Friday, July 31, 2009

Setem dan GOGP!!

2 comments
Malam tadi aku ngan nuar dating kat IOI Mall, cewah2....plan mula2 tu nak tgk citer The Proposal, pastu sebab tak de citer ni kat IOI tu (apa daaaa...), kami TERPAKSA la tengok movie lain, yang best pun macam citer SETEM je. Macam tak caya jer asyik layan movie melayu je sejak dua menjak ni sebab yang last sekali kami tengok masa citer Skrip 7707 (seram seh..). Ok2, berbalik pada citer ni, mula2 ingatkan malas nak tengok wayang citer ni, download jer la...tapi ok la jugak jalan cerita dia..banyak lawak gak, pastu boleh dikatakan hampir semua pelakon pandai bawak watak masing2 walaupun dia tu just watak sampingan jer..macam harun salim bachik, sathya ngan ada sorang cina gangster tu. Memang lawak giler, dah la cina tu cakap utara pekat, pastu slumber badak lak..memang jadik la lawak dia tu. Watak2 lain tu ok la, satu lagi maybe sebab arahan Khabir Bhatia sama kot, jadi sudut2 dalam filem ni memang nampak kreatif jer...aku dah la suka semua filem arahan dia, macam Sepi dengan Cinta tu semua. Ok2 lastly, filem melayu yang seterusnya yang aku dok tunggu adalah Jin Notti pulak sebab aku nak tengok lakonan fafau dengan mawi...hehehe.

Ok, movie seterusnya yang BAKAL kitorang tengok next week adalah Ghosts of Girlfriends Past (GOGP), yang ni tengok free je sebab tiket memang dah ada kat tangan nuar skarang. Tu la untung aku keje asia media ni, ada contest sikit leh join sekali...hehehe..so, nuar pun dipaksa la join contest untuk filem ni dengan menghantar sms beserta slogan beliau. Tapi, bukan aku yang pilih winner ok...so, memang nasib nuar la dapat tiket ni, siap dapat t-shirt lagi..hehehe.

Ni la rupa tiket free tu...!

(Dah diupload!!) Gambar nuar masa datang ofis aku amik tiket.

Ececece....sibuk gak aku pun nak posing..hehehe.

Note : Gambar nuar masa datang amik hadiah akan diupload next week dan next entry masa Ju's farewell akan menyusul...so, selalu2 la jenguk my blog ni ye!!thank you!!

Monday, July 27, 2009

Tag by Wawan!!

3 comments
Lama plak tak buat entry tag2 ni, ok kali ni wawan pulak yang tag aku dengan tema tagnya "promote barang2 kecantikan kita". Sebelum nak buat tag ni, memang wajib la kena pi selongkaq meja solek (aku ada meja solek ke?) kita tu, pastu snap la gambar barang2 yang kita dok guna pakai hari2 kononnya nak bagi nampak cunnnn tu. Ok2, mari kita bermula :-

1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.

3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.

4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.

5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.

Kita mulakan dengan alatan menyolek dulu, ni jer la sebahagian alat solek murah yang aku pakai hari2, krim Olay ada dkt bawah, terlompat turun bawah lak..hehe...yang lain2 ni macam maskara (Maybelline) ngan pelentik tu memang wajib la aku pakai setiap kali pi keje...memang aku suka bagi bulu mata lentik2 ni...sebenarnya aku ni jenis simple je bab2 make up ni..pi keje ke dating ke sama je style make up aku..hehe..up to u all la nak caya ke tak.

Yang ni plak, benda2 sampingan yang jarang2 pakai, macam lotion Vaseline dengan toner tu la sebab memang time rajin je aku pakai...Rexona ni plak, memang dari dulu sampai la design terbalik ni aku memang tak tukar2, suka pakai jenis ni je. Lumiglow tu plak saja2 tambah, yang tu untuk buang lemak berlebihan, macam kat perut atau bawah dagu, yang ni memang mahal la so, aku memang pakai dengan jimatnya...hehehe.

Perfumes plak, dulu aku selalu pakai Silky Girl je, skarang ni start pakai One Drop Perfumes ni pulak sebab memang tengah famous skarg ni dan murah (RM40), pastu ada 8 wangian yang boleh tukar2 ikut kesesuaian masa dan keadaan, memang best la perfumes ni, dah la bau dia pun tahan lama..dan yang bagusnya boleh dipakai ketika bersolat...(bagus kan?)

Ni plak barang2 mandian aku, syampoo memang aku suka pakai Rejoice tapi kadang2 tukar jugak, so far aku tak de problem rambut, jadi hentam je la brand apa pun...pencuci muka plak aku suka pakai Olay, sama dengan krim muka...konon2 nak kulit macam siti..ceh...(yang kanan sekali tu cucian bagi aset wanita..tengok tu, malu2 sikit nak bergambar)

Bakul atau raga yang memuatkan barang2 mandian aku, senang nak mandi...semua ada, tengok la semua pencuci muka tu, yang tinggal sikit2 pun nak simpan lagi, sayang nak buang ke pemalas..hehehe.

Note : Semua barang2 aku ni biasa2 je, so nak rekemen kat korang pun ala2 segan sikit, coz korang punya produk mesti lagi mahal2 dan gempak2 kan?

OK, calon seterusnya yang akan berkongi rahsia kecantikan/kehenseman mereka adalah Ruby, Nedy, Mala, Izzati, Zafir dan Heary....(buat ye jangan tak buat!)

Yasmin Ahmad pergi jua

1 comments
Takziah buat keluarga Yasmin Ahmad, diharap mereka dapat menerima pemergian arwah dengan redha kerana ajal maut memang dah ditentukan oleh-Nya. Kita yang masih hidup di dunia ni perlu teruskan kehidupan walaupun orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
Ermmm...walaupun Yasmin Ahmad tak de kaitan pun dengan aku, tapi aku turut rasa terkejut dengan berita kematian beliau, sebab aku adalah antara peminat2 yang mengagumi karya Yasmin Ahmad ni. Memang beliau sangat berbakat dan jenis yang mementingkan perkauman dalam karya beliau. Aku pun tak lepas dari tengok semua filem arahan Yasmin Ahmad, bukan sekadar filem dia yang aku suka, iklan yang dihasilkan beliau juga amat bermutu dan menyentuh hati.
Diharap arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman... Al-Fatihah....amin.

Wednesday, July 22, 2009

Ice AGE 3....sejukkk!!

7 comments
Ice Age!!dengar tajuk pun dah rasa sejuk..hehehe..aku ngan nuar gi tengok movie ni masa weekend baru2 ni, tu pun nasib je dapat seat orang tak amik reservation, so dapat la tempat yang betul2 strategik. Tengok kat mana?biasa la mesti tengok kat Alamanda, memang the best cinema la!!selesa dan bersih...hehehe. Ok, nak cakap best sangat filem ni macam tak kot sebab aku rasa macam ada kekurangan je nak dibandingkan dengan part 1 dengan 2 dulu. Yang best pun sebab komedi2 yang macam dibuat2 tu, so gelak la jugak. Memang tengok pun coz nak release tension sikit, so pegi la tengok filem2 happy macam ni...(jangan tengok Harry Potter, nanti tertido macam aku..ish2)

Persediaan sebelum menonton...takut sejuk yang terlampau!!blogger-emoticon.blogspot.comhihihi.

Bulan berjimat-cermat...rotiiiiiii!!!

9 comments
Memandangkan bulan ni aku agak sengkek sikit, aku pun dengan semangat berkobar2nya nak melancarkan kempen berjimat-cermat!!hoyeeee...so, bermula minggu ni aku bawak bekal je untuk breakfast..cewah2, boleh ke?bekal aku tu berupa roti yang disapu jem strawberry...nyum..nyum..lazat betul..sebelum ni memang dah ada staff lain yang buat macam ni, mala...hari2 roti je. La ni aku plak terikut dia, kat bawah ni ada gambar bekal2 kami, tupperware aku yang color pink tu..hehehe...marilah sama2 kita berjimat-cermat!!makan roti dengan jem...hohoho...!

Menu pilihan bulan ini..cuba la ye!!

Tuesday, July 21, 2009

Kerja....oh kerja!!

4 comments
K E R J A ....ni la yang memeningkan kepala aku ni!!hish2..macam2 hal kat ofis aku skarang ni, dah la ofis ni memang terkenal dengan staff selalu keluar masuk jer, sampai sape2 yang stay lagi ni rasa tergugat dah nak keje kat sini, macam dah tak rasa seronok lagi dah. Huhuhu...nak balik ke zaman blajar dulu la..lagi best dari kerja macam ni...blogger-emoticon.blogspot.com best betul zaman belajar dulu2 kan??...boleh ponteng kelas, tiru assignment, ada ramai kawan2...huhuhu..

Wednesday, July 15, 2009

Hey Ladies!!dengar sini semua....!!

4 comments
Lagu pilihan kali ni khas untuk semua kaum hawa a.k.a perempuan sahaja...hahahaha!!(yang lelaki, sila ambil perhatian yer)..aku suka lagu ni sebab happening dan bersemangat waja..memang aku rasa perempuan skarang ni kuat2 belaka la....hidup wanita!!!kita juga kuat lagi wangi!!! hihihi...!!ok2...layannnn...

Lirik untuk yang tak faham indon :-

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur blogger-emoticon.blogspot.com

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Note : Bukan semua lelaki jahat, dan bukan semua perempuan baik (yang penting berhati2 dalam memilih pasangan)..
Pesanan dibawakan oleh Cik Kiah Sekeluarga dengan kerjasama Persatuan Wanita Selangor!!

Tuesday, July 14, 2009

Yoyooh.com Blogger Awards 2009!!

9 comments
Malam sabtu lepas, aku berpeluang join event dari Yoyooh.com sempena setahun penubuhan portal ni. So, disebabkan aku dah jadi peserta untuk The Blog Squad secara tak langsung dijemput hadir memeriahkan majis malam tu. Pada malam ni jugak la pemenang bagi Anugerah Blogger akan diumumkan. Majlis start lebih kurang pukul 9 malam, lepas kitorang makan2.
Ops, nak citer pasal lokasi Blogger Awards ni berlangsung dulu ye, mula2 memang pening gak nak cari Restoran Nelayan ni sebab jarang sampai sini, hehehe. Aku dengan nuar sampai gaduh2 blogger-emoticon.blogspot.com masa dok tengok GPS dengan map yang yoyooh bagi tu. Last2 sampai jugak la, sebab bukan susah pun....tapi kan masa nak masuk restoran tu aku rasa nervous gak, betul ke dijemput ni?yer la..dengan tak de kad jemputan apa kan, jemput pakai email je pun. Bila masuk2 je ada meja pendaftaran, ada yang kat situ tegur aku, diorang cakap macam kenal je?...hehehe (famous jugak aku ni)..hahaha, ala dah diorang dok kritik blog aku mesti la kenal..yang tegur masa tu Megat dengan Ray. Ok la, rasa dah selesa sikit nak masuk dalam. Boleh tahan la tengok majlis ni, ramai yang datang..dengan ada meja untuk media lagi. Aku dengan nuar dapat duduk semeja dengan calon2 dari The Blog Squad jugak. Yang lawaknya, diorang kenal nuar...hahaha, siap cakap zakiah le selalu tulis pasal nuar, sebab tu tahu...masa tu nuar dah tersipu-sipu malu dah blogger-emoticon.blogspot.com...hahahaha..ok la, kalau bukan awek promote sape lagi nak promote kan??then, ok la diorang dah boleh sembang2 dah masa makan tu..lagipun, aku sorang jer perempuan kat meja tu, nak sembang apa la sangat.
Ok2, bab makanan pulak..memang sedap la..lain kali boleh la datang lagi kat Restoran Nelayan ni...sotong dia memang perghhh...besar dan sedap!!nyum...nyum..

Peace...masa beratur nak amik makanan.

Rakan semeja...dari kiri : blogger Alif , Nuke Rude dan Silbi Abigail ..

Persembahan dari Reez (tak kenal la)..tapi ok la lagu Poker Face tu!

Semua bersemangat masa tengok persembahan, yer la nak masuk astro Awani la katakan..hehehe.

Time melantak...gambar dicuri dari web sawanila coz aku takde gambar dari belakang mcm ni....hahaha!!

Persembahan dari Diddy AF, not bad la...yang meriahnya time dia nyanyi lagu "Hilang" tu, akak2 kat blakang semua semangat nyanyi masa part "hilangggg......"...."hilanggg....."..

Pose aku kat sana...walaupun tak menang apa2...tapi still enjoy dengan event ni...(yang best masa sajak seluar dalam tu...unik dan ada maksud tersirat)!!

Nampak ni..ceria lagi bercahaya masa malam tu...Yoyooh memang best!!tahun depan jangan lupa jemput kami lagi e!!

Ni la blogger-blogger yang menang!!Tahniah semua....anda memang berbakat!!teruskan usaha!!!

Lastly, baru ada gambar nuar...hehehe...tak leh dah letak banyak2, nanti terlebih famous pulak..hahaha!!ni time dah nak balik...Thanks Yoyooh!!

Monday, July 13, 2009

Selsema hidung!

8 comments
Dari semalam lagi aku selsema blogger-emoticon.blogspot.com...huhuhu...tak selesanya!!tolong saya!!saya tak suka selsema ni..blogger-emoticon.blogspot.com, nak buat keje pun tak best..TAK SUKAAA!!!TAK SUKAAA!!! blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, July 09, 2009

Liza's Farewell at Bumbu Bali!

2 comments
Tak habis2 farewell je sejak akhir2 ni, hish..ramai betul orang nak resign dari Asia Media ni. Sedih betul la, bila plak turn aku ni...huwaaa. Liza baru je keje dalam 2-3 bulan macam tu, so kejap jer la geng dengan dia ni. So, masa hari terakhir dia kami pun gi la makan2 dekat restaurant Bumbu Bali, kat area Bandar Puteri. Masa hari ni kebetulan pulak sama dengan besday Kelvin, celebrate sekali la. First time jugak la aku makan kat sini, padahal dekat dengan umah aku je pun. Ok2, layannnn je la gambar2 kami kat situ...hehehe.

Posing dulu sementara tunggu makanan sampai, cantik kan restaurant ni?

Tisu Bumbu Bali!

Liza happy je sebab dah resign..hahahaha!

Ehem...ehem...gambar penuh kontroversi ni...Jue macam malu2 plak..hahaha..

Wah...close up la pulak, "awak, saya dengan Jue tak de apa2 tau".. gelak ni bukan suka tapi ada orang buat lawak.

Pose dengan azie pulak la.

Mala ni kat mana2 pun mesti nak posing ala2 Bollywood..hehehe..

Ni menu Mala, "Vegetarian Pasta"..sebab dia ni memang vegetarian.

Yang ni plak menu yang aku pilih, "Ayam Betutu", tengok la tu macam nak makan 2 orang je.

Posing dulu sebelum makan, memang tak habis punya la.

Meja penuh dengan makanan masa ni, punya order sampai tak habis makan...agak membazir la jugak.

Dekat tangga nak turun, terpaksa posing kat sini sebab romantik sangat..(over semangat ni)

Aksi romantik Mala dengan Azie..biasa la poser terbaik Asia Media.

Balik ofis dekat kul 2.30, bos dok cari mana kami pegi..tapi masa ni hari Jumaat, bos ingat aku dengan Azie pi smayang...hahahaha..yang Mala dengan Kelvin kena perli "dah convert ke?" (ntah apa2 la bos aku ni)

Wednesday, July 08, 2009

Gaya lecturer!

0 comments
Hari ni aku free sikit kat ofis, so terasa macam nak buat posting plak kat blog aku yang dah kusam ni...hohoho, yer la aku rasa blog ni macam dah tak de serinya. Aku pun tak tahu pasal apa, ermmm tak pe la..janji aku tahu ada orang yang sudi baca.

Ok2, aku nak continue dari posting sebelum ni, pasal nuar yang baru dapat keje. So, hari ni dah masuk tiga hari la dia jadi lecturer kat Lincoln College tu. Setakat ni, dia belum berpeluang mengajar lagi sebab student semua tengah exam. Yang pelik tu, nuar cakap negro2 kat situ masa exam boleh plak meniru dengan slumbernya. Ish2, apa punya student la diorang ni, macam nak main2 je, pastu ada yang siap tanya jawapan lagi masa nuar jaga exam. Satu lagi, nuar cakap sistem kat situ macam kelam-kabut lagi, lecturer tempatan ada la dalam 4 orang, yang lain semua dari luar, dan kebanyakannya dah berusia blogger-emoticon.blogspot.com..muka macam Albert Einstein pun ada (nuar la citer) hahahaha, tapi yang menyedapkan hati aku, student kat situ lebih ramai lelaki (sangat bagus tu). Next, kat bawah ni ada photo2 ceria nuar lepas balik keje kelmarin, ceria la sebab tak start mengajar lagi, nanti tengok la macam mana..hehehe..lagi cepat nampak tua la...dah la dok kawan dengan orang-orang tua je..hehehehe..ok, layannnnn.

Ok tak saya pilih gambar2 awak ni?ermmm..banyak jugak gambar awak dalam blog saya ni, kena caj la lepas ni...hehehehe....
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez