Friday, May 29, 2009

[Yoyooh] Buat dan Jangan Buat!


Disebabkan tema blog aku ni "I'm Fashion Holic"!dengan kasut2 atas rak tu semua, aku nak story pasal perkara yang boleh buat dan jangan buat dalam berfashion ni...(nukilan aku sendiri)

1. Tudung
  • buat - cari la yang sepadan dengan baju anda, jangan main redah je.
  • jangan buat - arghhh!!!tak de yang match la, tak payah pakai la senang citer.
2. Baju
  • buat - sila try dulu sebelum beli, nanti tak muat sapa yang rugi.
  • jangan buat - beli saiz S la, nampak ketat sikit.(padahal badan saiz L, last2 dah macam nangka kena balut)
3. Seluar
  • buat - pun sama jugak, try ler dulu, kadang rasa macam pinggang dah kena, tup2 tang peha pulak tak masuk.
  • jangan buat -sengaja cari yang kecik bawah la, pastu ada yang pakai sampai nampak underwear, nak tayang kat sapa tu?

4. Kain
  • buat - tak kira la lelaki ke perempuan, elakkan pakai kain yang jarang, nampak 2 tiang tu ok lagi, kalau siap nampak bulu kaki, sapa nak jawab?
  • jangan buat - belah sampai ke peha, bila duduk tak sedar dah bukak kedai kopi..haha..
5. Kasut
  • buat - basuh bila dah rasa kasut tu macam ada bau semacam je dan sentiasa pakai stokin.
  • jangan buat - punya pemalas sampai nak dekat 2 tahun dah tak basuh, sampai jiran sebelah boleh bau kasut tu.
6.Aksesori
  • buat - pakai tak lebih dari 3 aksesori dalam satu masa, jangan pilih yang over sangat.
  • jangan buat - gelang dah sampai siku, subang sampai penuh telinga..ish2.
7. Jam
  • buat - kena sesuaikan dengan keadaan kita masa tu.
  • jangan buat - pakai jam tangan mickey mouse masa buat presentation.
8. Pewangi
  • buat - bagi perempuan, tau la kena wangi je, tapi jgn sampai over wangi..biasa2 dah la.
  • jangan buat - mentang2 baru beli, sampai nak habis punya sembur, last2 semua orang pengsan.
9. Beg
  • buat - pakai beg yang boleh dikitar semula je, macam beg kat tesco tu.
  • jangan buat - bila bukak je beg, bau dah macam tong sampah, main sumbat je.
10. Make-up
  • buat - pakai makeup tradisional je, bedak sejuk tu bagus sgt.
  • jangan buat - beli semua produk makeup yang ada kat dunia ni, last2 muka dah macam hantu pastu duit pun banyak habis..sapa yang rugi??
Ingat ye!Nak berfashion tu tak salah, tapi jangan sampai jadi "Mangsa Fashion" macam dia ni..kesiannn..

0 comments on "[Yoyooh] Buat dan Jangan Buat!"

Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez