Thursday, December 17, 2009
Jom tengok Avatar!
Tuesday, November 17, 2009
Gomo Kelate Gomo!!
Pasal penyokong Kelantan yang over dan pelik tu, memang aku dah tengok dengan mata aku sendiri dan akui la memang diorang sangat2 la fanatik. Bukan apa, diorang datang dari jauh dengan sewa bas lagi...pastu dengan harapan pasukan negeri diorang menang, last2 main macam tu...saper la tak bengang!tapi aku ada terbaca dekat paper yang akibat dari perbuatan penyokong2 ni, kelab pasukan Kelantan ni kena bayar denda...tak tahu la nak salahkan sape kan.
Ok, layan gambar2 aku dekat sana ye! (tak nak layan sudah!)



Note : Nasib baik ada jual penutup mulut Kelantan tu, boleh gak cover dari asap yang berkepul2 tu...ish2..tak sayang nyawa langsung!
Monday, November 09, 2009
Pink....pong!
Last week aku buat apa e?ok2 baru teringat...masa training hari jumaat lepas, kitorang semua kena pakai baju color PINK!hehehe..sebab nak bagi sokongan sempena dengan Hari Kanser Sedunia. Warna pink ni dah jadi lambang untuk Breast Cancer yang sememangnya penyakit yang digeruni semua orang tak kira perempuan ataupun lelaki. So, peliharalah aset anda itu dengan sebaik yang mungkin yer...hehehe.
Friday, November 06, 2009
Lagu favourite lagi!
Note : Geng2 kelate semua!...esok jom ramai2 serbu Stadium Bukit Jalil!!hehehe.. :D Kita sokong depa, bagi depa menang! [konfius dak?]
Sunday, October 18, 2009
Hari raya yang hambarr!
.jpg)



Antara gambar2 yang diambil masa hari raya baru2 ni...amelia muka penat!
Sesi training bermula!



Best kan keje macam ni, hujung bulan dapat gaji...sorry la din, gambar ko terlepas...hehe..tido lagi.
My Farewell at Breek Cafe!
Labels: aktiviti, asiamedia, berbuka, event, farewell, friends

Ermmm...masih dalam mood raya lagi kot, nak buat entry pasal apa dulu e?banyak nak story ni..Ok2, aku start dengan hari terakhir aku kat Asia Media hari tu la (gambar dah basi ni)..Sempena hari perpisahan aku yang bertarikh 4 Sept 2009 lepas, aku pun plan la farewell dengan budak2 ofis aku. Siap bertema2 lagi...kena pakai baju same color dengan couple masing2, maksudnya boleh datang bawak pasangan masing2 la kan (taktik nak bawak nuar) : )

Saat memunch card untuk kali yang terakhir, gambar wajib ambik ni bagi sapa2 yang nak resign macam aku ni...hehehe.
Dah ada kamera mahal2 macam ni..terpaksa la digunakan jugak kan? : )
Geng wanita! dengan gaya 1, 2, 3, 4, 5
Geng maskulin! (dengan produk masing2)
Ni la menu berbuka aku masa tu..nyummi!!
Air pisang yang pekat..azab giler nak habiskan.. : D
Hehe..Mala buat kejutan suruh Nuar pakaikan gelang India color pink ni kat aku..mmg saat tak leh lupa ni....Thanks Mala!!
Macam takleh masuk jer sebenarnya ni..Nuar nervous kot...last2 Mala gak pakaikan.. : )
Tadaaaa...inilah hasilnya, henna tu Mala yang lukis masa kat ofis, dok lembab lagi tu.
Posing lagi dengan gaya ala-ala seksi dan manja gitu.. :D
Mula2 semua malu-malu...dah nak balik bising giler tempat ni..hihi.
Ni gambar wajib ambil bagi staff Asia Media, bergambar depan restoran...hehehe.
Saturday, October 17, 2009
Happy Deepavali!
Labels: deepavali, friends, perayaan, raya


Wednesday, September 16, 2009
Selamat Hari Raya kepada semua!!
Akhir sekali, jemput la datang ke rumah raya ni bagi saper yang tahu rumah aku, Insyaallah ada la duit raya seringgit dua aku bagi selain makan secara percuma...hehe.. :D
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
..MAAF ZAHIR BATIN..
Saturday, September 12, 2009
Huwarghhh....sedih woo..!
Akibat penulis blog ini baru berpindah dari Puchong ke TTDI, dan mengalami proses transformasi dalam hidup beliau...maka, blog ini tidak dapat diupdate seperti dulu2. Mungkin selepas penulis mendapat kebebasan beronline atau yang sewaktu dengannya, blog ini dapat diteruskan seperti biasa...Harap maaf yer..
Sekian, terima kasih!huhu...
Thursday, September 03, 2009
Teh Tarik Place!
Labels: aktiviti, berbuka, info, puasa, tag

Untuk pengetahuan kawan2 seuniversiti dengan aku, Cookie a.k.a Haryati bukak gerai dekat bazar bersebelahan Tesco Puchong tu. So, kepada sape2 yang nak rasa air tangan Cookie, boleh la pegi jenguk gerai dia yer....(dah jadi businesswoman dah kawan aku sorang ni). Seronok jer tengok Cookie berniaga, sebenarnya dia dah ada restoren sendiri dekat Puchong ni. Aku tak sure sangat kat mana, yang aku ingat dia cakap dekat2 area DHL. Insyaallah, lepas raya ni boleh la kita pegi makan2 kat sana yer. Jom kawan2, kita serbu restoren Cookie!!hehehehehe...!!(lupa plak nak snap gambar gerai Cookie tu)
Ok2, selain beli makanan kat Bazar jer, sekali-sekala aku berbuka kat restoren jugak. So, restoren yang latest sekali kitorang pegi untuk berbuka adalah Teh Tarik Place!yang terletak dekat aras 4, IOI Mall (new wing). Aku dah berbuka kat situ 2 kali, first masa farewell abang Faiz dan yang kedua mesti la dengan my darling..hehe. Menu kat situ boleh tahan murah dan berpatutan la (lihat gambar di bawah) dan yang best sekali pemandangan kat situ sebenarnya.

Murah tak?....murah la tu!

Ni masa farewell abg Faiz, aku dengan azie!tengok belakang tu... :D
Yang ni memang giler cantik...matahari terbenam..bayangkan berbuka sambil tengok keindahan Tuhan ni..nikmat kan?
Langit color oren beb....fuhhh..rugi kalau korang tak datang makan kat sini..hehe.
Tag by Heary
Ok, dah alang2 aku buat entry ni, aku terus buat tag dari heary la pasal juadah apa yang aku makan untuk berbuka..boleh tak heary?hehehe...kira ok la ni, ada jugak gambar yang aku simpan lagi ni...tadaaaa.....Nasi Kerabu!nampak sedap kan?
Nasi kerabu bersama ayam percik tu...boleh tahan sedap la, rasa macam tak cukup!
Note : Nantikan entry pasal my Farewell!!akhirnya...sampai jugak turn aku!hehe.. :D ..selamat tinggal Puchong and Asia Media...huwaaaa...esok nak berpindah-randah, ada sape2 nak tolong ke? o.O
Wednesday, September 02, 2009
Berterawih di Masjid Besi Putrajaya!
Labels: aktiviti, iklan, info, komen, nama, puasa, putrajaya

Ahad lepas kitorang pergi berbuka puasa dekat Putrajaya, kebetulan nuar ajak dua orang student Oman dia round2 kat sana, Naseer dengan Saif (dah kawin dah pun). Mula2 ingat nak makan dekat Alamanda je lepas tu baru pegi smayang dekat masjid Putrajaya yang baru tu. Tapi, akibat silap masuk jalan, terus je pegi tengok masjid tu dulu...hehehe..Ok2, kat bawah ni ada snapshot lecturer bersama studentnya :



Tak tahu la apa yang diorang sembang, macam masalah negara yang kritikal jer.. :D


Ni la masjid yang baru giler dekat Putrajaya, masih lagi dalam proses pembinaan tapi dah boleh digunakan untuk bersembahyang..cantik kan?
Akibat dah lewat sikit masa tu, kitorang beli makanan untuk berbuka dekat Bazar situ jer, dekat jer dari masjid ni, so kitorang exercise ler pegi sana. Hadoiiii...semput jugak aku dengan puasa2 ni...al-maklum la lama giler tak exercise. Ok, kat bawah ni aku bagi info pasal masjid besi ni e, sila la baca yer :
FAKTA nombor Masjid Besi, Putrajaya :
- RM180 juta – Kos pembinaan (bermula April 2004)
- 60,156 – Meter perseti, luas masjid
- 20,000 – Kapasiti jemaah
FAKTA kemudahan disini :
- Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
- Tiga unit kuarters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
- Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
- Dapur
- Bilik VIP
- Bilik penyelenggaraan
- Bilik jenazah
- Pejabat
- Bilik kawalan audio visual
- Ruang letak kereta (bawah tanah)
- Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
- Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
- Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
- Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim serta kelihatan seolah terapung di udara
Antara FAKTA lain adalah :
- berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
- dinding menggunakan Crystalized glass.
- sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
- Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
- Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
- Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
- Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi.
Pandangan bahagian dalam masjid, memang open air coz takde dinding, boleh tengok ke luar.
Tulisan khalimah Allah ditengah2 kubah ni...Subhanallah...
Ni kawasan tengah2, ada air pancut..memang ramai la orang dok amik gambar masa ni.
Gaya macam kat oversea dah nuar ni....tinggi awak rupanya..memang aura arab betul, tiap2 kali bulan puasa ada jer kaitan dengan arab2 ni...hehehe!
Aku pun nak posing gak, ni dah habis smayang dah...kitorang dah nak balik..Insyaallah nanti datang lagi sini.. : )