Monday, March 30, 2009

Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009!

0 comments
Lepas kitorang makan sampai kekenyangan kat restaurant nasi beriani seperti entry di bawah...kami terus bergerak nak ke putrajaya plak..sebab ada pesta perkahwinan kat sana...Actually, plan nak pegi masa hari sabtu lagi, tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.... : ) ..hehehe...(hal yang lebih seronok)...so, hari ahad la baru kitorang pegi...lagipun event ni buat dua hari...sabtu dan ahad...bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)...ni website untuk rujukan anda----->Pesta Perkahwinan 2009

Ni la bangunan PICC tu, masa ni lepas hujan...

First time aku sampai sini...cantik giler tempat ni..sebab atas bukit..pastu bahagian dalam pulak nampak eksklusif dan luas....Tujuan asal nak datang sini sebab keje nuar sebenarnya...dia nak cari reseller untuk event teaser dia....nak cari sales la ni..aku la jadi pembantu tolong bawak flyers tu semua...huhuhu....tak pe...Memang sesuai sangat la nuar datang sini...sebab yang bukak booth kat sini, kebanyakannya adalah wedding planner, photographer, hotel, butik dan macam2 lagi la yang berkaitan dengan perkahwinan.....

Gaya macam lawatan ketua kampung je ni..hehehe...

Aku dengan putera idaman aku yang telah disumpah menjadi patung batu sebab dia derhaka ngan mak dia...huhuhu...

Pelamin-pelamin yang dipamerkan kat sini...

Selain booth2 pameran, ada jugak persembahan tarian dengan live band...aku suka sangat vokalis band tu...nama dia awe..tapi tak amik gambar lak...jauh sangat...lepas dia nyanyi lagu 'Selamat Pengantin Baru'...ramai la teringin nak amik dia masa majlis kahwin diorang...sebab dia nyanyi best...bagus betul event ni.

Masa nak balik sempat jugak aku amik gambar permandangan dari atas bukit PICC ni....memang cantik giler...orang ramai macam jarang je datang area sebelah sini....kalau datang putrajaya...selalunya orang akan pegi dekat area Masjid Putrajaya je...so, lepas ni sape2 nak jelajah lagi Putrajaya ni....boleh la jalan kat sini...ada taman untuk berdating jugak kat sini tau.....hehehe...

JM Bariani House...sedap.....

9 comments
Jalan-jalan cari makan lagi!...hehehe...aku dengan nuar memang suka bab2 makan ni...kalau boleh semua restaurant yang best2 kami nak cuba rasa...kali ni "JM Bariani House"...tempat pertama kami makan masa dekat Alamanda Putrajaya...then ahad kelmarin dekat Seksyen 9, Bangi..JM ni singkatan daripada pemilik restaurant ni iaitu Jamilah dan Mustapha...perniagaan suami isteri....(harap2 aku dengan nuar boleh bukak satu company jugak nanti....aminnnnn). Ok, ni diorang punya website...----->JM Bariani House......dahsyat gak restaurant ni..dah banyak cawangan...
Ok2 teruskan, makanan favourite restoren ni mesti la nasi beriani, macam2 jenis ada, dan favourite kitorang nasi beriani daging...air plak sirap bandung, sebab air ni diorang tambah perasa ais krim soda...memang sedap giler la....Pastu, tambahan lain kami suka tauhu bakar...sangat rangup dan lazat....hahaha....terliur plak....

Ni la gambar2 makanan yang kami order...memang masa ni tengah lapar...tapi cool2...amik gambar dulu...hehe...

Akhir sekali, mesti la nak posing cun kat restaurant ni....ni la gaya muka saat2 dah kenyang giler....bersinar2...hehehe...cuba la ye makan kat sini!!

Earth Hour 2009 at CapSquare KL!

0 comments
Sempena sambutan Earth Hour yang digembar-gemburkan minggu lepas, aku pun tergerak la nak tengok event yang diorang aturkan...mula2 tu tak plan pun nak pegi..dah la CapSquare pun tak pernah pegi...hehehe..so, petang sabtu tu dah tak de buat apa, kami buat keputusan lepak sana la malam ni..Lepas parking kete kat Pasar Seni, kami naik LRT je nak pegi sana...hahaha..kami memang suka buat perkara2 adventure ni, dah la tak tahu nak pegi...tapi ada mulut kan boleh bertanya...betul tak?berbekalkan pertanyaan je...akhirnya kitorang sampai jugak ke CapSquare..oooo..kat sini rupanya...ramai la jugak yang datang sini...kebanyakannya pakai t-shirt Earth Hour..mungkin dapat kot sebab diorang datang awal...kami pusing2 tengok gerai2 kat situ je....masa tu dah dekat kul 6 lebih gak, so..nak dekat acara kemuncak dah la...

Yang ni untuk "Walk for Hope"...berjalan dekat area CapSquare tu satu round...hehehe..kenapa tak jalan satu KL...baru la gempak...

Gaya nuar penat berjalan....hihi....peluh...peluh...fuhhh....

Candles 60 masa hari terang lagi...

Candles 60 bila hari dah gelap....cantik....

Cantiknya...cawan candle ni...

Yasmin Ahmad, Film Director..

Dari CapSquare ni kita boleh nampak KLCC dengan KL Tower, so..masa 8.30 boleh nampak la KLCC tu tutup lampu...masa tu memang macam tak percaya gak...tapi tak semua tempat pun tutup lampu...jalan raya terang-benderang je...hehehe...tiba2 kak aku call..dia tanya memang nak kena tutup lampu ke atau tertutup sendiri?...hehehe...aku gelak je...ala..benda ni bukan wajib pun...sape yang nak support tu tutup la...

Ni la gambar2 aku dan nuar masa kat sana...posing dengan cawan candles ni....hehehehe....

Lepas dah boring dok kat sini...kitorang jalan pegi KLCC lak....jalan tu....memang giler cari nahas.....tak sangka la jauh jugak....sebab plan nak amik LRT kat sana....huhuhu...memang penat giler....sampai balik kat tempat parking kereta...rasa rindu giler kat kete..huhuhu...habis lenguh2 kaki bila sampai rumah...

Friday, March 27, 2009

"Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz"

2 comments
KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Ye...elok hentikan je la hisap rokok ni...takde faedahnya....tengok je la harga rokok sekotak dah berapa skarg...buat membazir je...bukan kenyang pun.....hehehe....tengok, last2 dah sama taraf ngan lembu plak ni.....bukan aku cakap ok....lu pikir la sendiri..!!!memang skarg ni kat mana2 pun kita boleh nampak ramai sangat yang suka hisap rokok, tempat paling favourite mesti la kat kedai makan...sebab diorang cakap lepas makan la masa paling syok nak hisap rokok...ish....ish......lepas tu, bukan orang lelaki je suka hisap rokok...yang perempuan pun dah banyak je aku tengok......apa la nak jadi.....mengikut kajian, perempuan yang hisap rokok agak sukar untuk melahirkan zuriat....sebab daya ketahanan badan diorang jadi lemah atau mungkin rosak akibat rokok ni....so, sape2 yang ada girlfriend yang hisap rokok tu, nasihatkan la dia sebelum terlewat.....huhu...dapat pahala lagi.....

Yang ni memang seorang perokok yang gila kuasa...semua rokok dia nak bedal...hehe....

Betul ke sama cam lembu e??renung-renungkan la....jangan sampai menyesal....

"Talentime" boleh buat kita gelak dan nangissss.....

2 comments
Semalam aku tengok movie ni....huhuhu....best la jugak...orang cakap Yasmin Ahmad kalau buat filem memang tak mengecewakan...betul ke?hehehe...boleh la..bila tengok movie ni nampak la kelainan filem2 dia. Memang jalan cerita yang susah kita nak terfikir pun...realiti kehidupan rakyat Malaysia..berbilang kaum dan agama....sebenarnya kita patut bangga kita adalah rakyat Malaysia, walaupun negara kita ni kecik je, tapi ada banyak bangsa dan boleh dikatakan kita bersatu-padu jugak la, betul tak?...macam aku ni...ada kawan cina dengan kawan india...boleh je jadi geng...hehehe...best!!
Ok2..aku teruskan dengan komen aku pasal movie Talentime ni ye...aku cakap secara umum je la...citer ni lebih banyak fokus pada bangsa India dengan Melayu je...Cina pun ada, tapi tak banyak.....fokus utama bukan pasal cinta sangat..walaupun nampak ada hero ngan heroin kan....actually couple ni untuk nak kaitkan dua buah keluarga ni je..bukan dapat tentangan sangat pun....sebelah keluarga Melayu tu memang sporting habis...yang sebelah keluarga India tu je macam tak berapa suka hubungan diorang tu sebab ada kisah pahit dalam family diorang, so macam anti sikit la dengan bangsa lain.....

Yang hero india tu bisu dengan pekak, masa mula2 start citer ni kita tak perasan pun sebenarnya...sampai la satu masa bila pompuan melayu ni marah kat dia sebab dia tension sebab budak ni macam sombong je baru la kita tahu...huhuhu....sedih..sedih...last2 pompuan tu pun suka kat dia..pastu terus la diorang jadi couple..yang lawaknya satu part tu kat taman ni tiba2 ada baby2 cute dok main2 dengan pakai lampin je...macam imaginasi yang lain dari yang lain...susah nak cakap...yang penting kelakar giler....hahahaha....
Yang lain2 mesti la part sedih je....memang boleh nangis la pada sape yang berjiwa lembut tu...so, sila la bawak tisu anda bila menonton filem ni ye...macam malam tadi...semua cam tiba2 batuk la...pastu diam....mesti dok feeling sorang2.....hehehe...termasuk la aku....Apa-apa pun tahniah la kat Yasmin Ahmad sebab dapat hasilkan filem macam ni...walaupun ada part yang agak over sikit....tapi boleh la....so, selamat menonton filem ni semua!!!

Thursday, March 26, 2009

Jom tengok "Talentime" malam ni!!

0 comments
Malam ni nak tengok movie..yeeeeaaa....awal2 aku dah reserve..hehehe..sebab aku tengok trailer citer Talentime ni cam best je....aku selalu tengok wayang kat GSC Alamanda Putrajaya sebab panggung kat situ memang best dan selesa...maklum la baru je bukak....Ok2, kepada sesape yang tak tengok lagi dan nak tengok nanti boleh la usha2 trailer citer ni kat bawah dan tengok link movie ni kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi...pastu, esok aku bagi komen ye......
---->link website Talentime


Monday, March 23, 2009

Tenangkan hati..hilangkan stress..

0 comments
Posting kali ni fokus pada nuar je ye...macam biasa la aktiviti hujung minggu kami...jalan-jalan cari makan ataupun jalan-jalan habiskan duit....hehehe...tapi kali ni...kurang habis duit sikit...sebab kali ni jalan-jalan rilek-rilek....hehe..banyak pulak kata berganda kat sini..ok2..oleh sebab nuar agak stress dengan keje dia...so, kami pun cari tempat yang boleh hilangkan stress tu....apa lagi kalau tak tempat selain shopping complex, mesti la...pantai or air terjun kan?
Mula-mula plan nak pegi pantai kat Sepang Goldcoast...tapi malas sikit sebab cuaca yang agak panas kelmarin, plan bertukar ke air terjun...kitorang gi air terjun kat Ulu Langat, nama air terjun tu Sungai Congkak...first time nak pegi tempat ni......jauh gak nak masuk dalam...kena lalu kawasan perkampungan..rasa macam balik kampung kat Kedah je....hehehe..aman dan damai....ada banyak tempat boleh berhenti sebab sepanjang sungai tu ada je orang berhenti untuk mandi...yang tak best sikit tu, parking kena bayar, RM3 plak tu...terkejut aku, kita datang nak mandi je pun...ni dah macam nak masuk shopping complex je...huhu..tak puas hati betul....!!takpe2...tak mau berhenti kat sini, cari tempat lain!..(dengan nada marah)...pastu kami terus jalan lagi, sampai la kat tempat utama Sg. Congkak, kami bincang2...kat sini parking mesti free...cepat2 kita lari....baru je nak lari, tiba2 jengul la sorang lelaki ni..."encik, 3 ringgit.."...hahaha...kena bayar gak....tak leh nak lari gak walaupun dah parking senyap2..tak pe la...bayar je la....huhuhu...
Ok, ni la gambar2 posing maut dari orang stress ni...nak menghilangkan tekanan kita kena lepak atas batu ye tuan-tuan dan puan-puan...so, boleh la amalkan petua ni...layannnnn....

Boleh jadi model ni...ada bakat terpendam...hehehe...

Turn aku plak...hehe..ece..ce ce...

Sepanjang jalan memang banyak gerai jual durian..sampai aku jadi teringin giler nak makan...ye la sebab lama plak tak makan durian ni...last2 beli la...sebiji je pun...hehe..tak leh banyak2..tak baik untuk kesihatan aku...huhu..nuar plak kureng sikit durian2 ni...aku je raja makan durian sebenarnya...Pastu bawak la bekal durian ni makan kat situ...hehe..kejap je licin...dah habis baru teringat nak amik gambar...ini la hasilnya....

On the way nak balik, ternampak la kat tepi jalan tu ada ramai orang berhenti...rupanya ada kolam air panas...betul2 tepi jalan....kami pun terpaksa la turun tengok...hehehe...dengan niat nak uji kepanasan air tu...uish..memang pansa giler..macam air baru lepas jerang je...nak letak kaki seminit pun tak sanggup....cuba bayangkan kalau la ada orang terjatuh...merananya....kalau binatang macam kucing ke terjatuh...huhu...tak sanggup...

Wednesday, March 18, 2009

Come join the 'shut down' squad!!

0 comments
Click OFF with the HOT babes! (over kan?)
Click OFF with the HOT babes! (maya karin gaya seksi...)
Click OFF with the HOT babes! (sarimah cantik...)
Click OFF with the HOT babes! (sharifah amani ceria giler!)
Come together to fight global warming.....Turn off your lights for one hour....
Source : Malaysia-Earth Hour
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez