Thursday, September 03, 2009

Teh Tarik Place!


Ingat tak aku cakap nak kongsi destinasi menarik sepanjang Ramadhan ni?so, nak kata menarik sangat tempat yang aku pegi, tak de la menarik sangat pun. Aku pegi bazar biasa2 jer, sebab aku rasa semua bazar kat Malaysia ni lebih kurang sama jer. Tapi aku nak share jugak la bazar yang selalu aku pegi ni, setakat ni dua tempat jer aku selalu beli juadah berbuka, satu dekat sebelah Tesco Puchong dan satu lagi dekat Bandar Kinrara.

Untuk pengetahuan kawan2 seuniversiti dengan aku, Cookie a.k.a Haryati bukak gerai dekat bazar bersebelahan Tesco Puchong tu. So, kepada sape2 yang nak rasa air tangan Cookie, boleh la pegi jenguk gerai dia yer....(dah jadi businesswoman dah kawan aku sorang ni). Seronok jer tengok Cookie berniaga, sebenarnya dia dah ada restoren sendiri dekat Puchong ni. Aku tak sure sangat kat mana, yang aku ingat dia cakap dekat2 area DHL. Insyaallah, lepas raya ni boleh la kita pegi makan2 kat sana yer. Jom kawan2, kita serbu restoren Cookie!!hehehehehe...!!(lupa plak nak snap gambar gerai Cookie tu)

Ok2, selain beli makanan kat Bazar jer, sekali-sekala aku berbuka kat restoren jugak. So, restoren yang latest sekali kitorang pegi untuk berbuka adalah Teh Tarik Place!yang terletak dekat aras 4, IOI Mall (new wing). Aku dah berbuka kat situ 2 kali, first masa farewell abang Faiz dan yang kedua mesti la dengan my darling..hehe. Menu kat situ boleh tahan murah dan berpatutan la (lihat gambar di bawah) dan yang best sekali pemandangan kat situ sebenarnya.

Murah tak?....murah la tu!

Ni masa farewell abg Faiz, aku dengan azie!tengok belakang tu... :D

Yang ni memang giler cantik...matahari terbenam..bayangkan berbuka sambil tengok keindahan Tuhan ni..nikmat kan?

Langit color oren beb....fuhhh..rugi kalau korang tak datang makan kat sini..hehe.

Tengah sabar menunggu waktu berbuka.. :p

Tag by Heary

Ok, dah alang2 aku buat entry ni, aku terus buat tag dari heary la pasal juadah apa yang aku makan untuk berbuka..boleh tak heary?hehehe...kira ok la ni, ada jugak gambar yang aku simpan lagi ni...tadaaaa.....Nasi Kerabu!nampak sedap kan?

Nasi kerabu bersama ayam percik tu...boleh tahan sedap la, rasa macam tak cukup!

Note : Nantikan entry pasal my Farewell!!akhirnya...sampai jugak turn aku!hehe.. :D ..selamat tinggal Puchong and Asia Media...huwaaaa...esok nak berpindah-randah, ada sape2 nak tolong ke? o.O

4 comments on "Teh Tarik Place!"

Adek Abigail on Saturday, September 05, 2009 9:57:00 PM said...

so skang keje kt vads la ea.. kat building ibm lama tmn tun? lyn vendors je la pas ni...

dpt umah sewa dah?

Unknown on Wednesday, September 09, 2009 9:19:00 PM said...

a'a, baru start isnin ni, dalam training lagi, pastu terus cuti raya 2 minggu..
dapat dah umah, pi keje jalan kaki jer la..hehe..

yesterdayrising on Saturday, September 12, 2009 12:59:00 AM said...

sedap tu nasik hg..aku dah la minat nasik kerabu..raya balik dak?klau blk ajak nuar mai umah aku..

Unknown on Saturday, September 12, 2009 10:44:00 PM said...

hehe...mesti la balik, insyaallah nanti aku cakap kat dia..aku susah nak online dah la ni...huhu!

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez