Friday, June 12, 2009

[Yoyooh] Sepi seorang pencinta..


Kisah bermula bila terjadinya perlanggaran tidak sengaja di antara si lelaki dan si perempuan. Perlanggaran yang telah membuatkan si lelaki berasa sangat berdebar-debar. Arghhh...cantik betul si perempuan ini, sungguh indah ciptaanMu ini Tuhan. Tanpa diduga, cinta telah mula berputik dan rindu pun datang menjelma untuk si lelaki tersebut. Senyum sentiasa terukir di wajah si lelaki itu dan setiap malam, tidurnya hanya didatangi mimpi-mimpi indah..ohhhh.."i'm in love...!!!" jerit si lelaki itu.
Memang indah bila seseorang itu telah dilamun cinta, semuanya nampak manis dan indah2 belaka. Si lelaki bertekad untuk menjadikan si perempuan ini sebagai teman hidup. Keesokan hari si lelaki menunggu si perempuan di tempat pertama kali mereka bertemu. Dengan harapan yang tinggi menggunung supaya si perempuan itu akan melalui jalan yang sama dan si lelaki dapat bertentang mata dengan si perempuan itu lagi. Si lelaki menunggu dengan perasaan yang cukup teruja dan penuh harapan..dan si lelaki berasa ingin terus memeluk si perempuan apabila mereka dapat berjumpa sekejap nanti. Begitulah bayangan2 yang bermain2 di minda si lelaki.

5 minit pertama menunggu...

30 minit seterusnya...

1 jam berikutnya...

4 jam yang...

"Kenapa dia tak muncul-muncul??"...sedihnya hati si lelaki, lalu pulang membawa hati yang terluka. "Esok masih ada..." fikir si lelaki menyedapkan hati. Dengan harapan yang masih tinggal, si lelaki terus menunggu si perempuan di tempat yang sama pada keesokannya. Esok pun si lelaki gagal menemui si perempuan, lusa pun gagal jugak. Hari-hari yang seterusnya pun si perempuan tetap juga tak muncul-muncul, kelibatnya langsung tak kelihatan.

Sampai la hari yang ke-30 ataupun sebulan si lelaki menjadi penunggu ibarat pepatah "bagai pungguk rindukan bulan", merindu pada sesuatu yang tak pasti. Si lelaki benar-benar kecewa dengan si perempuan yang telah menghukum dirinya. Tidak tahukah si perempuan yang si lelaki betul2 mencintainya?..arghhhh.."aku mahu mati!!!" jerit si lelaki dengan perasaan yang sangat kecewa dan terluka. Lalu si lelaki mengambil pistol di dalam simpanannya dan cuba diacukan di kepala dengan niat untuk membunuh diri.

Inilah akibat cinta yang tidak kesampaian dan berasa begitu terhina diperlakukan sebegini oleh si perempuan. Hampir susut berat badan si lelaki kerana tidak lalu makan dan setiap hari berdiri di tempat yang sama dengan bunga di tangan demi si perempuan, inikah balasannya????.....argggggghhhhh...---the end

Maka, berakhirlah kisah "Sepi Seorang Pencinta"ini....kesudahannya sama2lah kita pikirkan.

Idea asal : aku sendiri
Jalan cerita : aku sendiri
Penulis/penaip : aku sendiri
Grafik/gambar : internet

p/s : memang tidak diciplak langsung dari mana2 sumber, imaginasi si penulis semata-mata, hanyalah khayalan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun bakal mati.

Moral of the story :
1. Dah tau berkenan dengan anak dara orang tu, masa berlanggar tu cepat-cepat la ambik nombor telefon dia, tanya alamat ke....senang la nak contact nanti.
2. Dalam seminggu tunggu, tak mai2 jugak, tak payah la buang masa, banyak lagi perempuan lain.. (kecuali la nak kat perempuan tu jugak2...ketegaq)
3. Ingat, kita ni orang Islam, frust macam mana pun jangan sampai bunuh diri, tak bau syurga nanti..tapi, si lelaki ni seekor kucing..kalau bunuh diri pakai pistol, tak ke pelik dah tu?hahahaha......

0 comments on "[Yoyooh] Sepi seorang pencinta.."

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez