Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Hantu mak limah!LOL!

0 comments
Ni entry panas2 lagi ni, kisah berlaku malam ni.....hehehe...apa la hubby aku ni.. selambe jer dia cakap kat budak kaunter GSC tadi, nak "tengok citer hantu mak limah...." sampai budak tu tergelak...hehehehe...yang betulnyer hantu KAK limah balik rumah la...bukan balik kampung pulak yer...hehehe.. (kompleks betul tajuk citer ni....)

Masuk malam ni dah dua malam berturut-turut kami melawat GSC, malam kelmarin tengok Narnia.... (boring.....) memang kureng sikit la kali ni, sebab ada dua orang jer, dah nama citer Narnia tu, empat2 orang la kena berlakon, yer dak?... tak best la kali ni. Memang agak kecewa sikit.

TAPI!!..citer hantu kak limah ni memang best..tergelak2 menengoknye...ce ceghita..ce ceghita...
hehehe...korang layan sendiri la citer ni kat pawagam...baru tahu apa yang kelakor nyer tu.


nota tangan : mula minat movie melayu plak skarang ni...bagi yang seram komedi cam citer ngangkung ngan citer ni la.....good job...good job!

Thursday, December 17, 2009

Jom tengok Avatar!

0 comments
Lama tak update blog..tetiba malam ni rasa nak tulis something kat sini. Tadi aku baru balik dari tengok movie "Avatar". Memang best giler la!!aku boleh cakap PERFECT!!dari segi animasi 3D, special effect, memang cantik giler, pastu dengan sound effect yang superb...kalau tengok wayang 3D ni, aku rasa memang lagi rasa macam kita hidup dalam dunia fantasi citer ni. Aku memang tabik giler la diorang punya kekreatifan buat citer ni, walaupun ada sket2 tiru Matrix tapi tak kisah la. Ishhhh..tak tau la nak cakap apa lagi..baik korang pegi la tengok sendiri..memang puas hati punya la..huahuahua!!

Selamat menonton!!

Wednesday, September 02, 2009

Berterawih di Masjid Besi Putrajaya!

3 comments

Ahad lepas kitorang pergi berbuka puasa dekat Putrajaya, kebetulan nuar ajak dua orang student Oman dia round2 kat sana, Naseer dengan Saif (dah kawin dah pun). Mula2 ingat nak makan dekat Alamanda je lepas tu baru pegi smayang dekat masjid Putrajaya yang baru tu. Tapi, akibat silap masuk jalan, terus je pegi tengok masjid tu dulu...hehehe..Ok2, kat bawah ni ada snapshot lecturer bersama studentnya :

Tak tahu la apa yang diorang sembang, macam masalah negara yang kritikal jer.. :D

Ni la masjid yang baru giler dekat Putrajaya, masih lagi dalam proses pembinaan tapi dah boleh digunakan untuk bersembahyang..cantik kan?

Akibat dah lewat sikit masa tu, kitorang beli makanan untuk berbuka dekat Bazar situ jer, dekat jer dari masjid ni, so kitorang exercise ler pegi sana. Hadoiiii...semput jugak aku dengan puasa2 ni...al-maklum la lama giler tak exercise. Ok, kat bawah ni aku bagi info pasal masjid besi ni e, sila la baca yer :

FAKTA nombor Masjid Besi, Putrajaya :

  1. RM180 juta – Kos pembinaan (bermula April 2004)

  2. 60,156 – Meter perseti, luas masjid

  3. 20,000 – Kapasiti jemaah

FAKTA kemudahan disini :

  1. Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)

  2. Tiga unit kuarters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid

  3. 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid

  4. Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang

  5. Dapur

  6. Bilik VIP

  7. Bilik penyelenggaraan

  8. Bilik jenazah

  9. Pejabat

  10. Bilik kawalan audio visual

  11. Ruang letak kereta (bawah tanah)

  12. Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

  13. Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

  14. Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

  15. Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim serta kelihatan seolah terapung di udara

Antara FAKTA lain adalah :

  • berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).

  • dinding menggunakan Crystalized glass.

  • sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.

  • Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.

  • Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

  • Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.

  • Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi.

Pandangan bahagian dalam masjid, memang open air coz takde dinding, boleh tengok ke luar.

Tulisan khalimah Allah ditengah2 kubah ni...Subhanallah...

Ni kawasan tengah2, ada air pancut..memang ramai la orang dok amik gambar masa ni.

Gaya macam kat oversea dah nuar ni....tinggi awak rupanya..memang aura arab betul, tiap2 kali bulan puasa ada jer kaitan dengan arab2 ni...hehehe!

Aku pun nak posing gak, ni dah habis smayang dah...kitorang dah nak balik..Insyaallah nanti datang lagi sini.. : )

Basikal ke motor ni??

2 comments
Apa yang korang bakal tengok ni memang jarang2 kita jumpa, gabungan basikal dan motor...BATOR!!hehehe..konon2nya kreatif sangat atau tak betul sikit, aku pun tak tau la..hehehe..Ok, korang pikir la sendiri pemilik kenderaan ni macam mana orangnya yer..zasssss!!

Lokasi kenderaan ini adalah di Jalan Masjid India...O.o

Thursday, August 20, 2009

Filem ganas dan ngeri yang ditunggu2!!

0 comments
Movie pilihan aku kali ni adalah "THE FINAL DESTINATION - Rest In Pieces" yang akan mula ditayangkan 28 August 2009 ni. Memang aku tak sabar nak tengok filem ni sebab aku memang follow citer ni dari part 1-3, siap khatam lagi. Sebenarnya kalau korang nak tahu, aku ni peminat citer2 ganas dan sadis macam ni, tak tahu la kenapa. Sampai nuar pun pelik dengan aku, dia jenis yang tak leh tengok citer2 macam ni...kesian kot(bf aku ni baik hati orangnya).

[18SG] Ada orang yang boleh terima movie macam ni.. :D

Ok2 nak citer lagi ni, contoh movie yang aku minat lagi macam Saw part 1-5, semua aku dah tengok. Then, Texas Chainsaw Massacre part 1-2, pastu movie Hostel. Ni jer la antara movie favourite yang aku ingat tajuk dia, yang lain2 tu setakat tengok jer la. Tapi kan, kalau bagi kat aku horror movie macam Ju-On, Dark Water etc, sorry beb..!!memang aku tak leh tengok dan memang aku tak minat sikit...hehehe..tengok pun dengan takde sound la, aku takut dengar bunyi2 seram tu..hihihi. Benda ni bergantung pada orang jugak la kan...ermmm, ok malas dah nak citer banyak2, kita tunggu jer la movie best ni kuar ye.
Then, kalau korang nak edit2 gambar korang masuk dalam cermin pecah seperti gambar di bawah, korang bukak la diorang punya website ni dan cuba la e---->link website TFD!!

Hehe...sempena musim bertopeng sekarang ni..The Final Solution kot!

Tuesday, August 18, 2009

Cegah H1N1 sekarang!!

3 comments
Memang menakutkan bila setiap hari kes kematian akibat H1N1 makin meningkat, so bila dah tahu wabak ni makin merebak dan merbahaya..kita kena ambik serius la benda ni. Aku ada dapat banyak email dan sms pasal langkah2 pencegahan virus ni, antaranya "doa elak selsema babi"...yang ni mula2 aku ingat betul la sebab ada ayat Al-Quran lagi, tapi baru2 ni aku ada terbaca dalam paper yang artikel ni tak leh percaya sebab ayat tu dikatakan dari kumpulan ajaran sesat. Jadi, lebih baik kita selidik dulu kalau dapat doa2 macam ni, pastikan dari saluran yang betul, jangan main baca jer.
Pastu semalam aku dapat sms dari uki yg tertulis macam ni "Salam, skarang mangsa H1N1dah cecah 51 orang setakat malam ni, so kita kena serius mencegah bukan merawat. Antibodi badan kita mesti kuat! Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan :

BAWANG PUTIH
Memang semua dah tahu yang bwg putih ni mmg byk khasiat, antaranya melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem badan. Lagi elok makan macam tu jer...hahahaha!

EPAL HIJAU
dan KURMA Bagus la ni sebab bulan puasa pun dah nak dekat ni, makan la banyak2 e!

sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini. Tolong sebarkan msg ini kepada yang tersayang (uki sayang aku ke?), kita tak tahu mangsa seterusnya. Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati sebab H1N1 di negara ini..FIKIRKAN"
Macam tu la smsnya, so sama2 la kita jaga kesihatan kita...elakkan berkeliaran di tempat ramai orang. Kalau pi tempat2 sesak tu, pastikan pakai mask seperti gambar di bawah ni..hehehe :

Mask baru beli ni, satu RM1.10...huhuhu (aku kena paksa pakai masa ni)

Selain tu, amalkan minum air putih (atau air suam) banyak2, dan kurangkan bersalaman dengan orang yang tidak kenal atau nampak macam orang tu tak sihat, bukan tak nak bersopan tapi melalui sentuhan pun boleh berjangkit jugak, so amalkan cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.
Akhir kata, tu jer la info yang dapat aku kongsi kat sini, kalau ada kesilapan mana2, please inform aku ASAP yer. Aku cuma amik info yang aku dapat setakat ni jer, yang lain2 tu maybe nanti la aku bagitahu lagi e. Harap wabak ni akan makin berkurang dan terus hilang sebab kalau boleh kita semua nak hidup seribu tahun lagi kan?SAYANGILAH NYAWA ANDA dan SAYANGILAH ORANG2 DI SEKELILING ANDA JUGAK!jangan merokok yerrr!!

Gambar hiasan lagi coz hari ni free sangat, tu yang rajin cari picture2 ni semua..hihi!

Thursday, August 13, 2009

[Forum] Kenapa pompuan skarang suka jelir lidah?

8 comments
Hehehe...sajer je tetiba nak buat forum plak, so kalau sesape rasa nak bagi komen/pandangan dipersilakan la...hohoho..Tajuk yang aku nak discuss kali ni pasal "kenapa kebanyakan perempuan skarang(maybe ada lelaki jugak)yang kalau bergambar, mesti nak jelir2 lidah?" Aku dah lama perasan benda ni, sampai dah rasa meluat jer tengok. Tak tahu apa motif diorang ni semua, sama ada bajet seksi atau nak tayang diorang punya lidah yang panjang tu...hehehe..Tengok jer la gambar2 kat bawah ni, aku ambik dari blogger2 artis lain, so memang dah dipublish terlebih dulu dari aku e.

So, apa pendapat korang dengan gambar2 ni??hehe..bukan aku nak sibuk2 hal diorang ni semua, lantak korang la..aku sajer nak forum2 kat blog aku ni jer, ermmm, aku rasa maybe dah jadi style orang berposing zaman skarang kot..hehehe.

Tengok la ni, sampai poster horror movie pun nak buat style ni..hish2..whatever la!!

Kalau betul2 nak jelir, terus jelir macam ni je, lagi real!!hahaha!!

Note : So, apa korang rasa bila nampak ada gambar2 macam ni?atau apa perasaan korang jika andalah orang yang suka berposing sebegini??bangga atau apa...jangan maree yerr...suka2 jer ni..hehe..
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez