Wednesday, April 22, 2009

Bila wanita meRokok......hampess!!


Kita selalu tengok lelaki je merokok kan? tapi kali ini aku nak fokus trend wanita merokok yang kini semakin menjadi-jadi. Apa kejadahnya semua ni!!!....hehehe....Kalau dulu diorang ni dok merokok kat tempat-tempat tertutup je, tapi sekarang ni kat mana-mana kita boleh tengok wanita merokok.
Jumlah wanita Malaysia yang merokok memang meningkat dah skarang, yang lagi dahsyat, bila budak2 sekolah pun dah pandai hisap rokok, dan yang lebih menyedihkan ada yang pakai tudung plak tu.....huhuhu.....Mula2, nak cuba2 je, last-last dah jadi ketagih sampai la jadi penagih rokok yang tegar. Ni semua sebab pengaruh nikotin rokok yang tinggi tu la....Bila tanya kenapa hisap rokok?mesti la jawapan famous diorang....."tekanan perasaan"..."nak release tension"...hampeh betul, kan ada banyak cara lain lagi??

Satu lagi, wanita-wanita yang jadi kaki ‘clubbing’ boleh dikatakan penagih rokok yang aktif. Kebanyakkannya keje eksekutif dan diorang jadikan trend merokok ni lebih kurang tuntutan hak kewanitaan supaya sama taraf dengan lelaki yang kononnya ‘macho’ giler la kalau merokok...ciss...padahal tak pun...kan?
Alasan lain yang selalu jugak aku dengar....sebab nak kurus..sebab ada yang percaya dengan merokok boleh mengekalkan bentuk badan...ermmm...bila dah malas bersenam...cakap la macam ni...
Tengok je la artis kita, nampak dalam tv suci giler...ni sebahagian je ni...yang lain2 tak tahu la kan....(bukan tujuan aku nak buruk2kan Fasha Sandha, ni boleh dijadikan bukti yang memang tak sesuai la kalau perempuan merokok....hodoh!!...)

"Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka"
Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan....eeeee....sanggup hisap racun anai-anai..bagi anai-anai je la try....hehehe...
Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis....sebab tu la kita dengar ada artis sikit2 keguguran, mungkin dia seorang perokok...Allahhu Alam la kan.....

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.
Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki..lelaki pun sama jugak....hentikan la benda yang tak berfaedah ni!!!

4 comments on "Bila wanita meRokok......hampess!!"

Unknown on Wednesday, April 22, 2009 10:51:00 AM said...

biar la aku yang komen dulu....hehehe...satu lagi merokok ni buat menambahkan pemanasan global je...pastu bising2 bila cuaca panas...pooraahhhh!!pikir2 la...

Anonymous said...

u tak tahu nikmat merokok.hanya perokok sahaja yang memahami,kebanyakkan perokok nak berhenti tapi susah.

Anonymous said...

ade 1 care kalo nk brenti mrokok trus...
bl smoker ni kene pnyakit, confirm dorg leh brenti...
pnyakit bese2 je maybe x ar...
kene pnyakit yg bahaye, mmg sah dorg brenti nye...
mcm aku la...
hehehe...
=p

Unknown on Monday, April 27, 2009 8:37:00 AM said...

sape ni?ko dah kena penyakit bahaye ke?ish...jangan main2 la...

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez