Walaupun hanyalah anak syarikat di bawah TM, tapi still di bawah Telekom Malaysia jugak kan?hehehe...kalau takde kami camner la customer punya problem pasal internet tu nak setel...tak dapat la mereka nak "melayari" internet...tak leh la nak "masuk ke dalam itu internet"....hahaha..apa2 pun mungkin aku akan stay keje kat sini sampai la aku dah tak larat nanti...aku harap aku boleh jadi somebody la kat sini nanti...cepat2 kena bagi naik pangkat ni....chaiyok kiah!!!Friday, March 05, 2010
Saya sayang TM!
Walaupun hanyalah anak syarikat di bawah TM, tapi still di bawah Telekom Malaysia jugak kan?hehehe...kalau takde kami camner la customer punya problem pasal internet tu nak setel...tak dapat la mereka nak "melayari" internet...tak leh la nak "masuk ke dalam itu internet"....hahaha..apa2 pun mungkin aku akan stay keje kat sini sampai la aku dah tak larat nanti...aku harap aku boleh jadi somebody la kat sini nanti...cepat2 kena bagi naik pangkat ni....chaiyok kiah!!!Friday, February 19, 2010
P itu sudah jadi milikku!!!
Tips untuk sesape yang nak ambik lesen nanti, jangan nervous sangat2 masa tgk muka JPJ tu, tekan jer minyak tu...cewah..masuk jer dalam kete bagi salam dengan senyum sekali..cewah lagi...masa tengah bawak tu, buat2 tengok cermin sisi dgn bersungguh2, konon2nya sangat berhati-hati a.k.a poyo baik ler...hehe.
Lesen aku siap isnin ni kot, so lepas ni insyaallah cik abang tu bagi la aku bawak kete dia...boleh e awak??awak tido la puas2 kat sebelah, nanti saya ngantuk..turn awak plak bagi massage no..hehe!
Tuesday, August 18, 2009
Cegah H1N1 sekarang!!
Pastu semalam aku dapat sms dari uki yg tertulis macam ni "Salam, skarang mangsa H1N1dah cecah 51 orang setakat malam ni, so kita kena serius mencegah bukan merawat. Antibodi badan kita mesti kuat! Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan :
Memang semua dah tahu yang bwg putih ni mmg byk khasiat, antaranya melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem badan. Lagi elok makan macam tu jer...hahahaha!
Bagus la ni sebab bulan puasa pun dah nak dekat ni, makan la banyak2 e!
Mask baru beli ni, satu RM1.10...huhuhu (aku kena paksa pakai masa ni)Selain tu, amalkan minum air putih (atau air suam) banyak2, dan kurangkan bersalaman dengan orang yang tidak kenal atau nampak macam orang tu tak sihat, bukan tak nak bersopan tapi melalui sentuhan pun boleh berjangkit jugak, so amalkan cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.
Akhir kata, tu jer la info yang dapat aku kongsi kat sini, kalau ada kesilapan mana2, please inform aku ASAP yer. Aku cuma amik info yang aku dapat setakat ni jer, yang lain2 tu maybe nanti la aku bagitahu lagi e. Harap wabak ni akan makin berkurang dan terus hilang sebab kalau boleh kita semua nak hidup seribu tahun lagi kan?SAYANGILAH NYAWA ANDA dan SAYANGILAH ORANG2 DI SEKELILING ANDA JUGAK!jangan merokok yerrr!!
Gambar hiasan lagi coz hari ni free sangat, tu yang rajin cari picture2 ni semua..hihi!Wednesday, July 22, 2009
Bulan berjimat-cermat...rotiiiiiii!!!
Tuesday, June 23, 2009
Nuar di bumi anbia!
Labels: aktiviti, jalan-jalan, love, mysayang, target
Suasana perumahaan dekat sana...ish2.....Malaysia lagi berjuta kali cun...ye ke??
Kesiannn...kena keje time puasa..nuar cakap orang sana kuat makan!!sampai dia pun jadi tembam dah (ataupun mmg dah tembam) hehehe....
Dapat peluk Sphinx dari jauh...hehehe...yang ni masa last2 year...masa first time dia pegi..so agak over sikit la bergambar...hahahaha...kan??aku pun teringin nak pegi sana...yer la, boleh tengok antara 7 keajaiban dunia ni. Tapi, rasanya Piramid dah terkeluar dari senarai ataupun still ada tapi dah jadi 8 skarang (kalau ikut pada en. wikipedia la), sebab dah ada yang terbaru sekali dalam senarai "7 Benda Ajaib di Dunia" ni ... sila klik disini
Ni sapa pulak lagi??sanggup awak meng"empat"kan saya??hahahaha...yang ni dekat Istana Raja Farouk...cantik langit tu..
Kurus jer...walaupun baru setahun yang lepas jer, yer la....masa ni saya tak dok kl lagi...skarang ni dah berisi je, sebab saya kah??Friday, June 19, 2009
[Yoyooh] "Time To Give"
Wah!!ni baru entry aku yang ke-100, lamanya...hehehe. Sejak akhir2 ni memang aku busy la, tak sempat nak update blog. Nasib baik untuk cabaran yoyooh ni ada masa seminggu, so hari jumaat atau sabtu la baru leh buat sebab ada masa free.Ok, fokus pada cabaran ketujuh kali ni dengan tajuk "Time To Give".
Andaikan, anda diberikan wang tunai sejumlah RM300. Rancang wang tersebut untuk digunakan bagi manfaat mereka yang memerlukan. Ceritakan bagaimana wang sejumlah itu boleh membantu lebih daripada jumlah nilainya ke arah kebaikan.
Kalau la tiba2 ada orang bagi aku RM300, dan masa tu aku pun ada banyak duit kat bank. Insyaallah aku akan gunakan duit tu untuk mereka yang lebih memerlukan. TAPI, kalau time tu poket aku pun kering, mesti la aku guna duit tu untuk keperluan aku kan?hehehe...realiti la kan.
Ok2, imagine la kalau memang aku nak guna duit ni untuk perkara kebaikan dan bermanfaat. Aku rasa...bukan rasa la tapi memang plan aku, aku nak gunakan duit tu untuk tolong budak2 terbiar yang dok mintak sedekah kat kedai2 makan tu. Aku pun tak tahu la kenapa boleh ada lagi perkara macam ni kat Malaysia. Rasa2 aku macam dah banyak sangat bantuan2 yang kerajaan boleh bagi kat budak2 ni. Tak tahu la diorang ni tinggal kat mana, ada keluarga lagi ke tak....ermmm, kadang2 kita nak makan pun rasa terganggu. Alaa..yang datang jual ayat2 al-quran masa kita kat kedai makan tu, dari mana diorang ni datang e?tak tahu la kalau ada orang yang jaga diorang ni. Yang penting aku rasa kesian, yer la kecik2 lagi dah kena kerja, ntah la mungkin diorang ni orang susah sangat kot..satu family keje macam ni..huhu.
Aku bukan nak tolong bagi duit kat budak2 ni, tapi aku akan tolong carikan tempat yang sepatutnya untuk diorang ni, so..mula2 aku mesti la kena ada kenderaan, mungkin aku kena sewa van untuk bawak diorang ni ke rumah2 kebajikan atau rumah2 anak yatim. Pastu aku akan tolong registerkan diorang ni. Takde la semua budak2 kat KL yang mintak sedekah ni aku nak angkut, yang mana aku terjumpa la...hehehe...satu lagi, dah alang2 aku hantar diorang ni kat rumah anak2 yatim, aku pun boleh la habiskan masa aku dengan diorang ni. Sekurang2nya ada jugak orang yang datang menggembirakan diorang, aku ajak la sape kawan2 aku yang sudi join misi aku ni. Insyaallah, aku yakin ramai yang nak, cuma tak de peluang dan masa. So, dengan duit RM300 tu, dapat la aku gunakan untuk menggembirakan anak-anak yatim ni dan mengubah hidup budak2 yang terpaksa keje mintak sedekah tu...tapi sebenarnya, bukan duit yang budak2 tu perlukan tapi perhatian daripada orang sekeliling yang dapat berkongsi suka-duka dengan mereka..Insyaallah, aku doakan satu hari nanti, plan@misi aku ni akan terlaksana jugak...aminn.
Friday, June 12, 2009
Tag kedua dari ruby.
1. Kekasih saya adalah : Nuar la..sapa lagi, hehehe.
2. Saya sedang mendengar : Transnet TV kat ofis, hari2 terpaksa dengar.
3. Mungkin saya patut : Belajar simpan duit dengan lebih serius.
4. Saya baru sudah : Tolong mala burn cd.
5. Beza rakan, sahabat, kawan : Sama je, sebutan je lain.
6. Saya tidak faham : Kenapa duit amat penting dalam kehidupan kita sekarang?
7. Saya perlu mencari : Kerja lain..hahaha.
8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Apa masalah awak sebenarnya? (dari nuar) hahaha...adakah saya ni bermasalah.
9. Makna kehidupan : Perlu hadapi apa jua rintangan dan belajar dari kesilapan, cewah.
10. Cinta itu adalah : Sesuatu yang indah dan sukar ditafsirkan.
11. Saya paling suka : Keluar jalan-jalan dengan nuar.
12. Saya akan cuba : Menjadi yang terbaik untuk semua orang, Insyaallah.
13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : Ayat tu lagi nampak mesra rakyat.
14. Telefon bimbit saya : Nokia 5610 Express Music color merah.
15. Katil saya : Tak de, ada tilam je...tapi saya suka tilam saya itu.
16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Hang bila lagi nak kawen?adoii...
17. Teknologi adalah : Sesuatu yang sentiasa ke depan.
18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : Hari2 saya masak menu tu je kot sebab tu saya paling pandai masak masakan tu..hehehe.
19. Semalam : Busy kat ofis dan gaduh2 ngan nuar.
20. Hari ini : Free giler sebab semua keje dah setel dan dapat update blog dengan jayanya.
21. Malam ini saya akan : Bertolak balik ke Kedah dengan bas Mara Liner sorang2.
22. Esok pula saya akan : Dok kat umah saya la, maybe pegi berkelah ngan family kot.
23. Saya betul2 inginkan : Rumah idaman saya dan family yang bahagia.
24. Badminton atau futsal : Badminton kot.
25. Karaoke : Kat Alamanda, kat situ best!
26. Kereta : Proton Saga BLM color hitam milik nuar...hahaha.
27. Bilik yang terang atau gelap : Terang untuk lebih jelas, gelap untuk lebih feeling...apa ni?
28. Makanan jepun adalah : Sushi, taugeh, ikan salmon dan ...
29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : Saya sayang sangat kat awak.
30. Siapa yang anda tag : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.
"Award" dari ruby.
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :1. dia ni memang orang Kedah sejati, memang kalau cakap KL pun still bunyi Kedah gak, hahaha.
2. sorang yang suka bercerita, sembang pun macam bercerita.
3. suka main game dari dulu, kini dan selamanya.
4. masa mula2 kenal dia ni, dia la tegur aku dulu sebab aku telah dikatakan agak sombong..huhu.
5. dia ni aku rasa sorang yang sensitif dan macam suka ada masalah percintaan sikit..hehe.
Nyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :
1. Sudah berpunya - memang sudah berpunya sejak dari semester 1 kat universiti lagi, kesian kat lelaki2 lain dah tak leh tackle aku, nuar dah booking awal2...hehehe..(perasan!)
2. Agak pendiam - memang tak dinafikan aku memang seorang yang pendiam, susah aku nak tegur orang tu dulu, tapi bila dah kenal aku, tau la aku ni macam mana.
3. Kedekut - kadang2 aku ni macam kedekut, tapi kadang2 macam boros, ada time tertentu.
4. Disiplin - aku memang disiplin tentang masa, ntah la...sebab dari kecik dok asrama kot.
5. Loving or romantik - yang ni pun ada time jugak, tapi bila time romantik aku datang...memang best la orang tu..hohoho.
6. Sakit - yup! aku memang sakit..kisah lama semua tu, memori hitam 2007.
7. Impian - satu je, aku nak family yang bahagia.
8. Degil - aku tak suka orang paksa2 aku, tapi aku akan buat jugak apa yang orang tu nak.
9. Baik hati - aku rasa aku memang sorang yang baik hati sebab aku tak pernah merompak lagi..hehehe.
10. Orang yang aku SANGAT sayang - my family dan nuar ...(tapi aku sayang semua orang yang aku kenal jugak) dan saya sayang Malaysia!
Pilih penerima award seterusnya dan describelah tentang mereka : Wawan, Mala, Diyana, Izzati dan Zehan.. (dan pada sesiapa nak amik award ni..hehehe)
Wednesday, May 20, 2009
Riang ria kanak-kanak atau......
Labels: info, kanak-kanak, nama, sedih, target
Ya betul tu, masa kecik2...memang ni la ikrar yang basic sekali....selalunya emak2 la yang selalu sebut...ayah2 ni jarang sikit...kena control macho...hehehe...ok2, memang zaman kanak-kanak la kita akan diajar semua benda2 yang positif je.....yang baik2 je......best kan??semua mak bapak mesti nak anak diorang jadi orang yang berguna je bila besar nanti. Dari dalam perut lagi dah plan suruh anak jadi doktor....ermmmm....bagus tu....Ok la, layan dulu gambar anak-anak aku kat bawah ni.....eh silap!anak-anak buah aku laaa.......hahaha....Memang riang-ria kan diorang ni...tahu seronok je....pantang nampak taman permainan, terjerit-jerit nak main...ish2...ini semua memang kita dah lalui pun....so, kalau teringat balik memang boleh buat nak tergelak je.....Ok, apa yang aku cakap ni bagi kanak-kanak yang masih ada keluarga, hidup berada/sederhana, family yang ok2 je......TAPI, macam mana bagi kanak-kanak yang dah tak de family?hidup dalam kesempitan?tak cukup kasih sayang?nak main benda2 macam lembu tu semua pun tak seronok......
Huhu...sedih kan bila tengok semua ni.....yer la, tak semua orang dapat nikmati zaman kanak-kanak yang sempurna....jadi, kita kena bersyukur dengan apa yang kita dah lalui dan akan lalui dalam hidup ni............betulll....Ok2, kalau yang nak menderma atau nak bantu kanak-kanak yang terbiar, boleh la tengok website ni... UNICEF Malaysia...siapa lagi nak bela hak-hak mereka ni semua kalau bukan kita.... :)
Thursday, May 07, 2009
"Peraduan Bibir Menawan Lip Ice"...plzz VOTE for me!!
Labels: cabaran, lipice, pertandingan, target
Ok, ni la screenshot dalam website Lip Ice tu....firstly, korang klik menu yang tengah2 sekali iaitu Peraduan Bibir Menawan Lip Ice sampai la kuar page seperti gambar di atas...then, korang klik pada button GALLERY..seterusnya, akan kuar la banyak2 gambar girl2 yang dah join.....so, untuk cari gambar aku...hehehe....korang taip la email aku ni....kiahbitm_84@yahoo.com....jadi, di sini saya merayu jasa baik semua...Cara nak vote bukan la susah pun.....tak perlu sign up pun....hehehe...bila dah kuar je gambar aku ...ada button... VOTE NOW!...then klik situ, korang just isi nama dan email korang je....mudah kan?..hehehe....itupun kalau korang rasa aku layak menang la....kalau nak vote orang lain pun...terpulang la.....undi adalah rahsia dan tiada paksaan kan?
Ini la antara gambar2 pilihan aku...korang rasa gambar mana yang jadi pilihan aku....ermmm....go and check la yang mana....ok....selamat mengundi!!!!!kepada yang mungkin akan mengundi...JUTAAN TERIMA KASIH...aku ucapkan.... : )
Monday, May 04, 2009
[Yoyooh]Cabaran Yoyooh bermula!!
Labels: aktiviti, cabaran, info, target, yoyooh
Baru2 ni....Yoyooh.com telah menjemput ahli2 Yoyooh yang terdiri dari kalangan blogger Malaysia untuk menyahut cabaran The Blog Squad - blog critics.....Mereka hanya memilih 10 peserta untuk bertanding dan bersedia menerima kritikan....dan aku tak sangka jugak aku sempat register untuk join..hehehe...no. 5 plak tu...Yang bersedia menyahut cabaran kami ialah :
5- Nama blog : My Blog!!
Email : kiahbitm_84@yahoo.com
Link blog : http://zaakeyah.blogspot.com
Ok, caranya mudah je....tempoh cabaran yang harus aku lalui adalah 8 minggu...di mana setiap minggu akan ada satu cabaran yang harus diselesaikan.....di samping tu ada juga syarat2 lain....
- Panel pengkritik tetap akan membuat ulasan dan kritikan pada setiap minggu. Kritikan akan disiarkan oleh pengkritik selewatnya-lewatnya pada hari Ahad setiap minggu.
- Pada masa yang sama, panel akan memberikan tugasan/cabaran mingguan untuk dilaksanakan blogger yang terlibat. Kegagalan berbuat demikian , peserta akan kehilangan mata yang boleh membantu anda menjuarai cabaran ini.
- Pemenang cabaran ini adalah berdasarkan pilihan pengkritik di pusingan terakhir. Ianya berdasarkan keupayaan blogger yang dikritik melalui proses transformasi blog dari kritikan yang diberikan. Ianya juga berdasarkan cabaran mingguan yang terlaksana dengan sempurna.
- Pengkritik hanya memberi kritikan berserta cadangan bagaimana untuk memperbaikinya. Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak. Ia adalah pendapat peribadi mereka sahaja. Harus diingat, pengkritik yang dipilih akan menyatakan pendapat masing-masing dan tidak berbincang untuk membuat ulasan dan kritikan.
Setiap blog ada sejarahnya. Ceritakan di blog masing-masing, sejarah bermulanya anda dalam dunia blogging. Nyatakan kategori blog anda dan mengapa anda memilih kategori tersebut. Gunakan kreativiti anda.
Nota : Ulasan dan kritikan pertama akan disiarkan pada 10 May 2009. The Blog Squad sedang memerhatikan blog anda.
Note to me : Aku mesti cuba buat yang terbaik!!!dan bersedia menerima kritikan pasal blog aku ni...terima kasih Yoyooh!!Cabaran bermula dari sekarang!!!
Tuesday, March 17, 2009
Semangat menuju puncak!!
Labels: business, iklan, info, target, vemma
Menuju puncak, impian di hati...Bersama janji kawan sejati,
Pasti berjaya di....opssss......bukan akademi fantasia ye.....
tapi aku nak menuju puncak kejayaan.....hehehe...poyo sikit...aku sekarang ni tengah belajar pasal perniagaan internet...semuanya gara-gara aku join Vemma...boleh tahan la sambutannya...cuma aku tak cukup usaha lagi...lagipun aku baru sangat masuk....tak pe...kena mula dari bawah...
teman setia aku sekarang...keyboard, buku tips dengan my maxis broadband!!!
Sebenarnya, terpulang pada diri masing2 jugak....kena datang dari usaha dan semangat diri...tak boleh paksaan dari orang lain...takkan jadi!!!....tapi kat sini aku nak kongsi sikit la motivasi yang disend daripada top leader Vemma pada aku....so bacalah ye...jangan malas membaca!!!
Takut gagal, anda akan gagal !
Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.
Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.
Ya betul...semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.
Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang
Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.
Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.
Saya busy lah...
Saya tak ada masa lah...
Saya takde kemahiran lah...
Saya takde duit lah...
dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, "Orang buat duit, kita buat alasan..." setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan...
Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun...Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer...Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.
Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, "sediakan payung sebelum hujan".
Sedarilah...memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.
Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?
Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?
Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !
Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati,
" Alahh..tak perlu lah buat betul-betul...kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat"
Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.
Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL...
Mungkin pernah gagal dalam perniagaan...
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang...
Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !
Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan. Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi... demi matlamat yang harus di capai.
Akhir kata, kalau nak berjaya lagi kita kena ada sumber inspirasi jugak...contohnya...orang yang kita sayang...atau apa2 benda yang boleh bagi kita semangat bila kita buat kerja....hehehe...
Gambar ni untuk aku la......terpulang pada anda untuk mendapat inspirasi anda sendiri!!
Tuesday, March 10, 2009
Mari buat duit...!!!
Labels: aktiviti, iklan, info, target, vemma
Mari...mari semua...kita masuk team VemmaBuilder ni!!!aku baru je join team ni...tapi aku cam yakin je dengan vemma ni...memang boleh buat duit...income seminggu leh sampai 4 angka...tak nak ke??keje kita senang je..promosi website!!kita diberi website kita sendiri...macam website aku ni... klik di sini!so, sesiapa yang register dalam form website aku ni...aku hanya perlu follow up dan bantu dia untuk memahami apa sebenarnya VEMMA ni....dan bantu dia cari duit...wah!!
Buktinya....ada seorang abang tu income dia RM3000 seminggu...aku selalu gak chat dengan dia...pastu dia cakap tak mustahil aku pun boleh dapat macam dia...WOW!!! best kan?
Ok, ni info sikit pasal apa benda yang aku join ni...dan dok sibuk promote kat korang...
**Peringatan : sape nak join ni kena ada internet la...senang sikit nak follow up!!
APA ITU VEMMABUILDER, TAK FAHAMLAH? (soalan ni memang semua orang akan tanya kan?)
Vemmabuilder adalah home based bisnes, hanya bekerja secara online dari rumah. Kerja kita hanya mempromosikan website, anda sudah ada website, tau tak?
www.vemmabuilder.com/ID <----akan diberi selepas jadi paid member. Anda hanya perlu promosi website tu. Macam-macam cara yang akan saya tunjukkan selepas anda menjadi member. Bila orang join member melalui website tu, kita akan dapat weekly income based on USD terus ke mana-mana akaun bank kita. Kita di bayar weekly, so closing time setiap hari jumaat sebelum 12 tghari, baik upgred cepat, jika tidak, downline paid di bawah anda akan override ke atas dan anda tidak akan mendapat apa-apa bonus dari mereka lagi...
**Nantikan blog kedua aku untuk info pasal Vemma sahaja...aku akan pakai WordPress pulak...Coming Soooon....!!!
Tuesday, February 03, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Boikot habis-habisan!!!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyuarakan kempen memboikot produk-produk Barat kerana tindakan ini akan melumpuhkan ekonomi barat lantas melumpuhkan pembiayaan atau perbelanjaan utk Israel Laknatullah membeli senjata utk menyerang saudara kita di Palestin..Antara produk2 yang digesa agar di Boikot dengan serta merta adalah:-
Makanan & Minuman :
Mc Donald - huhu...tak leh dah la nak singgah2 sini...takpe2
Coca Cola
Sprite
Maggi - camne ni?time terdesak...
Sunkist
Starbucks Coffee - mmg tak pegi pun..sekali je pernah masuk..
Kit Kat
Nestle
Fesyen dan Aksesori :
Gorgio Armani
Lancome
Kimberly Clark
Disney
Calvine Klein
Clinique
Loreal
Maybelline - still pakai produk ni..tp dah lama beli..takkan nak buang plak...
Lain-lain :
Ambi Pur - kete nuar ada....ermmmm...
Kiwi
Johnson & Johnson
Nokia - nokia!!mcm mana ni??hs aku..ok2 tak pe...yg berniat nak beli tu je...jgn beli lps ni....
So, LU PIKIR LA SENDIRI!!!hahaha....
Monday, November 24, 2008
49kg???
so point story ni mcm ni sebenarnya,one day...masa tgh kami jalan2 kat shopping complex,nampak penimbang berat...then,aku pun timbang la my body dengan bangganya...huhu...51.5kg...arghhh...tak aci la,baru lepas makan!!huhu...
pastu nuar cakap,"kalau awk berjaya kurang sampai 49kg,saya bagi hadiah!!"
wahhh....49kg je,baiknya...kiranya mcm tak susah sgt la nak capai target tu...
so,aku mesti berusaha dengan misi aku 49kg..chaiyokk!!!
gambar ini hanyalah sekadar hiasan..
.jpg)
















