Monday, May 04, 2009

[Yoyooh]Cabaran Yoyooh bermula!!


Baru2 ni....Yoyooh.com telah menjemput ahli2 Yoyooh yang terdiri dari kalangan blogger Malaysia untuk menyahut cabaran The Blog Squad - blog critics.....Mereka hanya memilih 10 peserta untuk bertanding dan bersedia menerima kritikan....dan aku tak sangka jugak aku sempat register untuk join..hehehe...no. 5 plak tu...

Yang bersedia menyahut cabaran kami ialah :
5- Nama blog : My Blog!!
Email : kiahbitm_84@yahoo.com
Link blog : http://zaakeyah.blogspot.com

Ok, caranya mudah je....tempoh cabaran yang harus aku lalui adalah 8 minggu...di mana setiap minggu akan ada satu cabaran yang harus diselesaikan.....di samping tu ada juga syarat2 lain....
  • Panel pengkritik tetap akan membuat ulasan dan kritikan pada setiap minggu. Kritikan akan disiarkan oleh pengkritik selewatnya-lewatnya pada hari Ahad setiap minggu.
  • Pada masa yang sama, panel akan memberikan tugasan/cabaran mingguan untuk dilaksanakan blogger yang terlibat. Kegagalan berbuat demikian , peserta akan kehilangan mata yang boleh membantu anda menjuarai cabaran ini.
  • Pemenang cabaran ini adalah berdasarkan pilihan pengkritik di pusingan terakhir. Ianya berdasarkan keupayaan blogger yang dikritik melalui proses transformasi blog dari kritikan yang diberikan. Ianya juga berdasarkan cabaran mingguan yang terlaksana dengan sempurna.
  • Pengkritik hanya memberi kritikan berserta cadangan bagaimana untuk memperbaikinya. Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak. Ia adalah pendapat peribadi mereka sahaja. Harus diingat, pengkritik yang dipilih akan menyatakan pendapat masing-masing dan tidak berbincang untuk membuat ulasan dan kritikan.
Cabaran Minggu Pertama [ Deadline/expiry date : 10 May 2009]

Setiap blog ada sejarahnya. Ceritakan di blog masing-masing, sejarah bermulanya anda dalam dunia blogging. Nyatakan kategori blog anda dan mengapa anda memilih kategori tersebut. Gunakan kreativiti anda.

Nota : Ulasan dan kritikan pertama akan disiarkan pada 10 May 2009. The Blog Squad sedang memerhatikan blog anda.

Note to me : Aku mesti cuba buat yang terbaik!!!dan bersedia menerima kritikan pasal blog aku ni...terima kasih Yoyooh!!Cabaran bermula dari sekarang!!!

0 comments on "[Yoyooh]Cabaran Yoyooh bermula!!"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez