Friday, June 19, 2009

[Yoyooh] "Time To Give"


Wah!!ni baru entry aku yang ke-100, lamanya...hehehe. Sejak akhir2 ni memang aku busy la, tak sempat nak update blog. Nasib baik untuk cabaran yoyooh ni ada masa seminggu, so hari jumaat atau sabtu la baru leh buat sebab ada masa free.

Ok, fokus pada cabaran ketujuh kali ni dengan tajuk "Time To Give".
Andaikan, anda diberikan wang tunai sejumlah RM300. Rancang wang tersebut untuk digunakan bagi manfaat mereka yang memerlukan. Ceritakan bagaimana wang sejumlah itu boleh membantu lebih daripada jumlah nilainya ke arah kebaikan.

Kalau la tiba2 ada orang bagi aku RM300, dan masa tu aku pun ada banyak duit kat bank. Insyaallah aku akan gunakan duit tu untuk mereka yang lebih memerlukan. TAPI, kalau time tu poket aku pun kering, mesti la aku guna duit tu untuk keperluan aku kan?hehehe...realiti la kan.

Ok2, imagine la kalau memang aku nak guna duit ni untuk perkara kebaikan dan bermanfaat. Aku rasa...bukan rasa la tapi memang plan aku, aku nak gunakan duit tu untuk tolong budak2 terbiar yang dok mintak sedekah kat kedai2 makan tu. Aku pun tak tahu la kenapa boleh ada lagi perkara macam ni kat Malaysia. Rasa2 aku macam dah banyak sangat bantuan2 yang kerajaan boleh bagi kat budak2 ni. Tak tahu la diorang ni tinggal kat mana, ada keluarga lagi ke tak....ermmm, kadang2 kita nak makan pun rasa terganggu. Alaa..yang datang jual ayat2 al-quran masa kita kat kedai makan tu, dari mana diorang ni datang e?tak tahu la kalau ada orang yang jaga diorang ni. Yang penting aku rasa kesian, yer la kecik2 lagi dah kena kerja, ntah la mungkin diorang ni orang susah sangat kot..satu family keje macam ni..huhu.

Aku bukan nak tolong bagi duit kat budak2 ni, tapi aku akan tolong carikan tempat yang sepatutnya untuk diorang ni, so..mula2 aku mesti la kena ada kenderaan, mungkin aku kena sewa van untuk bawak diorang ni ke rumah2 kebajikan atau rumah2 anak yatim. Pastu aku akan tolong registerkan diorang ni. Takde la semua budak2 kat KL yang mintak sedekah ni aku nak angkut, yang mana aku terjumpa la...hehehe...satu lagi, dah alang2 aku hantar diorang ni kat rumah anak2 yatim, aku pun boleh la habiskan masa aku dengan diorang ni. Sekurang2nya ada jugak orang yang datang menggembirakan diorang, aku ajak la sape kawan2 aku yang sudi join misi aku ni. Insyaallah, aku yakin ramai yang nak, cuma tak de peluang dan masa. So, dengan duit RM300 tu, dapat la aku gunakan untuk menggembirakan anak-anak yatim ni dan mengubah hidup budak2 yang terpaksa keje mintak sedekah tu...tapi sebenarnya, bukan duit yang budak2 tu perlukan tapi perhatian daripada orang sekeliling yang dapat berkongsi suka-duka dengan mereka..Insyaallah, aku doakan satu hari nanti, plan@misi aku ni akan terlaksana jugak...aminn.

0 comments on "[Yoyooh] "Time To Give""

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez