Ermmm...masih dalam mood raya lagi kot, nak buat entry pasal apa dulu e?banyak nak story ni..Ok2, aku start dengan hari terakhir aku kat Asia Media hari tu la (gambar dah basi ni)..Sempena hari perpisahan aku yang bertarikh 4 Sept 2009 lepas, aku pun plan la farewell dengan budak2 ofis aku. Siap bertema2 lagi...kena pakai baju same color dengan couple masing2, maksudnya boleh datang bawak pasangan masing2 la kan (taktik nak bawak nuar) : )
Saat memunch card untuk kali yang terakhir, gambar wajib ambik ni bagi sapa2 yang nak resign macam aku ni...hehehe.
Dah ada kamera mahal2 macam ni..terpaksa la digunakan jugak kan? : )
Geng wanita! dengan gaya 1, 2, 3, 4, 5
Geng maskulin! (dengan produk masing2)
Ni la menu berbuka aku masa tu..nyummi!!
Air pisang yang pekat..azab giler nak habiskan.. : D
Hehe..Mala buat kejutan suruh Nuar pakaikan gelang India color pink ni kat aku..mmg saat tak leh lupa ni....Thanks Mala!!
Macam takleh masuk jer sebenarnya ni..Nuar nervous kot...last2 Mala gak pakaikan.. : )
Tadaaaa...inilah hasilnya, henna tu Mala yang lukis masa kat ofis, dok lembab lagi tu.
Posing lagi dengan gaya ala-ala seksi dan manja gitu.. :D
Mula2 semua malu-malu...dah nak balik bising giler tempat ni..hihi.
Ni gambar wajib ambil bagi staff Asia Media, bergambar depan restoran...hehehe.










