Friday, June 26, 2009

[Yoyooh] Cabaran terakhir dah.


Wah, tak sempat betul nak buat entry untuk cabaran terakhir ni, busy jer keje. Hohoho, tak percaya gak dah masuk cabaran terakhir dah pun. Sedih plak rasa...blogger-emoticon.blogspot.comhuhu....so, lepas ni aku nak tulis entry pasai apa pulak?huwaaa!!!..mcm mana ni?ok2, fokus pada 2 soalan terakhir ni ye..tadaaa!!

1) Anda telah diberi tugasan serta kritikan selama 7 minggu kebelakangan ini. Jelaskan apa yang telah anda fahami dari kritikan, cabaran tugasan dan kesannya terhadap anda sebagai bloggers dimasa akan datang. Juga nyatakan transfomasi yang telah anda lakukan semenjak cabaran bermula.

Selama 7 minggu aku sahut cabaran yoyooh dengan tugasan yang diberikan oleh pengkritik2, apa yang aku dapat adalah :

1. Setiap tugasan yang diberikan memang menarik dan aku pun enjoy sgt nak buat tugasan2 tu semua walaupun kadang2 pening gak pikirblogger-emoticon.blogspot.com ..
2. Dari semua kritikan tu, aku dapat tahu la kelemahan blog aku ni, terutama dari segi penulisan aku yang biasa2 je ni. Tapi susah jugak nak ubah sebab memang tu la style aku.
3. Aku pun sedar aku bukan jenis kreatif sampai boleh bagi orang seronok baca blog aku ni, tengok jer la blog aku ni memang tak ramai yang suka bagi komen pun..huhu..blogger-emoticon.blogspot.com

2) Dari calon-calon yang sedia ada... [ tidak termasuk blog sendiri ] blog manakah yang anda rasakan layak untuk dilabelkan seperti dibawah. [ setiap satu ]

Untuk soalan kedua ni, memang susah sikit la aku nak jawab, sebab aku tak follow sgt blog2 diorang ni. Tapi, bagi memenuhi kehendak juri, aku akan pilih la jugak blog2 yang layak bagi mengisi kategori di bawah :

a)Transformasi paling ketara
Kalau tengok pada perubahan header, blog jejaka anggun dengan kamar penuh cerita la yang telah melakukan transformasi ni (dua2 lelaki yang aku pilih ni..ish2 blogger-emoticon.blogspot.com), mungkin ada juga blog lain yang buat transformasi pada blog diorang, tapi tak ketara sangat kot.

b) Layout paling kemas & menarik
Mesti la blog aku!!!wakakaka...tak de la, pada aku untuk kategori ni memang layak ditujukan pada semua blog la, bab2 pemilihan layout ni tak yah citer la, semua blogger ada kehendak dan cara tersendiri yang diorang pilih untuk blog masing2, yer la blog tu kita yang punya..."aku punya suka la!!" ..blogger-emoticon.blogspot.com..hahaha..tak de la, semua blog menarik!!hoyeee...tepok tangan!!

c- Penulisan paling kreatif
Bab kreatif2 ni memang serah pada blogger dari kaum adam la sebab akal diorang banyak..so, akal yang ada tu memang kalau digunakan dengan betul...memang dapat menghasilkan satu penulisan terkreatif abad ini la, so, aku pilih semua blogger lelaki yang join cabaran ni la, aci tak?

Last sekali, terima kasih kepada semua pengkritik iaitu Kak El, Megat dan Adi Hemu yang banyak bagi tunjuk ajar dan kritikan membina kepada semua blogger yang join cabaran ni. Minta maaf juga kalau ada apa2 yang tak puas hati ke, terasa ke atau dot dot dot ke..dan akhir sekali THANK YOU YOYOOH!!!!
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

2 comments on "[Yoyooh] Cabaran terakhir dah."

LanaBusyBee on Wednesday, July 01, 2009 1:36:00 AM said...

eceh...ada emoticon dah hehehe

Unknown on Wednesday, July 01, 2009 2:16:00 PM said...

ye ye...aku tiru hang ler tu.. :p

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez