Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad pergi jua


Takziah buat keluarga Yasmin Ahmad, diharap mereka dapat menerima pemergian arwah dengan redha kerana ajal maut memang dah ditentukan oleh-Nya. Kita yang masih hidup di dunia ni perlu teruskan kehidupan walaupun orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
Ermmm...walaupun Yasmin Ahmad tak de kaitan pun dengan aku, tapi aku turut rasa terkejut dengan berita kematian beliau, sebab aku adalah antara peminat2 yang mengagumi karya Yasmin Ahmad ni. Memang beliau sangat berbakat dan jenis yang mementingkan perkauman dalam karya beliau. Aku pun tak lepas dari tengok semua filem arahan Yasmin Ahmad, bukan sekadar filem dia yang aku suka, iklan yang dihasilkan beliau juga amat bermutu dan menyentuh hati.
Diharap arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman... Al-Fatihah....amin.

1 comments on "Yasmin Ahmad pergi jua"

Anonymous said...

hidup dan mati semua di tangan tuhan, kita yang masih hidup haruslah bersedia dengan memperbanyakkan amal ibadat.sesungguhnya kematian tidak mengenal usia mahupun pangkat.insaflah wahai insan.

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez