Tuesday, December 30, 2008

Kosong....

0 comments
Sedihnya bila rasa diri ini tak berguna...macam apa yang dilakukan tidak dihargai langsung!...
Lagi sedih bila diri ini dianggap tidak penting...bila bosan baru dicari dan dipujuk..argggghhhh...kosongnya jiwa ini...
Nak lari ke mana pun tak tahu...nak ke hutan?naik atas awan?mustahil pulak...terjun dalam air??gilerr ke?nak mati takut pulak...tapi nak hidup pun rasa baik mati...tak baik cakap macam ni..Islam kan?
Apa yang perlu dibuat sebenarnya?...nak hidup sorang je lagi senang kot, tapi tak bosan ke nanti?hidup tetap kena teruskan...walaupun pahit, walaupun dihina, walaupun sakit...kena!!!

Hmmm...susah nak memahami hati manusia lain sebab hati manusia boleh berubah-ubah...tak boleh nak baca apa yang tersirat...yang tersurat mungkin...
Ada yang sanggup lukakan hati orang lain...kejamnya!!!ada pulak yang sentiasa nak menjaga hati orang lain...mulianya.....
Hati dan jiwa kosong....apa perlu dibuat??

Wednesday, December 17, 2008

Aksi sepanjang tahun 2008

2 comments
Uuhhh..lama gak sikit tak update blog ni..(ayat apa ni?)..takde masa sebenarnya..sibuk keje..cewah2..ke sibuk cuti..hehe..alaa...bukan ada orang yang kisah pun pasal blog aku ni..
Firstly..nak wish Merry Christmas!! kepada sesiapa yang menyambut perayaan ni...wahhh...best tgk pokok krismas kat shopping complex tuh...cantik dan besar...meriah giler diorang nak sambut...kita cuci mata je la tengok...whatever la..

Lepas christmas...tahun baru lak..awal Muharam pada 29hb ni, then 1st January 2009.....huhu...tak sangka dah nak habis pun tahun 2008 ni...cepat betul masa berlalu...banyak sebenarnya kenangan tahun 2008 ni......tapi bagi aku, tahun 2008 ni lagi banyak manis dari pahit........sebab tahun 2007 tahun yang aku seksa sekali dan aku takkan lupa sepanjang hidup aku........

Ok la, kat sini aku nak letak aksi-aksi sepanjang tahun 2008 yang ada dalam simpanan aku iaitu gambar2 orang di sekeliling aku ...buat kenang-kenangan...

gambar ni kat perhentian nak ke Nilai...ada orang tegur pasal gambar ni..??!!??

muka nuar macam confius nak makan sushi ni...halal ke tak tempat ni..?(first time masuk..)

gaya peace....kakak tu dah pass....yang adik tu fail lagi...

gaya seorang penggoda...suruh la buat macam mana pun..takkan tolak punya...

yang adik tu teringin nak pakai songkok gak...tapi jangan harap la...kakak tu garang gilerr sebenarnya (senyum tu sebab dah nak amik gambor je)...

"please laaa....i no komen ye"...ala2 kena kejar ngan paparazzi..

lepas mandi...masih nak posing..(yang adik still nak ikut kakak dia)

di belakang tabir...artis tengah bersiap (azie PA mala,hehe)..nak shooting filem kuch kuch hota hai japgi..

mala yang tengah layan feeling pasal rames....gambar2 tu dia bawak pi mana2 tau..ish2 parah tu...

juzaime.....designer yang cool..dengan selipar jamban dia...tu la sumber inspirasi dia...

ngantuk giler si kelvin ni...walaupun dok depan bos....tak leh tahan mata tu...

Hahaha.........tu la gambar2 yang boleh aku upload setakat ni....kalau ada lagi...nanti aku add la....nantikan layout baru menjelang 2009 nanti...!!!tapi takde la gempak sangat...

Friday, December 05, 2008

Cuti...cuti dan....cuti......

0 comments
Banyaknya cuti bulan ni....actually...aku memang selalu cuti....post aku kali ni aku citer pasal cuti2 aku :

1. Firstly, cuti next week selama seminggu sempena cuti hari raya haji..mula2 aku nak amik cuti hari selasa je, tiba2 accountant datang bagi notice yang khamis cuti umum, pastu jumaat lak compulsory semua kena amik cuti....huhu, pastu tinggal rabu je keje baik aku cuti terus...waaaa....terpaksa kena cuti, keje2 aku kena pas kat mala ngan azie la sbb diorang nak datang keje gak.

2. Then, aku dibenarkan amik cuti masa hari bekerja sebab bos aku dah tahu yang aku kena gi hospital 2 kali sebulan, so aku just inform dia la kalau aku ada appointment then bagi surat mc kat dia....mula2 dulu macam2 alasan aku bagi kat dia, gastrik la, demam la, emergency la....sampai la satu hari tu aku kena panggil sebab banyak sgt cuti, last2 hasil sokongan sorang ofismate aku yang tahu pasal kisah aku ni...aku pun cerita la kat bos aku tu, nasib baik dia faham...tak de la sampai nak buang aku, walaupun dalam hati masa tu aku rasa macam ''habis la aku kena pecat hari ni.....'' Ok, layan je gambar2 aku ni...skarg baru nak amik gambar, dulu time sakit tak pernah teringin nak amik gambar pun..dan mmg tak de sakeping pun gambar kat hospital...sebab mana pernah terpikir nak buat blog ni...hahaha....

HUKM...hospital yang mesti aku kunjungi dua kali tiap2 bulan...besar hospital ni..

suasana keluarga pesakit yang menunggu untuk berjumpa dengan doktor..

kaunter DayCare Haematology, HUKM...

time nurse amik darah aku...sempat gak aku amik gambar ni...dgn sebelah lagi tangan, huhu..dah takde deria sakit dah skarg..nak suh nurse lain amik pun....time ni nampak busy la pulak...doktor ada kat situ, segan la...next time la...yang lebih real.. : )

ini la hasilnya...dua kali cucuk baru dapat...coz tangan aku dah takde urat...mcm ni la selalunya...

ni plak ubat2 aku yang wajib dimakan tiap2 hari...seni tu....hihi

Monday, December 01, 2008

Ayat-Ayat Cinta...

2 comments

Aku baru dapat tengok movie ni semalam...huhu..dah lama dok cari..last2 download kat Bittorent kat ofis, semalaman je dah siap..haha, berjaya gak..kembang hidung sikit..oo..
Ok, dah2...

Pendapat aku pasal movie ni :

Fistly,cerita ni memang best dan menyentuh hati...sangat islamic..dari segi muzik dan jalan cerita..ye la, berlakon pun kat Mesir kan..
Fahri ni memang nampak lelaki baik dan alim...rupa dia biasa je...tapi, 4 orang perempuan minat kat dia....fuhhh....lelaki idaman wanita betul..
Aishah pulak mmg cantik walaupun nampak mata je...masa tak pakai tudung pun cantik jugak la...

Part yang aku tak boleh tahan@yang menyentuh hati@buat aku nangis....

1. Masa mak Fahri call Aishah..rasanya first time dia cakap dengan menantu dia tu,tapi dah jadi perkara buruk...anak dia dalam penjara...sedih sgt bila dua2 nangis dalam telefon.....tabahnya dua2 wanita tu...
2. Sedih jugak bila Aishah suruh Fahri cakap 'saya mencintaimu Maria' bila dia nak rakam suara Fahri untuk bagi Maria dengar tu...terkejut gila Fahri bila Aishah cakap mcm tu...baiknya Aishah, pengorbanan seorang isteri...
3. Masa dekat hospital masa lepas Fahri dah kawin dengan Maria,Aishah tgk je suami dia pegang tangan dan cium Maria,last2 dia lari nangis kat luar...isteri mana yang tahan tengok semua tu....
4. Masa dalam penjara..Fahri nak sembahyang,dia tak boleh angkat takbir,nak nangis je...huhu....dugaan dia besar sgt...banduan dalam tu boleh gelak je...lagi2 bila Fahri dapat surat kena buang dari Al-Azhar..
5. Cakap banduan yang duduk dengan Fahri tu memang betul..dalam Islam,"Sabar dengan Ikhlas"...dua perkara yang diuji untuk setiap umatNya....memang betul pun...aku mmg susah sangat nak buat perkara ni..sabar dan ikhlas...
6. Part yang sayu lagi masa Fahri diumumkan tak bersalah masa kat mahkamah..dia terus sujud syukur..lepas tu Aishah terus pegi dekat dia...rasa indahnya ikatan suami isteri tu..saling memerlukan..dengan perjuangan Aishah yang bersusah-payah cari bukti untuk suami dia...... Subhanallah...
7. Last sekali,mesti la part yang diorang solat bertiga tu..mmg menyentuh hati.....akhirnya Maria meninggal dunia...

Betul cakap seseorang tu,Sungai Nil dengan Mesir memang tak boleh dipisahkan.....kalau tak de Sungai Nil,tak de la Mesir...hanya padang pasir...
Insyaallah kalau ada jodoh...aku pun teringin nak pegi tengok Sungai Nil tu.....aminnnn...........
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez