Monday, November 08, 2010

3 hari di Felda Sebertak


Boring kan entry pasal wedding ni jer tak habis2?hehehe...walaupun ada jer lagi gambar2 kawen kat Kelantan yang aku tak upload, aku stop jap la. Skarang ni nak story pasal aktiviti jalan2 aku plak!aku ni kan memang suka berjalan2 sejak dulu lagi sampai kadang2 tu sampai tak tercerita. Satu lagi, sejak aktif upload gambar kat facebook jer sampai rasa malas dah nak upload gambar kat blog. Yer la, blog aku ni kan jenis cerita bergambar..so, kena la setiap entry tu ada gambor.

Dalam bulan lepas, aku ikut my hubby pegi roadshow under Kolej Lincoln kat Pahang. Sajer rasa nak ikut sebab cam lama jer tak cuti. Siap apply AL lagi tu, padahal bukan dia bawak aku untuk nak pergi bersiar-siar pun, tapi kena keje. Memang skarang ni my hubby terlibat dengan Karnival Iktiraf seluruh felda di Malaysia, dia kena bukak booth untuk promosi kolej dia, destinasi terakhir nanti dekat Putrajaya. So, kesimpulannya di sini adalah aku akan selalu ditinggalkan laaaaa....huhuhuhu.

Berbalik pada hari kitorang sampai kat Pahang iaitu tempat yang bernama Felda Sebertak, memang masa sampai fokus buat keje jer. Petang sikit kena la cari tempat nak tido kan...yang teruk sekali kat situ adalah hotel, punya la jauh dari tempat karnival tu....jenuh sungguh kalau nak ulang-alik...haiisshhh...punya la hulu..ish2.

Dekat2 sini ada Tasik Bera ngan bandar Temerloh yang special ngan ikan patin. So, apa lagi kena la rasa makanan special kat sini kan. Kebanyakan kedai makan mesti ada gulai tempoyak ikan patin. Dua hari aku makan nasi berlaukkan ikan patin ni..hahahaha...pulun sungguh. Tapi lupa lak nak amik gambar masa makan ari tu, nampak sangat fokus makan jer..hehehe...rasa dia camne?boleh la kalau saper nak try, tapi pada aku biasa jer.

Ni gambar masa hari sabtu, kitorang singgah kat Tasik Bera jap...pakai baju pun ala2 formal jer.

Ni plak masa hari ahad, gambar kat booth kami...so far, ok la karnival ni...ramai gak la orang.

Posing2 kat sungai Pahang, main2 ngan perkataan "Temerloh" tu...hehehe!

Aik, nak jugak tu...hehehe...ada orang tengok ke? :p

0 comments on "3 hari di Felda Sebertak"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez