Tuesday, August 25, 2009

Juadah berbuka favourite!

6 comments
Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa, memang indah bulan Ramadhan ni kan?selain berpuasa sepanjang hari dan berterawih di malam hari(cewah2). Kita pun boleh menambah pahala kita dengan bersedekah dan melakukan amalan2 sunat lain. Then, masa bulan puasa ni la, kita boleh mengawal diri dari tengok benda2 tak elok/seksi2(???), tidak bergosip serta mengumpat, tidak berdating sakan dan lain2 lagi la..hehe..Tapi apa yang perlu kita tahu sebenarnya adalah bulan ni datang sekali jer dalam setahun, so jangan la sebulan ni jer jadi baik kan?apa salahnya sepanjang tahun berbuat baik..(aku ke yang tulis semua ni?)
Ok2, masih bab sebulan dalam setahun ni lagi, ada satu lagi yang best, ya ani(sama jugak dengan iaitu)..hanya ada masa bulan ni jer iaitu(sama jugak dengan ya ani)..Bazar Ramadhan!!tadaaa...best kan pegi beli juadah berbuka kat sana??macam-macam ada...pilih dan bayar jer..huhuhu...dan semestinya juadah yang jadi pilihan ramai masakini adalah air tebu, murtabak, ayam percik or golek dan kuih-muih.

Air yang menjadi kegilaan ramai..sanggup beratur demi nak minum air ni..nampak sungguh sejuk di situ...haihhh..!!

Murtabak daging yang enak lagi menyelerakan... :D

Ayam yang digelar percik dan gemar bergolek ini memang menjadi tarikan ramai....ish2....sabor jer la.

Note : Niat penulis pada mulanya adalah ingin meneliurkan pembaca dengan gambar2 yang lebih realistik serta dari kamera si penulis sendiri, tetapi akibat segan silu untuk mengambil gambar di khalayak ramai, maka penulis hanya mencilok gambar ini dari internet. Harap maaf!!

Friday, August 21, 2009

Welcome Ramadhan Al-Mubarak!

0 comments
Bermula esok semua umat Islam akan mula mengerjakan Rukun Islam ke-3, iaitu berpuasa. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini tak kira la yang saya kenal ataupun tak kenal. Terima kasih kerana terus mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Disini juga saya dan nuar ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 semua dan pembaca blog ini sekiranya ada terkasar bahasa atau mengguris hati anda semua (ada ke?tapi rasa takde kot..gurau2 manja jer kan?)
Ok kanak-kanak sekalian!...hehe...malam ni jangan lupa untuk berniat puasa ye, sila tengok balik macam mana niatnya walaupun saya tahu ramai yang dah tahu..ok?

Lafaz niat puasa harian Ramadhan :

"Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala."
Maksudnya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):Maksudnya : "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."

Then, bila dah berpuasa seharian tu...dah beli makanan yang disukai kat Bazar Ramadhan tu...dan lepas dah menunggu dengan sabar bila azan Maghrib nak berkumandang tu...sampai la masa untuk kita berbuka puasa...hehehe. Setelah seharian menahan diri dari lapar dan dahaga serta melindungi diri dari melihat benda2 seksa kat sekeliling kita tu, JANGAN la lupa baca doa berbuka puasa yer!!jangan terus teguk jer air tebu tu...hehehe.. :D

Doa berbuka puasa : Maksudnya : "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Note : Insyaallah sempena bulan Ramadhan ni saya akan update tempat2 menarik untuk dikunjungi macam Bazar Ramadhan, Restaurant2 best atau tempat2 nak shopping baju raya dekat area2 yang berdekatan saya ni (macam Damansara, Bangi or Puchong). Tu pun kalau nuar sudi bekerjasama la..boleh tak awak? : )

Thursday, August 20, 2009

Filem ganas dan ngeri yang ditunggu2!!

0 comments
Movie pilihan aku kali ni adalah "THE FINAL DESTINATION - Rest In Pieces" yang akan mula ditayangkan 28 August 2009 ni. Memang aku tak sabar nak tengok filem ni sebab aku memang follow citer ni dari part 1-3, siap khatam lagi. Sebenarnya kalau korang nak tahu, aku ni peminat citer2 ganas dan sadis macam ni, tak tahu la kenapa. Sampai nuar pun pelik dengan aku, dia jenis yang tak leh tengok citer2 macam ni...kesian kot(bf aku ni baik hati orangnya).

[18SG] Ada orang yang boleh terima movie macam ni.. :D

Ok2 nak citer lagi ni, contoh movie yang aku minat lagi macam Saw part 1-5, semua aku dah tengok. Then, Texas Chainsaw Massacre part 1-2, pastu movie Hostel. Ni jer la antara movie favourite yang aku ingat tajuk dia, yang lain2 tu setakat tengok jer la. Tapi kan, kalau bagi kat aku horror movie macam Ju-On, Dark Water etc, sorry beb..!!memang aku tak leh tengok dan memang aku tak minat sikit...hehehe..tengok pun dengan takde sound la, aku takut dengar bunyi2 seram tu..hihihi. Benda ni bergantung pada orang jugak la kan...ermmm, ok malas dah nak citer banyak2, kita tunggu jer la movie best ni kuar ye.
Then, kalau korang nak edit2 gambar korang masuk dalam cermin pecah seperti gambar di bawah, korang bukak la diorang punya website ni dan cuba la e---->link website TFD!!

Hehe...sempena musim bertopeng sekarang ni..The Final Solution kot!

Tuesday, August 18, 2009

Cegah H1N1 sekarang!!

3 comments
Memang menakutkan bila setiap hari kes kematian akibat H1N1 makin meningkat, so bila dah tahu wabak ni makin merebak dan merbahaya..kita kena ambik serius la benda ni. Aku ada dapat banyak email dan sms pasal langkah2 pencegahan virus ni, antaranya "doa elak selsema babi"...yang ni mula2 aku ingat betul la sebab ada ayat Al-Quran lagi, tapi baru2 ni aku ada terbaca dalam paper yang artikel ni tak leh percaya sebab ayat tu dikatakan dari kumpulan ajaran sesat. Jadi, lebih baik kita selidik dulu kalau dapat doa2 macam ni, pastikan dari saluran yang betul, jangan main baca jer.
Pastu semalam aku dapat sms dari uki yg tertulis macam ni "Salam, skarang mangsa H1N1dah cecah 51 orang setakat malam ni, so kita kena serius mencegah bukan merawat. Antibodi badan kita mesti kuat! Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan :

BAWANG PUTIH
Memang semua dah tahu yang bwg putih ni mmg byk khasiat, antaranya melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem badan. Lagi elok makan macam tu jer...hahahaha!

EPAL HIJAU
dan KURMA Bagus la ni sebab bulan puasa pun dah nak dekat ni, makan la banyak2 e!

sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini. Tolong sebarkan msg ini kepada yang tersayang (uki sayang aku ke?), kita tak tahu mangsa seterusnya. Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati sebab H1N1 di negara ini..FIKIRKAN"
Macam tu la smsnya, so sama2 la kita jaga kesihatan kita...elakkan berkeliaran di tempat ramai orang. Kalau pi tempat2 sesak tu, pastikan pakai mask seperti gambar di bawah ni..hehehe :

Mask baru beli ni, satu RM1.10...huhuhu (aku kena paksa pakai masa ni)

Selain tu, amalkan minum air putih (atau air suam) banyak2, dan kurangkan bersalaman dengan orang yang tidak kenal atau nampak macam orang tu tak sihat, bukan tak nak bersopan tapi melalui sentuhan pun boleh berjangkit jugak, so amalkan cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.
Akhir kata, tu jer la info yang dapat aku kongsi kat sini, kalau ada kesilapan mana2, please inform aku ASAP yer. Aku cuma amik info yang aku dapat setakat ni jer, yang lain2 tu maybe nanti la aku bagitahu lagi e. Harap wabak ni akan makin berkurang dan terus hilang sebab kalau boleh kita semua nak hidup seribu tahun lagi kan?SAYANGILAH NYAWA ANDA dan SAYANGILAH ORANG2 DI SEKELILING ANDA JUGAK!jangan merokok yerrr!!

Gambar hiasan lagi coz hari ni free sangat, tu yang rajin cari picture2 ni semua..hihi!

Thursday, August 13, 2009

[Forum] Kenapa pompuan skarang suka jelir lidah?

8 comments
Hehehe...sajer je tetiba nak buat forum plak, so kalau sesape rasa nak bagi komen/pandangan dipersilakan la...hohoho..Tajuk yang aku nak discuss kali ni pasal "kenapa kebanyakan perempuan skarang(maybe ada lelaki jugak)yang kalau bergambar, mesti nak jelir2 lidah?" Aku dah lama perasan benda ni, sampai dah rasa meluat jer tengok. Tak tahu apa motif diorang ni semua, sama ada bajet seksi atau nak tayang diorang punya lidah yang panjang tu...hehehe..Tengok jer la gambar2 kat bawah ni, aku ambik dari blogger2 artis lain, so memang dah dipublish terlebih dulu dari aku e.

So, apa pendapat korang dengan gambar2 ni??hehe..bukan aku nak sibuk2 hal diorang ni semua, lantak korang la..aku sajer nak forum2 kat blog aku ni jer, ermmm, aku rasa maybe dah jadi style orang berposing zaman skarang kot..hehehe.

Tengok la ni, sampai poster horror movie pun nak buat style ni..hish2..whatever la!!

Kalau betul2 nak jelir, terus jelir macam ni je, lagi real!!hahaha!!

Note : So, apa korang rasa bila nampak ada gambar2 macam ni?atau apa perasaan korang jika andalah orang yang suka berposing sebegini??bangga atau apa...jangan maree yerr...suka2 jer ni..hehe..

Wednesday, August 12, 2009

Sedang mencari BILIK.....saya!

2 comments
IKLAN NAK MINTAK TOLONG!!

Saya sedang mencari bilik untuk disewa dengan kadar segera!!

Bilik sewa yang saya tengah cari ni mestilah :
- bertempat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara.
- kalau boleh nak yang berdekatan dengan bangunan VADS.
- banyak kemudahan pengangkutan awam.
- kadar sewa yang kurang dari RM200...hehe.

**Jadi, kepada sesiapa yang tahu ada bilik kosong dekat area ni atau mempunyai kawan2 yang memang tinggal di sana dan memerlukan housemate....sila lah menghubungi saya di talian 0182902992 secepat yang mungkin yer..
Kerjasama dari anda amatlah saya hargai...kalau tidak, mungkin saya akan merempat blogger-emoticon.blogspot.com di jalanan jer...huhuhu.

Monday, August 10, 2009

Kempen "Saya Cinta Malaysia!!"

2 comments
Nak selit iklan jap e!!ni ada kempen sempena nak Merdeka tak lama lagi ni...aku pun terbaca pasal kempen/contest ni dekat blog dari blogger2 list aku ni, so aku pun teringin nak join jugak la..hehehe..mana tau menang ke kan.
Ok, kepada sesaper yang mencintai Malaysia dan berminat nak join, boleh la baca syarat2 dan apa hadiah2 yang bakal dimenangi kat web diorang ni ---- >klik kat cini!! ataupun klik jer icon ads kat sebelah kanan blog aku ni!

Note : Untuk ruang Referrer's Email tu, letak la email saya yer, sebab saya yang bagitahu kat korang kan...hehehe... ini email saya : kiahbitm_84@yahoo.com ...TQ!!

**Kalau anda betul2 rakyat Malaysia sejati!!cuba la jawab Quiz kat bawah ni yer!!dan pastikan betul semua tau...kalau salah, baik pindah dok negara lain jer la....huahuahua!!**

Thursday, August 06, 2009

Putrajaya Floria Festival 2009!

2 comments

PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL 2009

DATE :1st-9th August 2009
VENUE :Waterfront Precinct 2, Putrajaya
VISITING HOURS :Monday-Thursday 9.00am-10.00pm
:Friday-Sunday 9.00am – 12.00 midnight

ADMISSION IS FREE!
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut - klik sini!!

Ok, tu la sedikit info yang aku nak update kat korang pasal satu event yang tengah berlangsung dekat Putrajaya skarang ni, so...pada saper2 yang minat dengan bunga-bungaan, nak naik belon ke...sila la pergi yer...Aku dengan nuar pun tak ketinggalan pegi tengok festival ni last week, masa baru masuk hari kedua event ni bermula...bunga2 pun dok fresh lagi, memang colourful la kat sana, tapi disebabkan kitorang pegi pun dah nak gelap, so...tak nampak sangat la color2 bunga tu semua...maybe weekend ni nak cuba pegi siang pulak. Ok, kat bawah ni antara gambar2 kat sana yang sempat kitorang ambil, sebab rasanya kami lebih fokus pada bahagian jual2 makanan kot....hahahaha...memang dua2 jenis kuat makan!!

Hot Air Ballon - dah nak gelap dah pun...tapi ok la sebab still ada api lagi tu.

Angkat kaki sket..macam berat jer kaki tu...hohoho..

Gaya dekat huruf "A".. konon2 macam nak SPM 10A la pulak..ok la, I'm the best la!!!

Photo yang aku paling suka setakat ni...cantik bunga tu dgn pipi aku yang tak nampak tembam sgt di situ..hehehehe..

Kami ni memang tak pandai nak amik gambar together-gether ni...susah nak jadi sikit..huhuhu.

Satu Malaysia ... "1"

Tempat persembahan - tengah ada kumpulan BaleBale masa ni..huhuhu.

Layan jer la...ambik hati diorang.

Juara berturut2 kot ni..tak sure sangat..tapi diorang punya decoration memang meletup!

Aku sempat main congkak yang diorang pamer kat situ..tapi aku tak pandang pun belakang congkak tu ada apa..hehehe.

Ni la..pintu masuk tempat yang aku cakap cantik tadi, memang rasa macam dok kat alam bunian..dengan asap2 nya..

Note : Perasan tak gambar nuar tak banyak dalam entry ni?sebab dia jadi photographer aku...huahuahua...tak de la...nantikan gambar nuar untuk next entry ye, dengan tajuk... "Kenapa perempuan zaman sekarang suka bergambar sambil jelir lidah diorang?"..hehehe.

Wednesday, August 05, 2009

Juzaime's Farewell at Papa John's!

0 comments
Farewell lagi???tiap2 bulan asyik kena buat farewell jer kat budak2 ofis aku ni. Asyik kena makan kat luar jer, hehehe..asyik kenyang jer...asyik kena kuar duit jer...hohoho. Takde laaa, actually sedih gak la sebab lepas sorang...sorang blah dari Asia Media ni. Yang latest sekali ni Juzaime dengan Canny (staff admin). So, kitorang celebrate diorang dekat Papa John's jer. Restaurant ni dekat IOI Mall, kitorang kuar masa lunch hari Jumaat lepas. Ok2, layan jer la gambar2 kat bawah ni.
Gambar wajib amik ni..hehehe.

Sibuk cakap ngan awek dia...lepas ni ko merdeka dah la yer..hish!

Aku dengan Azie...senyum terpaksa ker tu?

Dengan Mala pulak...kenapa pipiku begitu tembam sekali?

Tiga dara pingitan...hahahaha..

Barisan staff yang datang meraikan Ju dengan Canny (tengah).

Lepas dah habis makan2, kami sambung camwhore kat ofis pulak pakai DSLR mala...pose dengan botol air sparkling yg dah habis minum tu.....hehehe...

Berbilang bangsa betul ni...."Inilah Malaysia Kita!!"

Semua happy2 jer....huhuhu...sayang pulak aku nak tinggalkan ofis ni sebab dah dekat 2 tahun aku keje sini...banyak jugak la kenangan aku kat sini...ramai ofismate yang best2... huwargggghh!!!!

PENGUMUMAN TERKINI : Aku baru jer bagi resignation letter aku kelmarin. Maka, sebulan dari sekarang aku akan meninggalkan company Asia Media ni dengan rasminya. Seterusnya, aku akan meneruskan kehidupan baru aku dekat TTDI, Damansara pulak...Sayonara Puchong!!
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez