Sunday, October 18, 2009

My Farewell at Breek Cafe!


Fuhhhhh...banyaknya sawang..ish2..blog sapa la ni??jawab..jawab...hehehe...lama betul tak berbloging2 ni, baru jer dapat peluang hari ni, tapi aku ada bukak jugak blog ni kalau datang cc, pastu baca entry2 blogger lain especially dalam blog list aku ni.
Ermmm...masih dalam mood raya lagi kot, nak buat entry pasal apa dulu e?banyak nak story ni..Ok2, aku start dengan hari terakhir aku kat Asia Media hari tu la (gambar dah basi ni)..Sempena hari perpisahan aku yang bertarikh 4 Sept 2009 lepas, aku pun plan la farewell dengan budak2 ofis aku. Siap bertema2 lagi...kena pakai baju same color dengan couple masing2, maksudnya boleh datang bawak pasangan masing2 la kan (taktik nak bawak nuar) : )

Saat memunch card untuk kali yang terakhir, gambar wajib ambik ni bagi sapa2 yang nak resign macam aku ni...hehehe.

Memandangkan aku resign time bulan puasa, so majlis pun kena la bermula sama ngan time berbuka. Lokasi majlis farewell aku ni dekat Breek Cafe, IOI Mall..dekat jer la. Jumlah yang hadir masa ni 10 orang, so memang cukup la 5 couple kat situ...hehehe..yang tak sangkanya, Rames pun datang tau..teruk gak Mala pikir nak jemput. Ingatkan dia tak sudi la, sebab dia jenis sibuk jer..maklum la orang Astro la kan. Antara yang lain Kelvin dengan awek dia yang hot (hihihi) dengan tema baju pink, Mala dengan Rames pulak tema purple, aku dengan Nuar tema biru, pastu yang lain2 tak bawak couple sendiri tapi still tema color. Macam Azie tema orange, Tony tema kuning..(matching dah tu)...hahaha, Sheu Wen tema hijau dan Abg Faiz tema kelabu (agak match ler tu)...so, memag colourful la majlis aku petang tu. Memang terharu giler!!Ok kat bawah ni gambar masa majlis Farewell aku tu!

Dah ada kamera mahal2 macam ni..terpaksa la digunakan jugak kan? : )

Geng wanita! dengan gaya 1, 2, 3, 4, 5

Geng maskulin! (dengan produk masing2)

Ni la menu berbuka aku masa tu..nyummi!!

Air pisang yang pekat..azab giler nak habiskan.. : D

Hehe..Mala buat kejutan suruh Nuar pakaikan gelang India color pink ni kat aku..mmg saat tak leh lupa ni....Thanks Mala!!

Macam takleh masuk jer sebenarnya ni..Nuar nervous kot...last2 Mala gak pakaikan.. : )

Tadaaaa...inilah hasilnya, henna tu Mala yang lukis masa kat ofis, dok lembab lagi tu.

Posing lagi dengan gaya ala-ala seksi dan manja gitu.. :D

Mula2 semua malu-malu...dah nak balik bising giler tempat ni..hihi.

Ni gambar wajib ambil bagi staff Asia Media, bergambar depan restoran...hehehe.

Lepas semua dah bersurai, sampai jer rumah aku terus pening nak kemas barang2 yang berlambak tu, nampak bilik kecik jer, tapi nak pindah macam ni rasa banyak la pulak, jenuh nak mengangkut esok ni. Yang penatnya Nuar la nak angkat nanti, dah la puasa. Huhuhu...bermula la kehidupan baru aku kat TTDI Damansara mulai esok!

0 comments on "My Farewell at Breek Cafe!"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez