan khalimah Allah ditengah2 kubah ni...Subhanallah...

Ni kawasan tengah2, ada air pancut..memang ramai la orang dok amik gambar masa ni.

Gaya macam kat oversea dah nuar ni....tinggi awak rupanya..memang aura arab betul, tiap2 kali bulan puasa ada jer kaitan dengan arab2 ni...hehehe!

Aku pun nak posing gak, ni dah habis smayang dah...kitorang dah nak balik..Insyaallah nanti datang lagi sini.. : )

Thursday, August 06, 2009

Putrajaya Floria Festival 2009!

2 comments

PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL 2009

DATE :1st-9th August 2009
VENUE :Waterfront Precinct 2, Putrajaya
VISITING HOURS :Monday-Thursday 9.00am-10.00pm
:Friday-Sunday 9.00am – 12.00 midnight

ADMISSION IS FREE!
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut - klik sini!!

Ok, tu la sedikit info yang aku nak update kat korang pasal satu event yang tengah berlangsung dekat Putrajaya skarang ni, so...pada saper2 yang minat dengan bunga-bungaan, nak naik belon ke...sila la pergi yer...Aku dengan nuar pun tak ketinggalan pegi tengok festival ni last week, masa baru masuk hari kedua event ni bermula...bunga2 pun dok fresh lagi, memang colourful la kat sana, tapi disebabkan kitorang pegi pun dah nak gelap, so...tak nampak sangat la color2 bunga tu semua...maybe weekend ni nak cuba pegi siang pulak. Ok, kat bawah ni antara gambar2 kat sana yang sempat kitorang ambil, sebab rasanya kami lebih fokus pada bahagian jual2 makanan kot....hahahaha...memang dua2 jenis kuat makan!!

Hot Air Ballon - dah nak gelap dah pun...tapi ok la sebab still ada api lagi tu.

Angkat kaki sket..macam berat jer kaki tu...hohoho..

Gaya dekat huruf "A".. konon2 macam nak SPM 10A la pulak..ok la, I'm the best la!!!

Photo yang aku paling suka setakat ni...cantik bunga tu dgn pipi aku yang tak nampak tembam sgt di situ..hehehehe..

Kami ni memang tak pandai nak amik gambar together-gether ni...susah nak jadi sikit..huhuhu.

Satu Malaysia ... "1"

Tempat persembahan - tengah ada kumpulan BaleBale masa ni..huhuhu.

Layan jer la...ambik hati diorang.

Juara berturut2 kot ni..tak sure sangat..tapi diorang punya decoration memang meletup!

Aku sempat main congkak yang diorang pamer kat situ..tapi aku tak pandang pun belakang congkak tu ada apa..hehehe.

Ni la..pintu masuk tempat yang aku cakap cantik tadi, memang rasa macam dok kat alam bunian..dengan asap2 nya..

Note : Perasan tak gambar nuar tak banyak dalam entry ni?sebab dia jadi photographer aku...huahuahua...tak de la...nantikan gambar nuar untuk next entry ye, dengan tajuk... "Kenapa perempuan zaman sekarang suka bergambar sambil jelir lidah diorang?"..hehehe.

Monday, March 30, 2009

Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009!

0 comments
Lepas kitorang makan sampai kekenyangan kat restaurant nasi beriani seperti entry di bawah...kami terus bergerak nak ke putrajaya plak..sebab ada pesta perkahwinan kat sana...Actually, plan nak pegi masa hari sabtu lagi, tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.... : ) ..hehehe...(hal yang lebih seronok)...so, hari ahad la baru kitorang pegi...lagipun event ni buat dua hari...sabtu dan ahad...bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)...ni website untuk rujukan anda----->Pesta Perkahwinan 2009

Ni la bangunan PICC tu, masa ni lepas hujan...

First time aku sampai sini...cantik giler tempat ni..sebab atas bukit..pastu bahagian dalam pulak nampak eksklusif dan luas....Tujuan asal nak datang sini sebab keje nuar sebenarnya...dia nak cari reseller untuk event teaser dia....nak cari sales la ni..aku la jadi pembantu tolong bawak flyers tu semua...huhuhu....tak pe...Memang sesuai sangat la nuar datang sini...sebab yang bukak booth kat sini, kebanyakannya adalah wedding planner, photographer, hotel, butik dan macam2 lagi la yang berkaitan dengan perkahwinan.....

Gaya macam lawatan ketua kampung je ni..hehehe...

Aku dengan putera idaman aku yang telah disumpah menjadi patung batu sebab dia derhaka ngan mak dia...huhuhu...

Pelamin-pelamin yang dipamerkan kat sini...

Selain booth2 pameran, ada jugak persembahan tarian dengan live band...aku suka sangat vokalis band tu...nama dia awe..tapi tak amik gambar lak...jauh sangat...lepas dia nyanyi lagu 'Selamat Pengantin Baru'...ramai la teringin nak amik dia masa majlis kahwin diorang...sebab dia nyanyi best...bagus betul event ni.

Masa nak balik sempat jugak aku amik gambar permandangan dari atas bukit PICC ni....memang cantik giler...orang ramai macam jarang je datang area sebelah sini....kalau datang putrajaya...selalunya orang akan pegi dekat area Masjid Putrajaya je...so, lepas ni sape2 nak jelajah lagi Putrajaya ni....boleh la jalan kat sini...ada taman untuk berdating jugak kat sini tau.....hehehe...
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez