Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, October 18, 2009

Hari raya yang hambarr!

1 comments
Walaupun dapat cuti raya 2 minggu, tapi dah sebab nak balik dengan Nuar...terpaksa la stay kat sini lagi seminggu. Tiket bas confirm dah habis masa tu..memang dah tak boleh buat apa dah. Masa hari raya pulak, memang boring giler... aku dok rumah jer layan Astro. Nak pegi jalan rumah orang tak de kete, nak harap Nuar datang...dia sibuk ngan family. So, memang hambar giler la raya tahun ni pada aku. Memang tak meriah langsung...harap2 tahun depan meriah la sikit... :D

Antara gambar2 yang diambil masa hari raya baru2 ni...amelia muka penat!

Saturday, October 17, 2009

Happy Deepavali!

1 comments
Ucapan di atas khas bagi mereka2 yang menyambut sahaja yer terutama kepada Mala (my adik) yang tengah sibuk menganyam ketupat di kampung beliau..hehe..sori saya silap, mungkin tengah sibuk main mercun ataupun dok tolong mak dia buat muruku. Apa2pun, akak harapkan Mala happy2 je la skarang, lupakan masalah mental kat Asia Media tu. Lepas ni kalau ada masa kita jumpa la e, bawak muruku tu sekali.
Ok2, seperti biasa aku nak letak jugak gambar setiap kali buat entry (walaupun hanyalah gambar hiasan @ curi kat internet jer)..hehe!

Selamat Hari Deepavali

Note : Macam bersawang jer blog aku ni, siap ada labah-labah lagi tu..ish2..fuhhhhh..syohhhh..(cuba nak halau that labah)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya kepada semua!!

3 comments
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini dan kawan2 semua. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dan selama saya menulis blog ini. So, kira settle la e 0-0..hehe..amik la kad raya kat bawah ni e, tak sempat la nak pos2 kad raya dah skarang, ni pun amik kat internet jer...ingat nak design sendiri, tapi takde masa la pulak..dengan hidup kelam-kabut lagi ni...sorry la!

Ok, di musim perayaan ni, saya nasihatkan sentiasa la berhati-hati di jalan raya terutama ketika balik ke kampung nanti yer. Aku akan balik kampung Jumaat malam ni dengan nuar, saper2 nak konvoi sekali boleh la...hehe..nuar balik Parit Buntar, dan aku Kulim. Walaupun aku dah start cuti minggu ni, tapi still tunggu nuar coz nak balik sekali, nak harap tiket bas..aku rasa memang dah takde dah. Takpe la, banyak gak aktiviti aku minggu ni, bershopping sakan!hehe..
Akhir sekali, jemput la datang ke rumah raya ni bagi saper yang tahu rumah aku, Insyaallah ada la duit raya seringgit dua aku bagi selain makan secara percuma...hehe.. :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
..MAAF ZAHIR BATIN..
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez