Malam sabtu lepas, aku berpeluang join event dari Yoyooh.com sempena setahun penubuhan portal ni. So, disebabkan aku dah jadi peserta untuk The Blog Squad secara tak langsung dijemput hadir memeriahkan majis malam tu. Pada malam ni jugak la pemenang bagi Anugerah Blogger akan diumumkan. Majlis start lebih kurang pukul 9 malam, lepas kitorang makan2.
Ops, nak citer pasal lokasi Blogger Awards ni berlangsung dulu ye, mula2 memang pening gak nak cari Restoran Nelayan ni sebab jarang sampai sini, hehehe. Aku dengan nuar sampai gaduh2

masa dok tengok GPS dengan map yang yoyooh bagi tu. Last2 sampai jugak la, sebab bukan susah pun....tapi kan masa nak masuk restoran tu aku rasa nervous gak, betul ke dijemput ni?yer la..dengan tak de kad jemputan apa kan, jemput pakai email je pun. Bila masuk2 je ada meja pendaftaran, ada yang kat situ tegur aku, diorang cakap macam kenal je?...hehehe (famous jugak aku ni)..hahaha, ala dah diorang dok kritik blog aku mesti la kenal..yang tegur masa tu Megat dengan Ray. Ok la, rasa dah selesa sikit nak masuk dalam. Boleh tahan la tengok majlis ni, ramai yang datang..dengan ada meja untuk media lagi. Aku dengan nuar dapat duduk semeja dengan calon2 dari The Blog Squad jugak. Yang lawaknya, diorang kenal nuar...hahaha, siap cakap zakiah le selalu tulis pasal nuar, sebab tu tahu...masa tu nuar dah tersipu-sipu malu dah

...hahahaha..ok la, kalau bukan awek promote sape lagi nak promote kan??then, ok la diorang dah boleh sembang2 dah masa makan tu..lagipun, aku sorang jer perempuan kat meja tu, nak sembang apa la sangat.
Ok2, bab makanan pulak..memang sedap la..lain kali boleh la datang lagi kat Restoran Nelayan ni...sotong dia memang perghhh...besar dan sedap!!nyum...nyum..
Peace...masa beratur nak amik makanan.
Persembahan dari Reez (tak kenal la)..tapi ok la lagu Poker Face tu!
Semua bersemangat masa tengok persembahan, yer la nak masuk astro Awani la katakan..hehehe.
Time melantak...gambar dicuri dari web sawanila coz aku takde gambar dari belakang mcm ni....hahaha!!

Persembahan dari Diddy AF, not bad la...yang meriahnya time dia nyanyi lagu "Hilang" tu, akak2 kat blakang semua semangat nyanyi masa part "hilangggg......"...."hilanggg....."..
Pose aku kat sana...walaupun tak menang apa2...tapi still enjoy dengan event ni...(yang best masa sajak seluar dalam tu...unik dan ada maksud tersirat)!!
Nampak ni..ceria lagi bercahaya masa malam tu...Yoyooh memang best!!tahun depan jangan lupa jemput kami lagi e!!
Ni la blogger-blogger yang menang!!Tahniah semua....anda memang berbakat!!teruskan usaha!!!
Lastly, baru ada gambar nuar...hehehe...tak leh dah letak banyak2, nanti terlebih famous pulak..hahaha!!ni time dah nak balik...Thanks Yoyooh!!
9 comments on "Yoyooh.com Blogger Awards 2009!!"
nuar famous x pe.. jgn lupa daratan je la.. lupa sapa yg memfamouskannya... hahahaha...
nuar takkan lupa punya...saya selalu pow dia..kira upah memfamouskan dia ler tu...kuikuikui...
jgn jadi mcm ina naim dgn mawi dh la yer agaga...dulu ms utem nuar = mawi, kiah = ina naim...tapi sekarang, style tudung pun dah lain kiah = ekin...orait x? ahaha
hish..malu aih!!no komen la pasai ni..sama kot celah mana tak tau...hehehehe..
Alalala...malu konon kui..kui..kui..kim salam kat nuar.
hahahahha.. ha ah. kim salam kat nuar yer.
wah..wah...betul2 famous dari saya dah ni...encik nuar..sila la jawab salam2 kat atas tu...diam jeerrr ni..
saya wakil dari anwar "waalaikumssam"
memang betul2 famous ni..macam artis dah..siap berwakil2 pulak...gilerrr ah..
Post a Comment