Monday, July 27, 2009

Tag by Wawan!!


Lama plak tak buat entry tag2 ni, ok kali ni wawan pulak yang tag aku dengan tema tagnya "promote barang2 kecantikan kita". Sebelum nak buat tag ni, memang wajib la kena pi selongkaq meja solek (aku ada meja solek ke?) kita tu, pastu snap la gambar barang2 yang kita dok guna pakai hari2 kononnya nak bagi nampak cunnnn tu. Ok2, mari kita bermula :-

1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.

3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.

4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.

5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.

Kita mulakan dengan alatan menyolek dulu, ni jer la sebahagian alat solek murah yang aku pakai hari2, krim Olay ada dkt bawah, terlompat turun bawah lak..hehe...yang lain2 ni macam maskara (Maybelline) ngan pelentik tu memang wajib la aku pakai setiap kali pi keje...memang aku suka bagi bulu mata lentik2 ni...sebenarnya aku ni jenis simple je bab2 make up ni..pi keje ke dating ke sama je style make up aku..hehe..up to u all la nak caya ke tak.

Yang ni plak, benda2 sampingan yang jarang2 pakai, macam lotion Vaseline dengan toner tu la sebab memang time rajin je aku pakai...Rexona ni plak, memang dari dulu sampai la design terbalik ni aku memang tak tukar2, suka pakai jenis ni je. Lumiglow tu plak saja2 tambah, yang tu untuk buang lemak berlebihan, macam kat perut atau bawah dagu, yang ni memang mahal la so, aku memang pakai dengan jimatnya...hehehe.

Perfumes plak, dulu aku selalu pakai Silky Girl je, skarang ni start pakai One Drop Perfumes ni pulak sebab memang tengah famous skarg ni dan murah (RM40), pastu ada 8 wangian yang boleh tukar2 ikut kesesuaian masa dan keadaan, memang best la perfumes ni, dah la bau dia pun tahan lama..dan yang bagusnya boleh dipakai ketika bersolat...(bagus kan?)

Ni plak barang2 mandian aku, syampoo memang aku suka pakai Rejoice tapi kadang2 tukar jugak, so far aku tak de problem rambut, jadi hentam je la brand apa pun...pencuci muka plak aku suka pakai Olay, sama dengan krim muka...konon2 nak kulit macam siti..ceh...(yang kanan sekali tu cucian bagi aset wanita..tengok tu, malu2 sikit nak bergambar)

Bakul atau raga yang memuatkan barang2 mandian aku, senang nak mandi...semua ada, tengok la semua pencuci muka tu, yang tinggal sikit2 pun nak simpan lagi, sayang nak buang ke pemalas..hehehe.

Note : Semua barang2 aku ni biasa2 je, so nak rekemen kat korang pun ala2 segan sikit, coz korang punya produk mesti lagi mahal2 dan gempak2 kan?

OK, calon seterusnya yang akan berkongi rahsia kecantikan/kehenseman mereka adalah Ruby, Nedy, Mala, Izzati, Zafir dan Heary....(buat ye jangan tak buat!)

3 comments on "Tag by Wawan!!"

LanaBusyBee on Wednesday, July 29, 2009 9:17:00 AM said...

nnt la ek aku buat tag hang tu...busy dgn keja di siang hari, busy dgn kebun di malam hari agagaga

Unknown on Wednesday, July 29, 2009 10:42:00 AM said...

ok takpe..aku paham,aku pun berkebun macam hang jugak, siap bukak restaurant lagi, hehehe.

Anonymous said...

jagan berlagak...mentang-mentang pakai perfume one drop.Nanti tuhan marah>

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez