Friday, June 19, 2009

Ke"best"an balik kampung


Weekend lepas dapat jugak aku balik kampung, tu pun sebab beli tiket awal2, kalau tak......jangan harap la, dengan manusia2 yang ramai kat Pudu tu..dapat beli ke kalau pegi last minute macam aku ni??tell me??
Walaupun balik dengan sedikit frust sebab sebelum balik tu gaduh dengan nuar, tapi masa tu aku rasa baik dok kat kampung jer, rasa tenang sikit...hehehe...tapi, gaduh kejap je pun, dah baik balik...biasa la, aktiviti untuk mengeratkan lagi ikatan percintaan...cewah.."awak, sori e pasal hari tu...huhuhu..."
Ok, kembali citer pasal balik kampung, cam biasa la..bila sampai umah je, ada la plan nak pegi mana2, yer la..seronok kluar satu family ni, meriah.

Masa ni dekat rumah Pak Lang, lepak2 amik angin sebelum pegi kenduri, tengok la rambut palsu tu, tak boleh blah!!

Muka aku yang sangat over excited, walaupun ngantuk giler masa ni, baju plak masa zaman matrik dulu2, tu la..nak ajak pi kenduri tak cakap awal2..hish.

Poser yang memang tak leh tengok orang nak ambik gambar..ain cam over sikit je..hahaha..

Lepas kenduri, kitorang pegi berkelah pulak dekat Sungai Sedim, best giler tempat ni, orang punya la ramai. Aku pernah datang sekali je tempat ni dulu, skarang macam dah lain sikit, air kat sini macam lagi dalam dan deras..so, agak bahaya la untuk budak2 mandi, tapi kualiti air memang best la...jernih dan sejuk. Elok je kitorang mandi dalam 15 minit tiba2 hujan lebat...hahaha...terus tak leh nak mandi dah.

Gambar yang sempat ambil sebelum hujan turun, masa ni ain dah terketar-ketar sejuk...siannnn.

0 comments on "Ke"best"an balik kampung"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez