Sunday, December 05, 2010

Excited nak balik RUMAH??


Hai geng!long time no see ya?
Apa cer skarang?mesti ramai yang dah berubah kan?yang single dah berdouble...yang kurus dah berisi...yang kempis dah kembung...ish2..sebab nak dapat baby nanti laa...bukan kembung sebab boroi yer...ops!!

Ok, berbalik pada tajuk entry saya kali ni...apa yang excited sangat nak balik rumah e?haaaa....sejak kawen ni memang rumah la tempat paling best sekali bagi saya dan suami. Yer la, selama ni dah 7 tahun dok berdating jer kat luar sampai dah cemuih dah bak kata orang utara. Sampai dah tak tau nak pi mana dah, so bila skarang ni dah halal tinggal sekali baru la rasa nak menikmati saat2 berehat kat rumah puas2. Yer la, dulu sewa bilik jer..nak beli barang2 hiasan pun cam malas jer, tapi skarang ni bila dah ada rumah sendiri nak beli apa2 pun seronok, yer la nak hias rumah bagi comeii.

Boleh dikatakan keperluan dalam rumah kami dah complete buat masa ni, sesuai dengan keluasan rumah. Dan yang paling latest sekali kitorang buat semalam adalah menampal sticker pada dinding dan gantung lukisan London bridge yang dibeli kat Jalan TAR semalam. Konon2 nya bila nampak lukisan tu bersemangat la nak jejak kaki kat sana suatu hari nanti. Tak mustahil pun kan sayang? Memang lukisan tu sangat superb!we like it!

Sebenarnya yang best sekali skarang, kami punya minat yang sama dan idea yang sama, jadi senang nak hias rumah dan sebagainya. Konsep rumah kami memang simple moden dan faberet kaler pulak adalah hitam dan putih. So, antara gambaran2 interior design yang disukai kami adalah seperti di bawah...check it out!

wah...so white!tapi mustahil sikit nak jaga keputihan tu tambah2 lagi kalau dah ada baby nanti kan?tapi saya still suka la!

yang ni mmg sgt2 nice...very creative and simple..

bilik tidur yang simple tapi saya prefer yang ceria sebenarnya...tapi yang ni pun ok jugak..

ruang istirehat yang superb dan luas..besh gak.

yang ni pun saya suka jugak..walaupun dah takde theme black and white tapi masih simple dan menarik la!
(all pictures credit to Pak Google Bin Yahoo)

Nice kan?hope one day i can design my own house like this..wah cakap omputih lak dia..so, mana gambar rumah saya???jeng..je..jeng..kalau nak tengok jemput la datang ke rumah yer!jangan malu jangan segan...hahahaha..leh pulak promote camtu e..ntah apa2 la aku ni..anyway, setakat ni tetamu yang bertandang ke rumah kami memberi respon positif dan tak segan silu memuji terus..yang tanya ada upah designer pun ada..ermmm..sendiri design la beb!sebab2 ni jugak la my hubby sangat semangat untuk turut serta membantu isterinya menghias rumah. Thank u Nana...! love u!

1 comments on "Excited nak balik RUMAH??"

Adek Abigail on Monday, December 13, 2010 12:02:00 PM said...

besh ooo lepak umah..

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez