Ahad lepas kitorang pergi berbuka puasa dekat Putrajaya, kebetulan nuar ajak dua orang student Oman dia round2 kat sana, Naseer dengan Saif (dah kawin dah pun). Mula2 ingat nak makan dekat Alamanda je lepas tu baru pegi smayang dekat masjid Putrajaya yang baru tu. Tapi, akibat silap masuk jalan, terus je pegi tengok masjid tu dulu...hehehe..Ok2, kat bawah ni ada snapshot lecturer bersama studentnya :
Tak tahu la apa yang diorang sembang, macam masalah negara yang kritikal jer.. :D
Ni la masjid yang baru giler dekat Putrajaya, masih lagi dalam proses pembinaan tapi dah boleh digunakan untuk bersembahyang..cantik kan?
Akibat dah lewat sikit masa tu, kitorang beli makanan untuk berbuka dekat Bazar situ jer, dekat jer dari masjid ni, so kitorang exercise ler pegi sana. Hadoiiii...semput jugak aku dengan puasa2 ni...al-maklum la lama giler tak exercise. Ok, kat bawah ni aku bagi info pasal masjid besi ni e, sila la baca yer :
FAKTA nombor Masjid Besi, Putrajaya :
- RM180 juta – Kos pembinaan (bermula April 2004)
- 60,156 – Meter perseti, luas masjid
- 20,000 – Kapasiti jemaah
FAKTA kemudahan disini :
- Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
- Tiga unit kuarters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
- Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
- Dapur
- Bilik VIP
- Bilik penyelenggaraan
- Bilik jenazah
- Pejabat
- Bilik kawalan audio visual
- Ruang letak kereta (bawah tanah)
- Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
- Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
- Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
- Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim serta kelihatan seolah terapung di udara
Antara FAKTA lain adalah :
- berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
- dinding menggunakan Crystalized glass.
- sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem penghawa dingin dan kipas.
- Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
- Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
- Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
- Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi.
Pandangan bahagian dalam masjid, memang open air coz takde dinding, boleh tengok ke luar.
Tulisan khalimah Allah ditengah2 kubah ni...Subhanallah...
Ni kawasan tengah2, ada air pancut..memang ramai la orang dok amik gambar masa ni.
Gaya macam kat oversea dah nuar ni....tinggi awak rupanya..memang aura arab betul, tiap2 kali bulan puasa ada jer kaitan dengan arab2 ni...hehehe!
Aku pun nak posing gak, ni dah habis smayang dah...kitorang dah nak balik..Insyaallah nanti datang lagi sini.. : )
3 comments on "Berterawih di Masjid Besi Putrajaya!"
tgk dlm tv..
masjid ni mmg cantik!
naper dinamakan masjid besi? cantik2 masjid kat msia skang....
kt masjid tu x de wat sedekah berbuka puasa ke?
izzati-->>tengok depan mata lagi cantik!!:p
silbi abigail-->>mungkin sebab keseluruhan tiang masjid tu menggunakan besi kot..dari luar dah boleh nampak tu... :p
masjid tu memang sediakan makanan untuk berbuka, tapi yang simple2 jer la...bukan mcm kat Bazar nun..ngehngeh.
Post a Comment