Monday, April 27, 2009

Final Piala FA...Kelantan VS Selangor!

2 comments
Sekali lagi aku pegi tengok bola secara live malam sabtu lepas...hehehe..kali ni aku tengok perlawanan akhir Piala FA kat Stadium Nasional, Bukit Jalil di antara pasukan Kelantan dan Selangor. Biasa la, aku mesti la jadi penyokong Kelantan, siap pakai jersi merah lagi..semangat gomo!!..Memang gempak la, aku rasa macam penyokong Kelantan lagi ramai je dari penyokong Selangor sebab dengar2 pasukan Kelantan buat pertama kalinya dapat beraksi dalam perlawanan akhir piala FA ni setelah menunggu selama 39 tahun...patut la semangat gilerr..

Aku ada gak terbaca satu petikan dekat satu blog ni "Apa yang menarik di sini adalah kedua-dua pasukan telah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan oleh kedua-dua pengurusan pasukan tersebut. Bagi pasukan Kelantan, mereka bakal menerima ganjaran berupa lawatan ke Old Trafford dan juga wang tunai RM30,000 untuk pasukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan jika berjaya menjulang Piala FA malam ini. Manakala kerajaan Selangor juga telah menjanjikan insentif kepada Pasukan mereka sekiranya berjaya menjulang piala FA tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap pemain." waaa....dahsyat tu...patut la berkobar2 diorang main....
Tengok tu betapa ramainya penyokong Kelantan..."Gomo Kelate Gomo...!!!"memang ramai betul sampai polis pun bagi tumpuan side Kelantan je....takut mengganas kot....hehehe...

Hiburan masa time rehat...ada orang buat aksi Hawaii....ni la semangat kesukanan yang kita nak...kreatif dan berani....hahaha...ni la area tempat duduk kami...kepala buat ombak...

Gaya penyokong setia Kelantan....muka stress sebab tak gol-gol lagi....memang tak leh dok diam la....yer la, nak masuk stadium jer dah RM15, pastu beli t-shirt lagi...ish2...kalau tak menang tak tau la...hehehe....
Aku cool jer...tak cakap apa sangat...satgi tersilap cakap...kantoi plak....hehe...

Ok la e, aku buat ringkasan result malam tu...korang mesti dah tahu kan sape menang dan sape kalah kan?Kemenangan berpihak pada Selangor dengan penentuan sepakan penalti 4-1....Untuk 90 minit permainan resultnya adalah seri...pastu 30 minit masa tambahan tak dapat gol jugak dan akhirnya kena buat sepakan penalti.....dan semestinya pemain Selangor memang hebat buat tendangan....huhu...Tapi, pada aku la kan...gol pertama dari Kelantan tu memang hebat la sebab nak tunggu score satu gol punya la lama...Ramai yang puji pemain-pemain “The Red Warriors” ni bermain dengan cemerlang terutama penjaga gol diorang...kira berpuas hati jugak la....tak pe, cuba lagi tahun depan...
Ni gambar kami kat situ, ada gak la kenangan, pasni kalau Kedah VS Kelantan awak kena jadi penyokong Kedah tau...baru la adil..hehe..member2 nuar masa ni memang tak dapat dihubungi, kat luar stadium baru dapat jumpa...fokus sangat ler tu..

Kat atas ni video aku amik dari satu blog....penyokong Kelantan semua silalah nyanyi ye....."Lagu Olek-Olek"..

Mesti tonton!! : Queens of Langkasuka

0 comments
Movie pilihan aku minggu ni Queens of Langkasuka!...Perghh...memang dahsyat giler citer ni...aku tengok hari sabtu lepas kat Mid Valley. Memang tak expect langsung citer ni best camni...dah la main beli je tiket ni sebab mula2 plan nak tengok Jangan Tegur, tapi dah full plak...hehehe..tapi memang berbaloi la tertengok citer ni...Ok, ni la poster movie ni, filem dari Thai..
Untuk movie ni aku leh bagi 9/10 la sebab memang aku tak percaya orang2 perfileman Thailand boleh buat movie lebih kurang tahap Hollywood dah ni...Padahal bila pikir balik Langkasuka ni semua pasal kerajaan Melayu kita kan...tapi diorang plak yang buat filem pasal ni..huhu..Filem ni memang gempak la..bayangkan buat adegan perang kat laut, guna meriam la, pastu ada ikan paus la...ada part lawan pakai keris lagi....dah la hero hensem bangat...hehe...meremang bulu roma aku time dia tunjuk power masa dok atas ikan pari tu...dah la nama hero tu Pari....sesuai sangat la...hahaha....memang aku ngan nuar rasa kagum betul...Korang mesti kena tengok movie ni, bagi yang minat filem2 epik macam ni la...Ok, kalau nak tahu lebih lanjut korang tengok je la kat website diorang ye, aku dah bagi link kat atas....dan trailer citer ni ada kat bawah ni....selamat menonton!!

Wednesday, April 22, 2009

Bila wanita meRokok......hampess!!

4 comments
Kita selalu tengok lelaki je merokok kan? tapi kali ini aku nak fokus trend wanita merokok yang kini semakin menjadi-jadi. Apa kejadahnya semua ni!!!....hehehe....Kalau dulu diorang ni dok merokok kat tempat-tempat tertutup je, tapi sekarang ni kat mana-mana kita boleh tengok wanita merokok.
Jumlah wanita Malaysia yang merokok memang meningkat dah skarang, yang lagi dahsyat, bila budak2 sekolah pun dah pandai hisap rokok, dan yang lebih menyedihkan ada yang pakai tudung plak tu.....huhuhu.....Mula2, nak cuba2 je, last-last dah jadi ketagih sampai la jadi penagih rokok yang tegar. Ni semua sebab pengaruh nikotin rokok yang tinggi tu la....Bila tanya kenapa hisap rokok?mesti la jawapan famous diorang....."tekanan perasaan"..."nak release tension"...hampeh betul, kan ada banyak cara lain lagi??

Satu lagi, wanita-wanita yang jadi kaki ‘clubbing’ boleh dikatakan penagih rokok yang aktif. Kebanyakkannya keje eksekutif dan diorang jadikan trend merokok ni lebih kurang tuntutan hak kewanitaan supaya sama taraf dengan lelaki yang kononnya ‘macho’ giler la kalau merokok...ciss...padahal tak pun...kan?
Alasan lain yang selalu jugak aku dengar....sebab nak kurus..sebab ada yang percaya dengan merokok boleh mengekalkan bentuk badan...ermmm...bila dah malas bersenam...cakap la macam ni...
Tengok je la artis kita, nampak dalam tv suci giler...ni sebahagian je ni...yang lain2 tak tahu la kan....(bukan tujuan aku nak buruk2kan Fasha Sandha, ni boleh dijadikan bukti yang memang tak sesuai la kalau perempuan merokok....hodoh!!...)

"Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka"
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan....eeeee....sanggup hisap racun anai-anai..bagi anai-anai je la try....hehehe...
Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis....sebab tu la kita dengar ada artis sikit2 keguguran, mungkin dia seorang perokok...Allahhu Alam la kan.....

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki..lelaki pun sama jugak....hentikan la benda yang tak berfaedah ni!!!

Monday, April 20, 2009

Tag wallpaper desktop.

0 comments
Amboi-amboi...cik ruby....sekali update blog sampai 4-5 entry....ni style himpun dulu la ni...ermmm...ikut hang la macam mana style pun...aku tau la hang busy bee...Ok, aku buat la tag hang ni dengan pantasnya sebab aku memang tengah boring ni.....bos plak tak mai hari ni...boleh la maximize seluas-luasnya mozilla aku ni....hehehehe....ok..mari saya bermula...

1. Anda perlu print screen wallpaper di desktop anda yang anda gunakan sekarang. Tak boleh tukar...(ok...memang aku tak tukar pun...tak caya tanya mala)

Ni wallpaper kat ofis aku...tengok tu kemas je...sebab aku memang tak suka ada banyak file/folder kat desktop aku....serabut.....yang desktop kat umah, aku dah pernah tunjuk dalam entry sebelum ni...

2. Bagitau kenapa anda suka wallpaper ini?
Nama pun wallpaper desktop kat ofis, mesti la kena nampak professional sikit kan?..takkan nak letak gambar aku dok sengih kot....kena bersesuaian dengan tempat la jugak...ni tips untuk pemilihan wallpaper desktop anda ye...Wallpaper ni aku amik dari pc adik aku a.k.a matki kat kampung...dia ni suka download2 macam wallpaper..design best2..art graphic la....sebab dia amik kursus lukisan..dah la pandai melukis..memang seni betul adik aku ni...kos aper e dia amik?...errmmm...tak ingat la...rekabentuk industri kot.....kalau tak silap la....hehe...skarang dia dah habis blajar dah...dok tengah keje kat kedah...bulan 5 ni dia konvo...kat politeknik Johor..(promote adik aku la plak....hehehe..)

3. Sila tag 10 orang...
Malas la nak tag sape2 pun....bukan ada orang buat pun kalau aku tag... : ( ....huhuhu....

My 25th birthday....teddy bear from my luv!!!

1 comments
Happy Birthday to me!!!yang ke 25 tahun...(tak habis2 lagi pasal birthday)...aku baru nak update hari ni...yer la, weekend mana ada masa....Korang tahu tak, tahun ni aku terpaksa sambut malam birthday aku kat ofis...sebab kena keje sampai pukul 12....huhuhu....geram betul....tapi tak pa la...ada jugak yang bestnya.....disebabkan kena stay kat ofis...ada orang datang ambik aku balik keje....tu yang bestnya....orang tu mesti la bakal my hubby!!thanks sayang!!sanggup datang tengah2 malam....huhu....untuk keselamatan aku jugak...tengah2 malam mana ada bas dah, pastu aku tak nak susahkan juzaime (nama penuh la pulak) atau kelvin hantar aku....Sekali lagi, terima kasih korang sebab sudi teman aku buat keje aku ni...anggap la korang bagi hadiah birthday kat aku e...hehehe....
Ok2, sambung citer lagi...lepas nuar datang ambik aku...apa jadi??hehehe....mesti la ada surprise kan.....aku pun tak bajet yang nuar ada prepare apa2...dia cakap nak pegi makan kat Kinrara jap...aku musykil gak, dah lewat nak makan apa lagi..cakap dah makan tadi..tup2 dia parking jauh giler dari restoren Matsirat tu...pastu suruh aku tutup mata....hehehe... arghhhh....tak sangka...lama giler dia kat bonet kete, aku pun tak tau apa dia buat...pastu bila leh bukak dah....tadaaa...kek birthday aku!!!siap lilin lagi....huhuhu....terharunya...ada lagu birthday sekali dari handphone dia....ni yang buat nak nangis gak masa tu....pastu nuar suruh tengok belakang.......wargggghhhhh!!!.....ada hadiah besar.....dalam kotak.....huhuhu...tak pernah dapat hadiah besar camni....

Ni la hadiah tu... (gambar ni bukan masa malam tu punya...tapi masa esoknya sebelum aku kuar dengan nuar....macam dilakonkan semula la lebih kurangnya....hehehe)

Tengah baca kad yang nuar bagi....sedih dan terharu betul...terima kasih awak....Awak memang bermakna dalam hidup saya...mungkin tanpa sokongan dan doa awak, saya takkan dapat pun nak sambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-25 ni....saya kuat dulu sebab awak.... : ( ......(sedih kejap....cool...cool....)

Comel tak?hehehe.....muka dia macam suruh aku tido je....tapi memang best peluk bear ni...nama bear tak de lagi...masih mencari nama yang sesuai....

Waaa....skarang Pooh dah ada kawan la.....(bear yang nuar bagi masa kat universiti dulu)......berbaik-baik la ye.....jangan gaduh2....

AKU
Kesian sorang hamba Allah ni, jadi mangsa aku kena ambil gambar2 aku ni semua....orang dalam rumah aku lerr....dia takde keje nak buat....so, sementara tunggu nuar datang....dia la jadi cameraman aku....hehehe.....

Friday, April 17, 2009

Besday gift from Mala...purpLe!!

1 comments
Korang mesti dah kenal siapa Mala kan?Aku selalu dok sebut2 nama dia dalam blog aku ni..hehe....dia la yang rapat dengan aku kat ofis ni, duduk pun sebelah meja aku je...apa2 citer memang selalu la share sama2...Birthday dia pun bulan 4 jugak, kalau tak silap aku 4hb kot...so, kitorang ni sama zodiac la kiranya...Aries girl!!..tu yang boleh ngam sikit...hehehe...dan warna favourite dia warna purple, korang boleh tengok la blog dia camner...purple dan lotus...dua benda kesukaan beliau...
Hari ni memang aku tak plan pun nak pakai baju purple ni...memang langsung tak sangka mala pun nak bagi hadiah semua purple....memang beruntung betul budak itu...last2 match giler la gambar ni...(effect blur2 tu maksudnya aku happy la... :P)

Ni keadaan sebenar tanpa effect...berlatarbelakangkan server yang bising...ermmm....dah la suka buat problem...tengok la macam malam ni aku kena stay kat ofis...semuanya gara2 server la...cis!!dah la malam besday aku plak tu....huh..

Yang ni la semua gambar2 masa penyerahan hadiah tu....hehehe...credit to azie sebab tolong ambil gambar...terharunya...(saiz gambar ni macam comel je)

Thanks Mala...nanti akak letak gambar kita kat situ ye... : )

ONLY for my Love...request for my Birthday!!

6 comments
EnTry kali ni KhaS untuk Awak a.k.a NuaR a.k.a saYang a.k.a hOney......
Kalau yANg GeLi nak Baca...bOleh pEjam Mata anda Yeee.....dan aBaiKan entRy ini...soRiiii......hehe...

AwaK, sempeNa birthDay saya Esok, saya ada bebeRapa luAHan a.k.a ReQuest a.k.a HArapan (betul ke ni?) nAK bagi kat awaK :
pErTama sekAli...esoK kan cUti, so awak kena Cancel semUa aPpointment, ngan kawan2 awak ke Ataupun apa2 keje awak la...awAk kEna baGi sepenuh layANan kat sAYa, taK kira.....kereta memaNg aWak la jugak Kena drive mAcam Mana pUn, tapi dalam kete Kena dengar chANnel Radio yanG saYa suKa je...hehehe...nak Masuk kete, awak kenA bukakKan piNtu..samA gak Bila nak Kuar....maSa drive kena nyanYi....dENgan gAya sekAli (x de maSalah kan, seLalu bOleh je).....
Kedua..esok tak leh Garang2 denGan saya...(macam selalu tu)...hehE...kena jaDi baiK satu hAri....kaLau saya tak tenGok Garmint(GPS Omnia) betul2, aWak tak Leh nak marah saya tau... : )
kEtiga.....saYa JE bOleh Pilih nak tengOk mOvie apa esOk...walAupun ciTe tu awaK tAk sUka....cOntohnya..."JanGan Tegur".....hahahahaha....
KeempAt...eSOk awak kEna paKai baJu yanG sayA suka....dan kENa hAndsome2....dan waNgi2 (selalu pUn memaNg waNGi dah).......lagi Wangi la...baJu yang maNa tu awak kena Pikir senDiri la....maYbe macaM ni Kot.....hehehe....

KeLima....semuA yang Di atas ni just Untuk esok je....hehehe....Boleh ke??tApi kalau nak terUs macAm ni lagi la bEst....sebelum ni pun Awak dah best....cumA bab Garang ni je...hehehehe....
Akhir sekAli...saYa tahu awAk sAYang sayA, Dan saya Lagi la berBilliOn2 sAYAng awak Jugak...thankS sEBAb AwAk terus Sayang saya Sampai seKArang...tak Tahu Nak cakaP macam Mana BetAPa terHArunya sAYa...yeR la, walAUpun ramAi suruH AwaK tingGalkan Saya dUlu, mASa sayA SAkit....tapi aWak tEtap Setia tungGu dan Jaga saya....huHu...(Jgn nangis kiah..kat Ofis sKarang)...hUhuHu...

Thursday, April 16, 2009

My Birthday is coming!!!

0 comments
25th Whismical Birthday Cake
Hehehe...boleh ke aku makan kek macam ni masa birthday aku nanti e??berangan je la...saje je ni...awak jangan ambik serius pulak e...saje letak gambar ni sebagai hiasan...Ok semua pembaca blog aku...may be ada yang tak tahu lagi bila birthday aku kan, biar la aku cakap ye...(muka tak malu sikit :p)...birthday aku lagi sehari je lagi...18 April 2009 ni, hari sabtu...maka genap la umur aku 25 tahun ataupun dalam erti kata lain..dah TUA...Ish2, tak sangkanya dah 25 tahun rupanya aku ni....tapi aku happy sangat ngan umur aku sekarang!!yippeeee....

Wednesday, April 15, 2009

Terjoin function IRC!

2 comments
Hari ni baru dapat update blog pasal aktiviti weekend lepas, kelmarin aku cuti sebab nak pegi hospital...huhu...Ok la, setiap kali weekend memang ada je aktiviti nak buat..kadang-kadang kebetulan, kadang-kadang memang dah plan....tapi bila ngan nuar ada je la aktiviti nak buat..hehehe...Sabtu lepas aku pegi teman nuar sebab dia kena keje satu hari kat Menara PGRM...aku pegi pun dah petang, nuar memang dari pagi la ada kat sana....so, aku ingat bila aku pegi sana, mesti la dia dah boleh balik, nuar pun cakap datang je la lepas tu kita blah...TAPI, apa yang jadi adalah bila aku dok sana....tak boleh jugak nak blah2...sebab kena tunggu sampai event tu habis...huhuhu...sabar je la.....

Ni la function yang aku cakap aku terjoin ni..tiba-tiba je kena tengok sampai habis..aku memang tak tahu apa-apa pun, dah la pakai baju biasa je...yang datang sini semua pakai vouge2 je aku tengok...Ok2, event yang ada kat sini bawah company Island Red Cafe. Company ni besar jugak la, almaklum la bisnes orang Cina, kalau korang pernah lepak diorang punya cafe mesti tahu la camner...produk utama diorang ni minuman Coffee kot...dah berkembang la skarang ni, dah banyak cawangan...so, nak celebrate la ni, yang datang ramai-ramai ni semua ahli2 IRC la, ala2 MLM jugak company ni...bak kata sorang pakcik ni la...aku pun tak tau, dah la bos besar diorang bagi ucapan dalam bahasa cina, camne nak faham.....

Cewahhhh...buat2 rajin bekerja nampak...hehehe...ni la Kumar, System Analyst dekat company nuar...nampak biasa je, tapi keje teruk ni, kena buat sistem je la keje dia, tu yang sampai botak tu...(sori ye Kumar....hehehe....)
Gambar2 ni semua dekat sebelah stage..area segala PA system semua la..tugas nuar dengan kumar kena handle masa lucky draw dalam function ni nanti....tu la sebab kena tunggu sampai habis, sebab cabutan kan selalu dekat last2.....hadiah2 cabutan diorang memang best2 giler....teruja aku, cuba anda bayangkan hadiah pertama dapat kereta Honda Civic....gilerrr....yang dapat hadiah ni sorang pakcik bangsa cina...tua dah, huhuhu....

Ni plak gambar2 aku...tengok, tak sesuai dengan majlis langsung...kalau tau, awal2 dah sewa baju cantik2...hahaha....
Ada la 2-3 orang artis yang diorang jemput, antaranya Dayang Nurfaizah...ok la persembahan dia malam tu, menghiburkan...aku tak sempat nak amik gambar dengan dia walaupun dah lalu sebelah, ni masa dia buat persembahan....Kul 11 lebih baru habis majlis ni, kami balik dengan muka bebai je...Kumar lagi la, tinggal anak bini kat rumah...huhu..kesian..

Monday, April 13, 2009

Taylor Swift - best performance!

0 comments
Posting aku sebelum ni ada citer pasal Taylor Swift ni---->Lagu Favourite Nuar.. aku dah letak video clip Love Story kan, tapi kali ni aku nak letak video masa dia buat live performance dekat CMA Awards 2008....sampai aku pulak jadi meremang sekarang ni....memang best giler...fabulous!!awesome sangat...!!!...Part yang best sekali masa ending lagu tu, dia tukar baju/gaun dia...ingatkan artis Malaysia je selalu buat camni, artis luar jarang plak tengok camni, yang bukak baju terus banyak la....hehehe...tapi dia ni sopan je...dah la sweet and cute!Ok2...tengok la sendiri e...layannnn.......

Friday, April 10, 2009

Gelang baru...from Mahesh!

2 comments
Hehehe...Mahesh mana plak ni??yang Talentime tu ke?hehehe....saje je...Sebenarnya, aku dah lama teringin nak beli gelang India ni sejak tengok Katerine pakai. Budak cina pakai mesti la cantik sebab diorang kan putih2...macam aku ni tak tahu la kan....Aku beli ni dekat kedai Jalan Masjid India masa kuar ngan Mala semalam....memang banyak giler pilihan color...sampai tak tahu nak amik yang mana satu....harga dia RM6.50 untuk saiz yang aku beli ni...ada yang sampai penuh lengan tu, lagi mahal la....satu lagi, mungkin kat situ jual mahal sikit kot...kalau tempat lain mesti lagi murah...tak pe la, sekali tu je kot aku beli....Lepas ni, boleh la sape2 nak cuba pakai...cantik jugak la kalau padan dengan baju yang sesuai....gelang tu ada banyak, kita boleh ubah style gelang tu jadi corak lain2....OK, kat bawah ni gambar2 aku masa kat ofis hari ni, dengan berbaju kurung lagi sebab hari jumaat....layan je la...biasa la, bila boring...posing je la keje aku...hehehe...

Ni dah macam mami jarum je ni...hohoho.....

Satu2nya gelang India milik aku...color biru...(ada cermin di situ tau)

Cewi giler...sori la..first time pakai kena la bongkak sikit...

Wednesday, April 08, 2009

To SHIT or not to SHIT??!

2 comments
Hehehe...photo sensasi aku minggu ini..!!tidak diedit oleh photoshop pun tau....actually, semua ni hanyalah kebetulan je..Masa gambar ni diambil aku tengah enak menikmati makan tengahari kat kedai bawah ofis aku...makan2 dengan ofismate aku....tup2 tengok depan ternampak la perkataan ini..pastu kami semua pakat gelak...dah la tengah makan...nasib baik la aku dah habis makan masa tu...ish2...ntah apa2 betul...hihi...saje nak citer kat korang...tengah boring ni...

Tuesday, April 07, 2009

Jom ramai-ramai pegi kursus kahwin!!!

2 comments
Ok, kepada sesiapa yang belum lagi pegi kursus kahwin..boleh la berbuat demikian pada hujung bulan ini...cepat2!!tempat adalah terhad!..kami akan buka pendaftaran secara online dan boleh juga hubungi nombor yang tertera dalam laman blog kami seperti di bawah...
Link blog ----->weddinghearts

Ni la screenshot laman blog ATAC...(didesign sepenuhnya oleh aku...hehehe)

Pendaftaran telah pun dibuka...kepada pembaca blog ini yang berminat boleh la segera mendaftar...tempat kursus adalah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur...dan tarikh kursus pula adalah pada hari sabtu dan ahad....Untuk pengetahuan semua, sebagai permulaan kepada company ATAC, kami telah tetapkan tarikh kursus kahwin yang pertama iaitu pada 25 dan 26 April ini..tarikh keramat ni...hehehe...Ok2..yuran untuk kursus hanyalah RM80.00 sahaja...murah je kan?makanan akan disediakan sebanyak 3 kali...dan ditaja oleh Anjung Catering..Manakala penceramah2 pula semuanya daripada JAWI dan semestinya best2..hohoho...(aku dah ada pengalaman ni)
Bagi yang telah pun pergi kursus kahwin, boleh la heboh2kan pada member-member yang belum pegi lagi ye!!!hehehe...Mesti ramai yang sedang dalam perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan kan....jadi, kursus pra-perkahwinan ini adalah langkah pertama anda!!dan wajib tau...Ok, silalah usha2 laman blog kahwin ATAC di atas ye!! (blog weddinghearts masih dalam proses pengemaskinian..akan diceriakan dari semasa ke semasa..yoo!!)

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez