Al-quran juga ada mengajar...
Mandi pagi sebelum subuh atau
sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik
adalah sangat bagus. Air sejuk yang meresap ke dalam
badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang yang amalkan mandi pagi kebanyakannya
badan tak gemuk.
Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas
air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita
makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas
biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa
bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam.
Kekuatan api cinta
Alkisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu, dan Nyala Api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan.
Mereka berusaha menyingkirkan besi wajatersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.
“Itu dapat aku singkirkan,” kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.
“Sini, biar aku yang urus,” kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.
“Lihat, aku sudah cakap,” kata Palu, “Kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya.” Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah.
“Boleh aku cuba?” tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk, dan mendakap besi itu erat-eratnya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi yang keras itupun meleleh cair.
Renungan : Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yang dingin.
0 comments on "[Yoyooh] Buat renungan kita bersama."
Post a Comment