Friday, August 21, 2009

Welcome Ramadhan Al-Mubarak!


Bermula esok semua umat Islam akan mula mengerjakan Rukun Islam ke-3, iaitu berpuasa. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini tak kira la yang saya kenal ataupun tak kenal. Terima kasih kerana terus mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Disini juga saya dan nuar ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 semua dan pembaca blog ini sekiranya ada terkasar bahasa atau mengguris hati anda semua (ada ke?tapi rasa takde kot..gurau2 manja jer kan?)
Ok kanak-kanak sekalian!...hehe...malam ni jangan lupa untuk berniat puasa ye, sila tengok balik macam mana niatnya walaupun saya tahu ramai yang dah tahu..ok?

Lafaz niat puasa harian Ramadhan :

"Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala."
Maksudnya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):Maksudnya : "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."

Then, bila dah berpuasa seharian tu...dah beli makanan yang disukai kat Bazar Ramadhan tu...dan lepas dah menunggu dengan sabar bila azan Maghrib nak berkumandang tu...sampai la masa untuk kita berbuka puasa...hehehe. Setelah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga serta melindungi diri dari melihat benda2 seksa kat sekeliling kita tu, JANGAN la lupa baca doa berbuka puasa yer!!jangan terus teguk jer air tebu tu...hehehe.. :D

Doa berbuka puasa : Maksudnya : "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Note : Insyaallah sempena bulan Ramadhan ni saya akan update tempat2 menarik untuk dikunjungi macam Bazar Ramadhan, Restaurant2 best atau tempat2 nak shopping baju raya dekat area2 yang berdekatan saya ni (macam Damansara, Bangi or Puchong). Tu pun kalau nuar sudi bekerjasama la..boleh tak awak? : )

0 comments on "Welcome Ramadhan Al-Mubarak!"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez